PLEASE WATCH THIS ! Thank You.

Sinopsis Filem Pisau Cukur.

Filem ini mengisahkan dua orang gadis yang mata duitan iaitu Bella (lakonan Maya Karin) dan Intan Mastura (lakonan Nur Fazura). Memegang motto " kalau tidak berduit, saya takkan pandang” mereka bercuti di sebuah  kapal pelayaran mewah, Putri Duyung untuk mengumpan lelaki kaya.

Bella mendampingi Dato' Hisham ( lakonan Eizlan Yusuf) yang kematian isteri. Sementara Intan menggunakan Faqir (lakonan Shahredza Minhat)dalam mencapai hasratnya. Dia telah memujuk lelaki itu belajar tarian ballroom untuk menjadi pasangannya. Intan juga telah membantu penyiasat peribadi, Ari (lakonan Aaron Aziz) untuk menyelesaikan misteri pembunuhan Datuk Zakaria (lakonan Datuk Rahim Razali).Mereka berjaya membongkar rahsia suspek pembunuhan itu yang terdiri daripada ketiga-tiga isteri Zakaria (Khatijah Tan, Umie Aida dan Sharifah Sofia) dan dua anaknya (Liyana Jasmay dan Nas-T).
Apakah rahsia tersebut? Dan adakah Bella dan Intan berjaya mencapai impian mereka memerangkap lelaki kaya dan mengikis harta mereka? Saksikan filem Pisau Cukur yang diarahkan Bernard Chauly (pengarah Gol & Gincu). Filem ini akan mula ditayangkan pada 5 November ini. Berkonsepkan komedi ringan dan sarat aksi mencuit hati, Pisau Cukur mendedahkan budaya yang kian menular sejajar dengan kepesatan manusia mengejar kemajuan. Meskipun, wang dan kekayaan yang diusahakan secara jalan pintas belum tentu menjamin kebahagiaan, namun realitinya masih ada segelintir masyarakat yang sanggup berbuat apa saja untuk memiliki kemewahan.

OST Filem Pisau Cukur {KLIK SINI}

Tags: Filem Pisau Cukur, Sinopsis Filem Pisau Cukur, Nur Fazura, Maya Karin, Bella dan Intan Mastura, Gadis pisau cukur, Kapal Putri Duyung, Bernard Chauly, Pisau Cukur, Filem melayu, Filem di pawagam

No comments:

Post a Comment

Komen di sini

Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







Arkib