Sinopsis:
Nur Amina merupakan seorang gadis kampung yang taat kepada agama dan juga kepada kedua ibu bapanya. Ujian hidupnya bermula apabila dia terpaksa memilih antara kehendak keluarga yang mahu dia berkahwin dengan Adam, anak lelaki Ustaz Hassan atau kehendak sendiri iaitu melanjut pelajaran dan mengejar cita-citanya.
Memandangkan hubungan erat antara keluarga mereka menyukarkan pinangan tersebut ditolak Imam Abu Bakar. Tambah-tambah lagi keadaan kesihatan Ustaz Hassan yang tidak berapa baik. Oleh itu untuk tidak menghampakan rakan baiknya, Imam Abu Bakar memujuk anaknya agar menerima Adam sebagai bakal suami.
Dalam pada itu, Adam yang berpendidikan barat tidak dapat menerima perkahwinan yang diatur oleh ibu bapanya. Dia menganggap cara tersebut ketinggalan zaman memandangkan dia sudah mempunyai wanita pilihan sendiri yang berbangsa asing.
Dia akhirnya terpaksa bersetuju apabila mengetahui tentang keuzuran bapanya. Dia pun berpura-pura akur demi menjaga hati bapanya yang tenat.
Selepas berkahwin, Adam kembali ke Australia untuk meneruskan pengajian dan berjumpa dengan kekasih hati, Katrina. Nur ditinggalkan dan hidup dalam penipuan terhadap ibu bapanya yang mempercayai dia mengikut suami berhijrah ke Australia walhal kini hidup sendirian di Kuala Lumpur. Tetapi ini tidak menjadikan penghalang baginya untuk memegang segulung ijazah dalam jurusan seni bina di salah sebuah universiti terkemuka di Kuala Lumpur.
Apa terjadi kepada Nur Amina selepas itu? Adakah dia akan bersama Adam akhirnya? Saksikan kesudahan drama cinta tiga segi yang penuh konflik ini di tv3 setiap Jumaat 9:30 malam.
Pelakon : Tiz Zaqyah sebagai Nur Amina, Remy Ishak sebagai Adam, Fizz Fairuz sebagai Aidil, Ummi Nazeera sebagai Siti Sarah, Sharifah Sofia sebagai Katrina, Ayu Raudah sebagai Aliyah.

Pelakon lain: Jalaluddin Hassan (Bapa Adam)
Pengarah: Khabir Bhatia
Tajuk Drama Siri: Nurkasih
Berikut merupakan lagu tema Siri Nurkasih:
OST Nurkasih [KLIK DI SINI]
OST Nur Amina [KLIK DI SINI]

No comments:
Post a Comment
Komen di sini