PLEASE WATCH THIS ! Thank You.

Sinopsis A Christmas Carol (2009) - Filem Animasi 3D Disney Charles Dickens

Sinopsis Filem Animasi 3D - A Christmas Carol (2009)

A Christmas Carol mengisahkan tentang seorang lelaki tua yang kedekut , Ebenezer Scrooge yang didatangi oleh roh kawannya, Jacob Marley yang telah mati 7 tahun lepas pada malam menjelang Hari Krismas. Di sebabkan sikap tamak, rakannya itu menerima pembalasan di alam barzakh dgn rantai yang berat. Dia mengingatkan Scrooge pembalasan yang mungkin diterimanya lagi berat jika tidak segera bertaubat dan meramalkan kedatangan 3 hantu untuk memberinya peluang bagi memperbaiki dirinya.

Hantu pertama Hantu Masa Silam Krismas , mengingatkan kepada Scrooge tentang masa silamnya sehingga bagaimana dia menjadi seorang yang kedekut seperti hari ini. Semasa kecil dia telah ditinggalkan di sekolah asrama oleh ayahnya sehingga dibawa pulang oleh kakaknya, Fan. Kemudian dia menceburi bidang perniagaan dan berjaya sebagai peminjam wang. Dia kemudian bertunang dengan seorang wanita bernama Belle, namun putus di tengah jalan kerana sikapnya yang terlalu asyik mengumpul kekayaan.

Hantu Kedua, Hantu Krismas Masa Kini menunjukkan kepada Scrooge tentang kegembiraan anak buahnya Fred apabila dia mengeluarkan sedikit wang untuk hadiahnya di hari Krismas. Dan juga apabila dia membayar gaji pekerjanya Bob Cratchit buat anaknya Tiny Tim yang sakit dan tidak akan hidup lama.

Hantu ketiga, Hantu Krismas Akan Datang menunjukkan kepada Scrooge Tiny Tim mati dan Cratchit meratap pada hari Krismas. Kemudian Scrooge pula mati dan anak saudaranya Fred mewarisi hartanya. Orang gajinya juga merompak harta peninggalannya. Scrooge takut lalu meminta peluang kedua kepadanya untuk mengubah sikapnya.

Keesokannya Scrooge mula sedar dan menderma kepada orang miskin. Menghadiri majlis Fred dan membantu Tiny Tim agar dapat terus hidup. Sejak itu dia telah menjadi orang baru hasil daripada panduan 3 hantu pada malam krismas itu.

Judul : A Christmas Carol
Karya Asal : Novel Charles Dickens
Pengarah : Robert Zemeckis
Watak : Jim Carrey ( Ebenezer Scrooge, Hantu Krismas Masa Silam, Hantu Krismas Masa Kini , Hantu Krismas Akan Datang ), Robin Wright Penn, Bob Hoskins,Gary Oldman, Colin Firth
Terbitan : Disney Pictures

Trailer Filem Animasi A Christmas Carol

No comments:

Post a Comment

Komen di sini

Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







Arkib