Mari SERTAI ribuan rakan kami di Facebook SEKARANG :)

Anda Boleh Bookmark & Kongsi page yang anda SUKA sekarang!






*Link LirikSemuaLagu pada Website & Blog Anda

lirik lagu Bakawali Siti Nordiana & Syura

Berapa bintang? 
Siti Nordiana & Syura

lirik Bakawali :


(Duet)
Bakawali hai bunga bakawali
Mekar kembang di malam hari di malam hari
Cinta suci tidak dijual beli
Tidak mudah ditukar ganti bawa ke mati

(Syura)
Kuning pinang warnamu (hai sungguhlah berseri)
(Nana)
Biar terbit mentari (kau membawa diri)

(Syura)
Patahlah hati usah diturutkan
Kelak merana badan tak lalu makan
(Nana)
Bukan sengaja hamba nak turutkan
Hanya yang alami dapat merasakan


(Duet)
Tikar serampin janganlah di buang
Boleh dipakai hai berulang-ulang
Berkasih sayang tak siapa yang halang
Kuatkan iman bawalah bertenang


(Duet)
Bercahaya terang bulan purnama
Sedang angin sepoi bahasa menyapa muka
Nak bercinta biar berpada-pada
Jika benar, benar dah suka satukan saja

(Syura)
Kuning pinang warnamu (hai sungguh berseri)
(Nana)
Bila terbit mentari (kau membawa diri)

(Syura)
Mengharap kasih orang tak kasihan
Kalau pun kasih hanya separuh jalan
(Nana)
Jika begini makna percintaan
Rasanya elok dulukan masa depan

(Duet)
Hai nak muda kalau asyik bermimpi
Nanti kerja tidak menjadi kaulah yang rugi
Di masa bercinta indah sekali
Namun lebih indah sendiri hai tak sakit hati

Hai bakawali bunga suciku sayang
Kembangnya malam hai malam berkembang
Berkasih sayang tak siapa yang halang
Kuatkan iman bawalah bertenang

Hai bakawali nama lagu diberi
Rentaknya zapin semoga menghiburkan
Tibalah masa kami mengundur diri
Tersalah silap harap dimaafkan


lirik lagu Bakawali Siti Nordiana & Syura

lirik lagu Siti Nordiana & Syura Bakawali

No comments:

Post a Comment

Komen di sini

Cari Lirik * A * B * C * D * E * F * G * H * I * J * K * L * M * N * O * P * Q * R * S * T * U * V * W * X * Y * Z * # Klik Sini

Kami Hantar lagu ke email anda

Cari Lirik Lagu & Apa Saja Anda Mahu.

Loading...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib

Cari Lirik