lirik lagu Siti Nurhaliza & Datuk S M Salim Pandang Pandang Jeling Jeling

Siti Nurhaliza & Datuk S M Salim

lirik Pandang Pandang Jeling Jeling :

SMS:
Cincin intan bunga selasih
Mari dipakai di waktu petang
SN:
Kenapa tuan tak mahu berkasih
Adakah orang akan melarang

SMS:
Kain sarung kain terendak
Memanglah manis kalau dipakai
SN:
Kalau takut dilambung ombak
Jangan berumah di tepi pantai

( korus 1 )
SMS & SN:
Menjeling menjeling kubertentang
Mata kita sama memandang
Kucuba kucuba nak bertanya
Siapa diakah namanya

( korus 2 )
SMS & SN:
Menjeling menjeling kubertentang
Mata kita sama memandang
Bercakap bertanya dan bermesra
Jangan sampai datang rumah

SMS:
Tuai padi musim dah tiba
Mari menuai di waktu pagi
SN:
Kalau begini malang menimpa
Biar kuturut kata hati

SMS:
Bunga selasih permainan budak
Daun sehelai dimakan kuda
SN:
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun bertemu juga

( ulang korus1 & 2 )

SMS:
Kereta kuda pedati lembu
Singgah mari di tepi kuala
SN:
Tuan sutera saya belacu
Mana 'kan boleh berganding sama

SMS:
Burung jelatik sarang kedidi
Sarang tempua sarang berjuntai
SN:
Sungguhpun cantik sutera diuji
Belacu juga tahan dipakai

lirik lagu Pandang Pandang Jeling Jeling Siti Nurhaliza & Datuk S M Salim

lirik lagu Siti Nurhaliza & Datuk S M Salim Pandang Pandang Jeling Jeling

No comments:

Post a Comment

Komen di sini

Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







Arkib