Showing posts with label Syura. Show all posts
Showing posts with label Syura. Show all posts

lirik lagu Zapin Adat Berkasih Syura

Syura

lirik Zapin Adat Berkasih :

Tidak pernah hati rasa dihiris
Tidak pernah hati rasa terguris
Inikah adat orang yang berkasih
Hati pedih merintih

Merimbun aku tanamkan selasih
Kusiram kubelai tidak disisih
Orang berkasih kita pun berkasih
Tapi kita bersedih

Pertama ku rasakan
Alam penuh khayalan
Bagaimana nanti
Di alam nyata

Gelisah hatiku mengenangkan kau sayang
Gundahnya jiwaku menantikan balasan
Usahlah dirimu sepi membisu sahaja
Kata pada ku engkau juga merasakan

Berilah jawapan usah dikau ragukan
Kasihku kan tetap padamu saja sayang
Marilah membina mahligai bahgia kencana
Kusemai dengan penuh kasih serta sayang


lirik lagu Zapin Adat Berkasih Syura

lirik lagu Syura Zapin Adat Berkasih

lirik lagu Tersimpul Hatiku Syura

Syura

lirik Tersimpul Hatiku :

Aku mencari ke mana arah
Hilangnya cerita dalam mimpiku ini
Puas kucari kucari dan terus mencari
Untuk melayari impian cinta

Aku temui dia di sisi
Apakah sama dengan impianku ini
Akan kubina kubaja dan terus bersemi
Pesandingannya jadi nyata

Kau kan petik bintang-bintang
Cahaya kerongsang
Menghiasi dada ini, menyinari malam
Anyamkanlah simpulan takdir
Agar apa yang terlerai
Tiada kusut berserakan
Biar teguh merimbun jua hatiku hatimu

Itu hanyalah impianku yang tak menentu
Hakikat tak tercapai di pandangan nyata... kekaburan
Di sebalik putih kulitmu ada perbezaan
Yang sering kau banggakan
Yang sering ketinggalan
Membuatkan diriku tak tercapai... impianv
Aku temui dia di sisi
Apakah sama dengan impianku ini
Akan kubina kubaja dan terus bersemi
Persandingannya jadi nyata


lirik lagu Tersimpul Hatiku Syura
lirik lagu Syura Tersimpul Hatiku

lirik lagu Rindu Ini Kesakitan Syura

Syura

lirik Rindu Ini Kesakitan :

Air mata makin duka
Hilang terganggu oleh bacanya
Rindu ini kesakitan disiksakan
Luka ini makin dalam
Bila menyaksi kasih sayangnya
Cinta ini jadi buta
Kerna ku masih
Menyayangimu, merinduimu
Mengasihimu, menyintaimu
Sedangku tahu jelas engkau curang
Jelas engkau curang
Ku masih lagi ingin untuk hidup bersamamu
Kalau susah kalau senang, selamanya
Ku masih lagi ingin bahagia yang dahulu
Kasihku doakan, kau berubah
Kembalikan senyum
Kau curi padanya
Pulangkanlah saja rindu dendamnya
Menyanyangimu, merinduimu
Mengasihimu, menyintaimu
Sedangku tahu jelas engkau curang
Jelas engkau curang
Ku masih lagi ingin untuk hidup bersamamu
Kalau susah kalau senang selamanya
Ku masih ingin masih lagi bahagia yang dahulu
Kasihku doakan kau berubah
Kembalikan senyum, kau curi padanya
Pulangkanlah saja rindu dendamnya
Air mata jadi sangsi
Bila melihat kemesraannya
Cinta ini makin buta
Kerna ku masih...
Menyayangimu...

lirik lagu Rindu Ini Kesakitan Syura
lirik lagu Syura Rindu Ini Kesakitan

lirik lagu Persoalan Yang Kau Tinggalkan Syura

Syura

lirik Persoalan Yang Kau Tinggalkan :

Dari mata hati berkata
Bagai ada yang tak kena
Bilakah tiba masanya
Entah apa penghujungnya
Ku pendam di dalam jiwa
Dan berserah jua

Sepatutnya bawa berbincang
Menghuraikan kekusutan
Tanpa sebab dan alasan
Kau meminta kau dilepaskan
Puas ku cuba menahan
Tapi menghampakan

Bila aku tak diperlukan
Cuma nota yang kau tinggalkan
Jika dulu tak begitu
Setidak-tidaknya ku dengar suaramu
Sudah jelas
Membuktikan kau membenciku
Atau kau sengaja
Mencari alasan
Agar kau tidak dipersalahkan
( Akhirnya ku dipersoalkan )

Kau sengaja
Mempamerkan kelembutanmu
Agar di pandangan
Engkau diperlukan
Cuma aku tak pandai menjagamu
Akhirnya ku dipersalahkan


lirik lagu Persoalan Yang Kau Tinggalkan Syura
lirik lagu Syura Persoalan Yang Kau Tinggalkan

lirik lagu Menagih Rindu Syura

Syura

lirik Menagih Rindu :

Rinduku ini padamu kasih
Tidak terlerai kata simpati
Diri setia menjunjung kasih
Dalam sepi melayan hati

Hendak dilurut padi seberang
Apakan daya tangan ku basah
Jika diturut kasih dan sayang
Ingin terbang merawat resah
Jiwa yang gundah

Jangan didaki gunung yang tinggi
Bisa nanti tertusuk duri
Jangan diturut resah di hati
Mari bersama kita bernyanyi

Bagai mencurah air di atas si daun keladi
Sedikit tidak meninggalkan kesan
Begitulah anggapanmu
Terhadap cintaku

Mengapa kasih jadi begini
Merobek rindu menghiris hati
Tidak kupinta tidak kuduga
Ikatan putus di tengahari
Puas kubelai benih di hati
Racun jua dikau sirami


lirik lagu Menagih Rindu Syura

lirik lagu Syura Menagih Rindu

lirik lagu Kasih Tidak Terjamah Syura

Syura

lirik Kasih Tidak Terjamah :

Berita yang ku terima
Setelah semua cinta ku berikannya
Inikah yang kau beri
Setelah semua rindu ku curah

Apakah hati mu
Yang perlu ku jaga dan ku belai manja
Sedangkan hati ini
Tak pernah engkau pedulikannya

Memang dulu
Hati kecilku ini
Ku tanam kasih
Ku siram rindu
Untuk diri mu saja sayang

Tapi kini
Semua telah berlalu
Kau musnahkannya
Kau lontar jauh
Sepilah hatiku ini
Oh sayang

Andainya derita ku ini
Buat kau bergembira
Biarlah diriku bersedih sayang
Asal kau bahagia

Andainya itu yang kau pinta
Terserahlah pada mu
Hati ku usahlah kau ambil kisah
Tahulah ku pujuknya

Biarkanlah aku merana
Asalkan kau hidup bahagia
Tanda sayang kekal selamanya
Walau kasih tidak terjamah


lirik lagu Kasih Tidak Terjamah Syura

lirik lagu Syura Kasih Tidak Terjamah

lirik lagu Joget Mengambil Hati Syura

Syura

lirik Joget Mengambil Hati :

Buah pauh darilah permatang
Petik dengan sepucuklah keladi
Dari jauh hambalah hai datang
Bertemu di jantung hati

Harum mekar si bunga selasih
Mekar disiram si embun pagi
Harap hati padamu oh kekasih
Kaulah penawar hati

Kalau raun pergi ke bendang
Usah dipetik si buah rumbia
Tuan umpama bulan yang terang
Hamba menumpang cahaya

Pandai sungguh mengambil hati
Terpikat kerna budinya

Harap hari... kepadamu... sesungguhnya
Ku menanti dengan sabar (usah kau menghampakan)
Cahaya bulan diliputi awan
Awan hilang mendung pun berlalu
Hasrat hati kepadamu tuan
Cuba kau selam isi hati ku

Mawar putih kembangnya di taman
Bunga indah suntingan putih
Hati kasih bukannya mainan
Kasihku bersulamkan rindu
Rindumu mengusik jiwaku
Jiwaku mengharapkan...

Sutera cindai hias permata
Kain berlipat sutera halus
Gelora badai menempah cinta
Genggam erat janji tulus
Rindu dendam sama dirasa
Teguhkan kesetiaan

Kasih sayang... ku curahkan kepadamu
Wahai intan (dikau sesuna hati) (ramai)

Akar rimba memanjat rotan
Kerat rotan talinya pedari
Kasih hamba kepadamu tuan
Bagai ikatan tersimpul mati

Tinggi-tinggi si pohonlah jati
Tempat main si manjalah sayang
Sunggu tuan orang lah berbudi
Budimu tuan tulus dan suci
Ku kenang selama-lamanya
Bersulam cinta setia

Kain panjang dilipatlah lipat
Lipat mari di atas peti
Sungguh tuan bijaknya memikat
Burung yang terbang menyerah diri
Burung dara hinggaplah di taman
Kicau riang menyerilah bunga
Sudah ada di dalam genggaman
Bilakah kan hidup bersama
Ku nanti sekian lamanya
Berikanlah jawapan

Cahaya bulan diliputi awan
Awan hilang mendung pun berlalu
Hasrat hati kepadamu tuan
Cuba kau selam isi hatiku

Mawar putih kembangnya di taman
Bunga indah suntingan puteri
Hati kasih bukannya mainan
Kasihku bersulam rindu
Rindumu mengusik jiwaku
Jiwaku mengharapkan


lirik lagu Joget Mengambil Hati Syura
lirik lagu Syura Joget Mengambil Hati

lirik lagu Jiwa Tersiksa Menahan Rindu Syura

Syura

lirik Jiwa Tersiksa Menahan Rindu :

Kini kau jauh
Jauh di mata
Namun dirimu dekat di hati
Sukar bagiku
Untuk melupakanmu
Kerna kau saja dihati kasih

Ku dakap rindu
Ku belai syahdu
Agar terubat jiwa di kalbu
Moga terasa sentuhan di jiwa
Terlerai segala duka

Ku hitung hari yang berlalu
Bilakah kau akan kembali
Membelai resah di hati
Agar terubat rindu ku ini
Ku pujuk hatiku yang resah gelisah
Merindumu setiap masa
Adakah kau juga turut merasa
Apa yang sedang ku rasakan
Oh sayang

( korus )
Pulang kasih pulanglah padaku
Jangan biarku tertunggu tunggu
Hati ini memendam rasa
Merindumu setiap masa

Pulang sayang
Pulanglah segera
Jangan biarkan hatiku tersiksa
Jangan sayang jangan pergi lagi
Hati ini terasa sunyi

Hati merintih
Mengenangkan mu
Jiwa tersiksa menahan rindu
Jika ku tahu kau tak setia
Mengalirlah air mata


lirik lagu Jiwa Tersiksa Menahan Rindu Syura

lirik lagu Syura Jiwa Tersiksa Menahan Rindu

lirik lagu Bila Cinta Di Dusta Syura & Grand

Syura & Grand

lirik Bila Cinta Di Dusta :

Bila cinta didusta
Hati mula gelisah
Hilang kekasih hati
Hidup jadi merana

Insan jadi idaman
Kini dimilik orang
Cinta yang diimpikan
Putus di tengah jalan
Terpaksa mengalah

Mengapa menyinta
Andainya tak setia
Tak usahlah bercinta
Jika hanya berpura
Bila hati dah jemu
Mula berpaling tadah
Tak pernah difikirkan
Orang yang ditinggalkan
Tersiksa sayu pilu


Ooo...oo merayu-rayu
Ooo...oo ingin kembali
Ooo...oo meratap sayu
Tidak mungkin orang simpati
Menoleh pun tak sudi


Andainya ditakdirkan
Cintamu didustai
Pastinya kau mengerti
Siksanya perpisahan
Hanyalah penyesalan


lirik lagu Bila Cinta Di Dusta Syura & Grand

lirik lagu Syura & Grand Bila Cinta Di Dusta

lirik lagu Benang Kasih Syura

Syura

lirik Benang Kasih :

Berlalu sudah kisah perit
Bersulam dalam benang kasih
Dermaga berlabuh ke dasar mimpi
Membawa dirimu

Engkaulah lambang kasih hati
Mendamaikan debaran rasa
Senyumanku tak terbiar sepi
Menjadi hirisan hidup
Terbukalah hati dalam sedar

Tak pernah kau pinta
Hadirku untuk membalut luka
Kesetiaan telah kau berikan
Semua indah dalam dakap cinta
Impian tercipta
Agar kitakan terus bersama
Bersipuh awam berarak
Bertiup tanda hujan
Melanda dalam pusar badai

Ucapan maaf untukmu tanda cinta
Walau kelu lidah untuk bersuara
Tiada guna bersua
Terpaksa perpisahan akhirinya
Agar dikau bersama

Teristimewa buatmu kasih hati
Agar jodohmu berbunga dan berseri
Andai malam bersemi
Ingatilah diri ini agar kau kembali

Purnama melabuhkan resah
menyinari jejak langkah mu
Walau hatimu dilamun jauh
Masih ku menunggu
Dan bertanya berita dalam senduku


lirik lagu Benang Kasih Syura

lirik lagu Syura Benang Kasih

lirik lagu Bakawali Siti Nordiana & Syura

Siti Nordiana & Syura

lirik Bakawali :


(Duet)
Bakawali hai bunga bakawali
Mekar kembang di malam hari di malam hari
Cinta suci tidak dijual beli
Tidak mudah ditukar ganti bawa ke mati

(Syura)
Kuning pinang warnamu (hai sungguhlah berseri)
(Nana)
Biar terbit mentari (kau membawa diri)

(Syura)
Patahlah hati usah diturutkan
Kelak merana badan tak lalu makan
(Nana)
Bukan sengaja hamba nak turutkan
Hanya yang alami dapat merasakan


(Duet)
Tikar serampin janganlah di buang
Boleh dipakai hai berulang-ulang
Berkasih sayang tak siapa yang halang
Kuatkan iman bawalah bertenang


(Duet)
Bercahaya terang bulan purnama
Sedang angin sepoi bahasa menyapa muka
Nak bercinta biar berpada-pada
Jika benar, benar dah suka satukan saja

(Syura)
Kuning pinang warnamu (hai sungguh berseri)
(Nana)
Bila terbit mentari (kau membawa diri)

(Syura)
Mengharap kasih orang tak kasihan
Kalau pun kasih hanya separuh jalan
(Nana)
Jika begini makna percintaan
Rasanya elok dulukan masa depan

(Duet)
Hai nak muda kalau asyik bermimpi
Nanti kerja tidak menjadi kaulah yang rugi
Di masa bercinta indah sekali
Namun lebih indah sendiri hai tak sakit hati

Hai bakawali bunga suciku sayang
Kembangnya malam hai malam berkembang
Berkasih sayang tak siapa yang halang
Kuatkan iman bawalah bertenang

Hai bakawali nama lagu diberi
Rentaknya zapin semoga menghiburkan
Tibalah masa kami mengundur diri
Tersalah silap harap dimaafkan


lirik lagu Bakawali Siti Nordiana & Syura

lirik lagu Siti Nordiana & Syura Bakawali

Pilihan Lagu-Lagu Siti Nordiana:

lirik lagu Tenung-Tenung Renung-Renung Syura & Datuk M Daud Kilau

Syura & Datuk M Daud Kilau

lirik Tenung-Tenung Renung-Renung :

( P: )
Hendak ke baruh menjemur padi
Tetapi hampa padi sebendang
Hendah bertaruh ya tuan segunung budi
Rupalah juga ya tuan dicarilah orang

( L: )
Memang berliku jalan ke paya
Burung serindit di hujung dahan
Memang begitu di dunia resam di dunia
Rupa yang cantik hai orang dicarilah orang

( 1 )
( L&P: )
Belacu kainlah belacu
Nasib cuma dijeling saja
Sutera kainlah sutera
Rebutan menjadi rebutan

( 2 )
( L&P: )
Merindu nasiblah merindu
Bertepuk hai sebelah saja
Bercinta nasiblah bercinta
Tidak kesampaian

( P: )
Ingin kusuluh bulan nan tinggi
Sayangnya bulan disaput awan
Hingga bercumbu ya tuan hingga ke mati
Sayangnya diri bukanlah pilihan

( L: )
Kalau selisih di hujung titi
Jangan di kayu retak seribu
Kalau dah kasih di hati lucut di hati
Janganlah lagi merayu duduk merayu

( ulang 1 & 2 )

( P: )
Salah ditunjuk padi seberang
Sangka berbuah tidak berbuah
( L: )
Salah dirajuklah sayang orang tak sayang
Merana jiwa tak sudah merana tak sudah

( P: )
Hamba merindu bunga di taman
Sayang mekarnya tidak ke senja
( L: )
Kalau begitu hai tuan suratan Tuhan
Mungkin dah jodoh hai tiba belumlah tiba

lirik lagu Tenung-Tenung Renung-Renung Syura & Datuk M Daud Kilau
lirik lagu Syura & Datuk M Daud Kilau Tenung-Tenung Renung-Renung

lirik lagu Dendang Pusaka Syura & Datuk M Daud Kilau

Syura & Datuk M Daud Kilau

lirik Dendang Pusaka :

( M. Daud Kilau: )
Berpantun marilah berpantun
Berpantun kias seloka
Mengalun marilah mengalun
Mengalun lagulah lama
Hai canggungnya langkah
Adat bermula orang menari
Kalau sumbang lagu
Adat bermula orang menyanyi

( Duet: )
Melangkah ke kiri dan ke kanan
Ikutlah tari ikutlah gendang
Berdendang mari berdendang
Dendang pusaka
Melangkah ke kiri dan ke kanan
Ikutlah tari ikutlah gendang
Berdendang mari berdendang
Dendang pusaka

( Syura: )
Berdendang hambalah berdendang
Berdendang irama lama
Berlenggang hambalah berlenggang
Berlenggang tari yang lama
Hai mudanya hamba
Setampuk pinang darah yang ada
Kalau salah sumbang minta ditunjuk
Mana yang kurang

( Duet: )
Melangkah ke kiri dan ke kanan
Ikutlah tari ikutlah gendang
Berdendang mari berdendang
Dendang pusaka
Melangkah ke kiri dan ke kanan
Ikutlah tari ikutlah gendang
Berdendang mari berdendang
Dendang pusaka

( M. Daud Kilau: )
Janganlah merasa janganlah
Hai diri rendahlah diri
Berkenan kalaulah berkenan
Bersama kita menyanyi
Suburlah budaya jangan terlambat
Tempat jatuhnya
Yang tua dan muda menjulang tinggi
Budaya bangsa

( Duet: )
Melangkah ke kiri dan ke kanan
Ikutlah tari ikutlah gendang
Berdendang mari berdendang
Dendang pusaka
Melangkah ke kiri dan ke kanan
Ikutlah tari ikutlah gendang
Berdendang mari berdendang
Dendang pusaka

( Syura: )
Begitu kalaulah begitu
Di hati senang di hati
Berlagu dapatlah berlagu
Denganlah tuan bistari
Hai baru dan lama
Menjulang tinggi budaya bangsa
Wariskanlah hamba senyum sejati
Tinggi nilainya

( Duet: )
Melangkah ke kiri dan ke kanan
Ikutlah tari ikutlah gendang
Berdendang mari berdendang
Dendang pusaka
Melangkah ke kiri dan ke kanan
Ikutlah tari ikutlah gendang
Berdendang kita berdendang
Dendang pusaka

lirik lagu Dendang Pusaka Syura & Datuk M Daud Kilau
lirik lagu Syura & Datuk M Daud Kilau Dendang Pusaka

Lirik Lagu Lafaz Asmara - Siti Nordiana & Syura

Siti Nordiana & Syura

Lafaz Asmara

( Syura )
Malu dipandang jeling tak puas
Hendak diulang malu terasa
Berdebar bukan sedikit
Siang dan malam terkenang tuan
Berdebar bukan sedikit
Siang dan malam terkenang tuan

( Nana )
Bukan berkajang madah seloka
Memikat kasih sempurna cinta
Sekadar nanti bertepak
Sirih dan pinang merisik sayang
Sekadar nanti bertepak
Sirih dan pinang merisik sayang

( 1 )
( Duet )
Perang asmara di hati ini
Membuat ku tertawan
Mana penawar cinta sejati
Yang mampu meredakan
( 2X )

( Syura )
Kalau berbunga jangan sepagi
Biar kepetang harum mewangi
Terasa cinta diberi
Bagai berbalas segunung intan
Terasa cinta diberi
Bagai berbalas segunung intan

( Nana )
Bukan kuidam emas permata
Cukup sekadar cinta setia
Barulah sempurna janji
Lafaz asmara hidup berdua
Barulah sempurna janji
Lafaz asmara hidup berdua

( ulang 1 )

( Syura )
Jeling berulang madah bersahutan
(Nana)
Bisik berbalas kasih berpantun
(Syura)
Padamu kasih berbunga
(Nana)
Moga harumnya hingga ke petang
(Duet)
Penyeri kamar impian
Hidup berdua sepantun cinta

( ulang 1 )
Lirik Lagu Lafaz Asmara - Siti Nordiana & Syura

Lirik Lagu Igau Sang Perawan - Siti Nordiana & Syura

Siti Nordiana & Syura

Igau Sang Perawan

( Nana: )
Berdendang tak berlagu
Bersyair tak berpantun
Mana rentak se alun
(oh... oh... oh...)

( Syura: )
Jauh tak kerinduan
Dekat tak berteguran
Mana kasih sempurna

( Nana: )
Tiada selumbar
Berbisa tersusuk sengaja

( Syura: )
Tidak berkhabar
Bertanya tak bertanya

( Nana: )
Kalau cinta bertaruh
Niat yang paling ampuh
Kasih jadi kan teguh
(Oh... oh... oh... oh...)

( Syura: )
Kalau bersyair cinta
Biar berpantun sayang
Tidak badan berpeluh
Bagai pungguk

( Nana: )
Igau perawan
Siang dan malam
Di jeling kasih
Belahan di jiwa

( Syura: )
Ulang berulang
Bertanya khabar
Hilang sekejap
Bertahun rasanya

( Nana: )
Kalaulah jodoh berdua
Bagaikan jatuh purnama
Indah cahaya terang serata buana

( Nana & Syura :)
Biarpun lama
Berkarang sejarah asmara
Biar melantun
Kelangit ke bumi jatuhnya

( Nana: )
Suci (percintaan)
Berkasih (sejujurnya)
Teguh sehingga ke mati

( Syura: )
Murni (oh asmara)
Manisnya (selamanya)
Tidak pahit kesudahan
Lirik Lagu Igau Sang Perawan - Siti Nordiana & Syura

Lirik Lagu Habibah Maisara - Siti Nordiana & Syura

Siti Nordiana & Syura

Habibah Maisara

Petalanya tujuh melingkir ke hilir
Merentasi hati yang duka
Yok Mai sara yok sayang
Hilangkan resahv Yok habibah yok sayang
Hilangkan gundah

Pinggiran mencerah
Melangkah jauh melangkah
Bukan rindu mu maisara
Rindunya lebih darimu

Pancaran sinarnya meresap dikalbu
Bagai terbuka kasih hatiku
Hilang seri wadahnya
Bagaikan hilang
Ketulusan cintanya
Dari jiwa yang merindu

Pinggiran mencecah
Melangkah jauh melangkah
Bukan rindu mu maisara
Rindunya lebih darimu

Habibah, Habibah, Ya Habibah Maisara
Habibah Maisara (2X)

Bagai merestui
Kekasih ku ya kekasih
Habibah maisara
Kasih cinta tak kan berubah

Habibah, Habibah, Ya Habibah Maisara
Habibah Maisara (2X)
Lirik Lagu Habibah Maisara - Siti Nordiana & Syura

Pilihan Lagu-Lagu Siti Nordiana:

Lirik Lagu Sayang Musalmah

Tajuk Lagu : Sayang Musalmah
Penyanyi:Syura
Kategori: Irama melayu tradisional

Lirik Sayang Musalmah
Sayang Musalmah

Sayang Musalmah
Sayang Musalmah memakai sanggul
Ahaii turun ke sawah
Turun ke sawah menanam padi

Emas berkayan dapatku pikul
Aku tak sanggup menanggung budi

Turun ke sawah
Turun ke sawah menanam pada
Ahaiii hendak dijual
Hendak dijual ke pekan lama

Jangan selalu menanggung budi
Keraplah kali jadi bencana

Sayang Musalmah
Sayang MUsalmah memakai tudung
Ahai tudung dibeli
Aduhai Musalmah di kedai cina

Rindu hati dendamlah menanggung
Mengenangkan nasib diri merana ahaiilah sayang
Mengenanggkan nasib aduhaii Musalmah
Diri merana

Lirik melayu ali dan tradisional di http://liriksemualagu.blogspot.com

Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







Arkib