lirik lagu Tak Seindah Wajah ( Lakunan Hidup ) S. M. Salim

S. M. Salim

lirik Tak Seindah Wajah ( Lakunan Hidup ) :

Kusangka aur di pinggir tebing
Kiranya tebu di pinggir bibir
Kusangka jujur pancaran batin
Rupanya palsu penghias zahir

Kukira hati jiwa nurani
Suci seindah wajah terbayang
Kukira puji seikhlas budi
Kulupa lidah tidak bertulang

Di manis gula semut binasa
Kail berduri bersalut umpan
Di manis kata insan terlena
Kerana budi hamba terkorban

Inikah dia lakunan hidup
Di pentas dunia insan berpura
Tipu dan daya pencapai maksud
Budi dan harta merangkum noda


lirik lagu Tak Seindah Wajah ( Lakunan Hidup ) S. M. Salim

lirik lagu S. M. Salim Tak Seindah Wajah ( Lakunan Hidup )

No comments:

Post a Comment

Komen di sini

Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







Arkib