Lirik Lagu Penganggur Profesional - KRU

KRU

Penganggur Profesional

Ku dah bosan bekerja
IQ ku di atas paras 125
Ijazah setebal buku lulusan luar negara
Dah sedozen tempatku kerja 9 hingga 5
Ganjaran lumayan tapi boleh jadi gila

Daripada ku dijadikan hamba korporat
Lebih baik kuhidup melepak dan merempat
Tak sengsara di sponsor kedua orang tua
Mungkin itu caraku

Biar dikata menyusahkan negara
Janjiku tak merugikan sesiapa

Bukan berat tulang
Memikul yang disandang
Bikin apa kusuka tak siapa yang menghalang
Bukan malas kerja keras
Kuingin hidup bebas
Tak punya stress semuanya terkawal
Aku Penganggur Profesional

Sesekali dah terfikir untuk berbisnes sendiri
Tapi ku pencen kerana kurang motivasi
Kursus sana sini cari idea inovasi
Seluruh dunia

Tak perlu diragui kumampu berdikari
Menanggung kehidupanku sendiri

Bukan berat tulang
Memikul yang disandang
Bikin apa ku suka tak siapa yang menghalang
Bukan malas kerja keras
Kuingin hidup bebas
Tak punya stress semuanya terkawal
Aku Penganggur Profesional

Doi terdodoi hingga tengahari
Bila bangun mamaku pening kepala adoi
Amboi bertuahnya anak teruna
Boleh jadi bapak budak satu sen tak guna
Come on la mama... jangan marah saja
Saya masih muda bukan malas kerja
Habis kalau bukan malas apa maknanya
Kau buat malu satu famili saja
Papa, apa nak malu-malu
Ramai lagi kawan saya tak kerja dari dulu
Kawan-kawan saya dah terkenal
Kamilah penganggur professional

Biar suka tak suka
Cubalah bertanya
Tepuk dada tanya selera

Kita semua tension kerja
Biar tak berada
Asalkan di hati gembira
Lirik Lagu Penganggur Profesional - KRU

No comments:

Post a Comment

Komen di sini

Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







Arkib