Lagu best, Download Lagu, Lagu Baru 2026, OST Drama MELAYU, lagu terbaik, tonton drama melayu online, drama terbaru, drama melayu tv3, drama melayu best, lagu malaysia, lagu inggeris, lagu korea,
Apa yang akan berlaku apabila Zombie bermaharajalela di dunia ini? Bagaimana kita mampu menjalani kehidupan seharian kita? Dapatkah manusia meneruskan survival dalam dunia yang ganas dan menakutkan?
Persoalan inilah yang cuba disingkap dalam filem aksi hebat terbaru lakonan Brad Pitt, World War Z . Filem ini mengetengahkan kemungkinan zaman masa hadapan bagaimana sekiranya dunia yang kita duduki sekarang ini berada dalam taklukan bangsa zombie (mayat hidup).
Kisah ini digambarkan berlaku pada waktu sepuluh tahun setelah Zombie menguasai dunia. Di sinilah pentingnya watak seorang petugas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berdedikasi, Gerry Lane (Brad Pitt), yang terus berusaha memerangi epidemik ini, agar tidak terus merebak ke seluruh pelusuk dunia.
Gerry terpaksa bersaing dengan waktu bagi menghentikan pandemik Zombie yang hampir memusnahkan segala-galanya termasuk tentera dan seluruh populasi dunia. Dia harus bergerak cepat sebelum manusia di dunia ini pupus. Mampukah Gerry melakukannya? Cukupkah masa untuknya menyelamatkan dunia?
Lane, bersama bantuan pasukan PBB, kemudiannya mereka berusaha memerangi para zombie yang menggila.
Info World War Z (2013)
Pengarah: Marc Forster
Penulis : Matthew Michael Carnahan (screenplay), Drew Goddard (screenplay)
Pelakon: Brad Pitt, Mireille Enos, James Badge Dale
Tags:Sinopsis Filem World War Z + Video Trailer, Lirik Lagu, lyrics, mp3 download, youtube mp3, lagu lagu baru, lagu terbaru, video, free download mp3, Lagu melayu, lagu Inggeris
Filem Vikingdom merupakan kisah mitos berdasarkan legenda Skandinivia, Viking dan puisi epik yang mereka tinggalkan."Vikingdom" merupakan sebuah kisah fantasi, pengembaraan seorang raja yang dilupakan, Eirick, yang ditugaskan dengan misi mustahil iaitu mengalahkan Thor, Dewa Halilintar.
Dalam pada itu Thor mempunyai misi untuk mengumpul kunci purba - "Mjolnir" - tukul dari Valhalla, "Kalung Mary Magdalene" dari Mitgard dan "Horn" dari Helheim. Ini perlu dicapai sebelum Gerhana berdarah, yang berlaku sekali setiap 800 tahun. Jika tidak, dewa-dewa pagan Viking tidak akan dapat memerintah dan menakluk manusia lagi. Hanya seorang yang boleh menghalang Thor daripada terus berkuasa ...Eirick, si mayat hidup.
Berjayakah dia mengalahkan Dewa Thor? Bagi mengetahui kesudahan kisah legenda yang menarik dan menghiburkan ini saksikanlah tayangannya di pawagam-pawagam berdekatan anda! Sokonglah hasil karya anak tempatan Malaysia yang turut menggegar pawagam di Amerika Syarikat ini. Selamat terhibur:)
Penerbit: KRU Studios Mula Tayangan: 12 September 2013 Pelakon: Dominic Purcell (Prison Break), Natassia Malthe (Dead Or Alive), Jon Foo (Tekken), Craig Fairbrass (Cliffhanger) & Conan Stevens (Game of Thrones). Pengarah: Yusry Abd Halim
Tags:Sinopsis Filem Vikingdom + Trailer Video, Lirik Lagu, lyrics, mp3 download, youtube mp3, lagu lagu baru, lagu terbaru, video, free download mp3, Lagu melayu, lagu Inggeris
Sinopsis:
Yan Da Feng (Lan Cheng Long) merupakan seorang jejaka yang angkuh, pemarah dan ego. Cucu kepada pemilik syarikat farmaseutikal Ba Bao Tang ini tidak menerima keputusan datuknya yang telah menjodohkan dia dengan seorang gadis kampung bernama Xie Fu An (Chen Qiao En).Dia juga sanggup melakukan apa saja asalkan dapat memiliki empayar perniagaan datuknya meskipun dengan cara kotor.
Xie Fu An tinggal dengan adik lelakinya di kaki gunung dan belajar perubatan herba daripada neneknya. Satu hari Xie Fu An telah berjaya menyembuhkan penyakit datuk Yan Da Feng. Disebabkan terhutang budi, datuknya telah menjadikan gadis itu sebagai tunang cucu lelakinya.
Tujuannya agar Xie Fu An dapat menyembuhkan penyakit marah cucunya.
Kehadiran gadis kampung itu telah berjaya melembutkan hati Da Feng. Dia akhirnya sedar dia telah jatuh cinta kepada gadis yang pernah dipandang rendah dahulu. Namun dia terpaksa bersaing dengan Han Dong Jie (Roy Qiu) dalam merebut cinta Xie Fu An.
Siapakah yang akan dipilih Xie Fuan? Da Feng atau Dong Jie?
Cast/Pelakon:
Blue Lan Cheng Long (藍正龍) - Yan Da Feng (顏大風)
Joe Chen Qiao En (陳喬恩) - Xie Fu An (谢福安)
Roy Chiu Ze (邱澤) - Han Dong Jie (韓東杰)
Jocelyn Wang Yi Ren (王怡仁) - Jiang Zhen Zhen (江珍珍)
Xiu Jie Kai - Yan Yang (嚴陽)
Genre: Romance, comedy/ Komedi romantik
Broadcast network/ rangkaian penyiar: TTV / SETTV
Broadcast period/ tarikh siaran: 2009-Jun-07 to 2009
Sinopsis Easy Fortune Happy Life/ 8tv drama taiwan
EDWARD CULLEN dan keluarganya berpindah dari Bandar Forks , Washington untuk menyelamatkan nasib malang Bella pada usianya genap 18 tahun. Apabila Bella yang sangat merindui Edward menyedari dia dapat melihat kekasihnya itu setiap kali berada dalam bahaya, dia sanggup merisikokan dirinya untuk bertemu Edward. Untuk itu dia mengubahsuai motosikal lamanya dengan bantuan kawannya Jacob Black. Tujuannya untuk menunggang secara bahaya untuk bersama Edward. Malah dia juga sanggup terjun dari tebing tinggi ke dalam laut sehingga hampir kelemasan. Jacob mengingatkannya sebab Edward meninggalkannya ialah kerana tidak mahu bersamanya lagi. Jacob sebenarnya merupakan ahli puak Quileute yang misteri dan mempunyai kuasa supernatural. Bella kemudian terpaksa berhadapan dengan bahaya untuk menyelamatkan nyawanya. Dalam pada itu dia dapat tahu tentang rahsia Quileutes dan tujuan sebenar Edward meninggalkannya serta bahaya yang akan menimpa untuk bersama dengan Edward.
Pelakon : Bella (Kristen Stewart), Edward (Robert Pattinson),Jacob (Taylor Lautner)
Sinopsis Filem Animasi 3D - A Christmas Carol (2009)
A Christmas Carol mengisahkan tentang seorang lelaki tua yang kedekut , Ebenezer Scrooge yang didatangi oleh roh kawannya, Jacob Marley yang telah mati 7 tahun lepas pada malam menjelang Hari Krismas. Di sebabkan sikap tamak, rakannya itu menerima pembalasan di alam barzakh dgn rantai yang berat. Dia mengingatkan Scrooge pembalasan yang mungkin diterimanya lagi berat jika tidak segera bertaubat dan meramalkan kedatangan 3 hantu untuk memberinya peluang bagi memperbaiki dirinya.
Hantu pertama Hantu Masa Silam Krismas , mengingatkan kepada Scrooge tentang masa silamnya sehingga bagaimana dia menjadi seorang yang kedekut seperti hari ini. Semasa kecil dia telah ditinggalkan di sekolah asrama oleh ayahnya sehingga dibawa pulang oleh kakaknya, Fan. Kemudian dia menceburi bidang perniagaan dan berjaya sebagai peminjam wang. Dia kemudian bertunang dengan seorang wanita bernama Belle, namun putus di tengah jalan kerana sikapnya yang terlalu asyik mengumpul kekayaan.
Hantu Kedua, Hantu Krismas Masa Kini menunjukkan kepada Scrooge tentang kegembiraan anak buahnya Fred apabila dia mengeluarkan sedikit wang untuk hadiahnya di hari Krismas. Dan juga apabila dia membayar gaji pekerjanya Bob Cratchit buat anaknya Tiny Tim yang sakit dan tidak akan hidup lama.
Hantu ketiga, Hantu Krismas Akan Datang menunjukkan kepada Scrooge Tiny Tim mati dan Cratchit meratap pada hari Krismas. Kemudian Scrooge pula mati dan anak saudaranya Fred mewarisi hartanya. Orang gajinya juga merompak harta peninggalannya. Scrooge takut lalu meminta peluang kedua kepadanya untuk mengubah sikapnya.
Keesokannya Scrooge mula sedar dan menderma kepada orang miskin. Menghadiri majlis Fred dan membantu Tiny Tim agar dapat terus hidup. Sejak itu dia telah menjadi orang baru hasil daripada panduan 3 hantu pada malam krismas itu.
Judul : A Christmas Carol
Karya Asal : Novel Charles Dickens
Pengarah : Robert Zemeckis
Watak : Jim Carrey ( Ebenezer Scrooge, Hantu Krismas Masa Silam, Hantu Krismas Masa Kini , Hantu Krismas Akan Datang ), Robin Wright Penn, Bob Hoskins,Gary Oldman, Colin Firth
Terbitan : Disney Pictures
Nenek Kebaya mengisahkan tentang dendam kesumat Intan Sari kepada Raja Kembayat kerana telah menjatuhkan hukuman mati kepada tunangnya Indera Laksamana dan membutakan mata ibu angkatnya Mak Inang. Untuk itu, dia telah mempelajari ilmu hitam.
Dendam yang tak terbalas itu telah berlanjutan selama 7 keturunan apabila ilmu hitam itu telah diwariskan kepada Nenek Putih. Melalui cucunya Samsiah yang dikahwinkan dengan keturunan Raja Kembayat, Adam, Intan Sari ingin mencapai hasratnya untuk memusnahkan keluarga Adam.
Intan Sari telah menjelma rupa menjadi Samsiah, manakala Samsiah telah ditukarkan kepada rupa neneknya mengunakan kuasa sihir.Kini Dengan wajah Samsiah (dipanggil Nenek kebaya oleh cucu tirinya kerana sentiasa memakai kebaya) Intan Sari bebas untuk membalas dendam.
Namun hasratnya terhalang apabila dia tidak dapat menahan kepanasan setiap kali terdengar bacaan ayat suci Al Quran. Malah pemandu suaminya yang pandai agama juga dapat merasakan kehadiran kuasa syaitan itu.
Pelakon: Diana Rafar, Raisuddin Hamzah, Amyza Adnan, Zed Zaidi,Pekin Ibrahim dan Mariani.
Saat-saat terakhir Michael Jackson dalam 'This Is It'.
Filem dokumentari muzikal arahan Kenny Ortega ini menceritakan mengenai detik akhir perjuangannya menerusi rakaman siri latihan dalam persediaan memberi persembahan siri konsert terakhirnya, This Is It. Walaubagaimanapun, pada usia 50 tahun, tatkala peminat-peminat Michael Jackson di seluruh dunia ternanti-nanti untuk menonton siri 50 konsert yang direncanakan bermula di O2 Arena, London Julai lalu, dunia gempar dengan berita pemergian legenda Pop ini. Impian Michael yang ingin memberikan satu persembahan hebat kepada peminat-peminat setianya tidak kesampaian.
Apa yang tinggal hanya serpihan rakaman dokumentasi Jacko bersama krew konsert itu berlatih sebagai persediaan konsert penting itu. Rakaman latihan itu sebenarnya bertujuan memberi ruang kepada penganjur menilai semula mutu persembahan dan memperbaikinya sebelum konsert bermula. Rancangan mempertontonkannya kepada khalayak tidak pernah timbul. Namun aksi-aksi terakhir Michael Jackson menerusi latihan konsert memang sangat menarik sehingga Sony Pictures yang menonton rakaman babak itu selama beberapa minit tertarik untuk membelinya. Mereka mengubah ‘konsert yang tidak menjadi kenyataan’ ke dalam bentuk filem dan dinamakan 'This Is It' sesuai dengan judul lagu terakhir Michael Jackson.
Kisah hidup Michael Jackson sebenarnya penuh dengan pelbagai cabaran dan liku. Namun, semangat dan kesungguhan Michael Jackson sebagai penghibur tidak pernah luntur biarpun usianya sudah mencecah separuh abad. Memang banyak kontroversi melibatkan penyanyi ini namun banyak lagi yang boleh diambil iktibar daripada rentetan panjang perjalanan kariernya.
Kisah bermula setelah kedatangan sekumpulan anak muda yang juga pelajar universiti ke Niyang Rapik untuk membuat kajian.
Di kampung tersebut, mereka telah berkenalan dengan seorang gadis bernama Maya, anak kepada ketua kampung Niyang Rapik.
Bagaimanapun, kerana kesilapan yang dilakukan sebelum pulang ke tempat mereka, setahun selepas itu seorang daripada rakan mereka meninggal dunia secara mengejut.
Lantas mereka mengambil keputusan kembali ke Niyang Rapik untuk mengembalikan barang yang telah mereka ambil.
Namun pelbagai tragedi dan peristiwa pelik menghantui mereka sementelah suasana di Niyang Rapik yang suram tidak semeriah dahulu.
Segalanya yang berlaku bagai menyimpan misteri tersendiri.
Judul Filem : Niyang Rapik
Pengarah : Ahmad Idham
Kategori : seram
Pelakon : Liyana Jasmay, Zed Zaidi, Fizz Fairuz, Awal Ashaari, Kamal Adli, Shaheizy Sam dan Nasir Bilal Khan.
Sumber : Petikan dari Utusan Malaysia
Oleh : Norliza Mohamad Zakaria
Nur Amina merupakan seorang gadis kampung yang taat kepada agama dan juga kepada kedua ibu bapanya. Ujian hidupnya bermula apabila dia terpaksa memilih antara kehendak keluarga yang mahu dia berkahwin dengan Adam, anak lelaki Ustaz Hassan atau kehendak sendiri iaitu melanjut pelajaran dan mengejar cita-citanya. Memandangkan hubungan erat antara keluarga mereka menyukarkan pinangan tersebut ditolak Imam Abu Bakar. Tambah-tambah lagi keadaan kesihatan Ustaz Hassan yang tidak berapa baik. Oleh itu untuk tidak menghampakan rakan baiknya, Imam Abu Bakar memujuk anaknya agar menerima Adam sebagai bakal suami. Dalam pada itu, Adam yang berpendidikan barat tidak dapat menerima perkahwinan yang diatur oleh ibu bapanya. Dia menganggap cara tersebut ketinggalan zaman memandangkan dia sudah mempunyai wanita pilihan sendiri yang berbangsa asing. Dia akhirnya terpaksa bersetuju apabila mengetahui tentang keuzuran bapanya. Dia pun berpura-pura akur demi menjaga hati bapanya yang tenat. Selepas berkahwin, Adam kembali ke Australia untuk meneruskan pengajian dan berjumpa dengan kekasih hati, Katrina. Nur ditinggalkan dan hidup dalam penipuan terhadap ibu bapanya yang mempercayai dia mengikut suami berhijrah ke Australia walhal kini hidup sendirian di Kuala Lumpur. Tetapi ini tidak menjadikan penghalang baginya untuk memegang segulung ijazah dalam jurusan seni bina di salah sebuah universiti terkemuka di Kuala Lumpur. Apa terjadi kepada Nur Amina selepas itu? Adakah dia akan bersama Adam akhirnya? Saksikan kesudahan drama cinta tiga segi yang penuh konflik ini di tv3 setiap Jumaat 9:30 malam.
Pelakon : Tiz Zaqyah sebagai Nur Amina, Remy Ishak sebagai Adam, Fizz Fairuz sebagai Aidil, Ummi Nazeera sebagai Siti Sarah, Sharifah Sofia sebagai Katrina, Ayu Raudah sebagai Aliyah.
Drama Taiwan ini asalnya berjudul Zi Mei Gui / 紫玫瑰. Atau dalam Bahasa Inggerisnya Roseate-Love yang bermaksud cinta warna merah jambu.Juga dikenali sebagai Purple Rose / 紙玫瑰 (Paper Rose) / 天國的薔薇 (The Rose of Heaven). Drama ini disiarkan di 8tv jam 4 petang setiap Sabtu dan Ahad.Drama yang mempunyai 13 episod ini bergenre romance dan melodrama selain ada elemen-elemen komedi serta humor. Lagu pembukaannya berjudul Ai Yi Zhi Cun Zai (愛一直存在) iaitu Love Always Exists dendangan Rachel Liang. Sementara lagu penutup cerita berjudul Ku Guo Jiu Hao Le (哭過就好了) It'll Be Fine After Crying dendangan Rachel Liang. Roseate Love mengisahkan tentang seorang gadis ceria dan agak kelurusan bernama Xiao Zi. Selepas kematian, teman lelakinya iaitu seorang pemuzik, dia berusaha menunaikan hajatnya yang ingin menjadi penyanyi terkenal..
Barisan pelakon Roseate Love: (Watak heroin)Rachel Liang sebagai Wang Xiao Zi 王小紫
Jin Wei Fan (金韋汎) sebagai childhood Xiao Zi
* Tender Huang sebagai Ning Zi Da 甯子達
* Wang Zheng Wei sebagai childhood Zi Da
* Denny Huang sebagai Ning Jie Fei 甯杰飛
* Cai Yun You (蔡昀佑) sebagai childhood Jie Fei
* Xu Liang Yu (許亮宇) sebagai Lin Nuo 林諾
* Zhao Bo Han (趙柏翰) sebagai childhood Lin Nuo
* Tiffany Xu sebagai Mina 米娜
* Cai Yun Qi (蔡昀琦) sebagai childhood Mina
Watak-watak lain:
* Ke Shu Qin sebagai Lin Jing Jing 林晶晶 * Fu Lei (傅雷) sebagai Ning Jing An 甯敬安 * Ren Ma sebagai Wa Wa 娃娃 * Wang Zhong Ping (王中平) sebagai Wang Dong 王董 * Wu Wen Xuang (吳玟萱) sebagai Wu Jia Pei 吳家佩 (Patty) * Huang Zi Jia (黃子嘉) sebagai Chen Mei Hui 陳美惠 * Li Jia Wen sebagai Da Pao 大砲 * Lu Jun (陸鈞) sebagai A Kai 阿凱 * Ji Guan Hong (紀冠宏) sebagai Shu Tiao 薯條 * Fan Hong Xuan (范鴻軒) sebagai Xu Lao 徐老 * Huang Tai An sebagai Tai Ge 泰哥 * Qiu Long Jie (邱隆杰) sebagai Wang Lin 汪霖 * Dong Shun Hao (董舜豪) sebagai Wartawan Jiang * Gao Shan Feng (高山峰) sebagai Fan Wei 范偉 * Ma Li Ou (馬利歐) sebagai Lin Sang 林桑 * Guan Jin Zong (管謹宗) sebagai pengurus anak yatim
Filem This is it ialah sebuah filem cereka lakonan Michael Jackson. Ia mengisahkan persiapan terakhir penyanyi itu yang dijadualkan diadakan di 02 Arena London Julai lalu namun tidak kesampaian . Filem yang diarahkan oleh Kenny Ortega itu menjadi istimewa kerana di sebalik dokumentari rakaman latihan dan persiapan Konsert This is it itu, penonton dapat mengenali kegigihan Jacko menjelang hari hari terakhirnya itu.
Senario The Movie Episode 2: Beach Boys merupakan sambungan daripada filem Senario The Movie Episode 1 yang memfokuskan tentang kisah tiga sekawan iaitu Azli, Wahid dan Mazlan. Kali ini mereka merancang untuk bercuti di Ariba Ariba Resort. Beberapa peristiwa yang berlaku semasa percutian itu antaranya ialah kehilangan dompet mereka, pertemuan dengan tiga beradik Qasidah, Hamidah dan Zuraidah dan percutian yang membawa mereka kepada rancangan untuk memajukan resort mewarnai episod ini. Selain itu mereka turut bertemu dengan penjahat, Remy yang cuba untuk menipu Mansor dan menculik Qasidah.
Judul Filem : Senario The Movie Episode 2 Beach Boys
Pelakon : Azlee, Mazlan dan Wahid , Datuk Jamali Shadat , Nik Sayyidah , Maria Farida , Marsha Milan Londoh dan Riezman Khuzaimi.
Pengarah : Ahmad Idham
Penerbit : Metrowealth (MIG)
k/w: Sinopsis Filem Senario The Movie Episod 2 Beach Boys
Pelakon : John Cusack,Chiwetel Ejiofor, Danny Glover, Amanda Peet, Thandie Newton, Oliver Platt
Pengarah : Roland Emmerich
Terbitan : Columbia Pictures
Tarikh mula tayangan di Malaysia : 12 nov 09
Ringkasan Filem 2012 :
Filem 2012 berkisarkan tentang kemusnahan dunia pada 21 disember 2012 akibat pelbagai bencana alam seperti gempabumi dan tsunami yang berlaku serentak. Dunia dikatakan telah kiamat seperti ramalan dalam kalendar kuno kaum Mayan. Filem arahan Roland Emmerich ini mengisahkan Jackson Curtis (lakonan John Cusack) seorang penulis berusaha untuk menyelamatkan keluarganya dan orang sekelilingnya daripada malapetaka. Adrian Helmsley (Chiwetel Ejiofor) seorang saintis turut sama berusaha untuk menyelamatkan dunia. Untuk itu kerajaan telah membina kapal untuk menyelamatkan manusia namun usaha ini masih membayangkan jiwa tamak yang ada dalam diri sesetengah manusia apabila wang masih menjadi syarat untuk diselamatkan.
Sinopsis Penuh Filem 2012 :
2012 mengisahkan kejadian penghujung dunia seperti yang diramalkan dalam kalendar kaum Mayan. Kisahnya bermula apabila pada tahun 2009 seorang ahli geologi telah ditunjukkan oleh rakannya di India tentang perkembangan kajian lapisan bawah bumi yang menjadi sangat panas sehinggakan bahan galian menjadi cair.
Beliau kemudian memaklumkan kepada Presiden Amerika tentang itu dan ramalan bencana besar kesan daripada kepanasan melampau dalam bumi pada tahun 2012. Atas perbincangan secara rahsia dengan beberapa pemimpin dunia, mereka memulakan satu projek membina sebuah kapal gergasi yang berpusat di bumbung Dunia Tibet China.Hanya beberapa kerat orang-orang kaya dan yang terpilih di dunia sahaja dimaklumkan tentang itu, selain daripada beberapa khazanah berharga dan binatang2 tersenarai untuk menaiki kapal itu kelak.
Seorang penulis terkenal bercuti bersama 2 orang anaknya di Taman Negara YellowStone. Di situ dia berjumpa dengan seorang yang kurang siuman. Lelaki itu kemudian bercerita kepadanya mengenai ramalan Hari Kiamat kaum Mayan yang yang akan berlaku pada 21/12/2012. Namun dia tidak mempercayainya walaupun lelaki itu menyentuh tentang pembinaan kapal gergasi secara rahsia.
Tetapi pada tarikh tersebut, apabila dia diberitahu oleh seorang anak hartawan yang mereka sekeluarga akan menaiki sebuah kapal sementara dia yang tinggal di situ akan mati, membawa kembali ingatannya kepada kata-kata orang kurang siuman di Yellowstone itu. Dengan pantas dia memandu menuju ke rumah bekas isterinya bagi menyelamatkan keluarganya itu.
Pelbagai usaha dijalankan untuk membawa keluarganya ke tempat kapal itu dibina iaitu di Tibet China berbekalkan peta yang diberitahu oleh orang kurang siuman itu, walaupun diancam oleh bencana alam seperti gempa bumi yang sangat dahsyat dan percikan2 api kesan daripada ketidakstabilan dari dalam bumi. Namun mereka bernasib baik apabila akhirnya tiba di situ. Malangnya mereka kemudian dihalang daripada memasukinya kerana bukan terdiri daripada orang-orang yang terpilih itu.
Sementara ahli geologi itu terperanjat apabila mengetahui hanya orang-orang tertentu sahaja yang dibenarkan memasuki kapal itu. Atas prinsip kemanusiaan dia berani menyuarakan sikap tidak bertamadun apabila hanya melihat sahaja ramai lagi orang-orang yang berada di sekeliling kapal itu mati kerana tidak dibenarkan memasukinya. Mendapat sokongan daripada yang lain, pelepasan terpaksa ditangguhkan bagi membenarkan orang-orang yang dilarang tadi menaiki kapal itu. Tindakan yang terlewat itu menyebabkan kapal tenggelam oleh tsunami besar dan air panas. Namun akhirnya masalah itu dapat diatasi.
Selepas kejadian 'Hari Kiamat' itu, tarikh Masihi telah dikira semula. Dan selepas beberapa hidup dalam kapal itu akhirnya mereka yang terselamat itu dapat melihat muka bumi sama sekali berubah, dipenuhi laut dan wujud satu sahaja benua besar.
k/w: synopsis 2012 , sypnosis 2012 movie , filem hari kiamat , ringkasan , ending 2012