PLEASE WATCH THIS ! Thank You.

Ulasan Filem Michael Jackson - This Is It

Saat-saat terakhir Michael Jackson dalam 'This Is It'.
   Filem dokumentari muzikal arahan Kenny Ortega ini menceritakan mengenai detik akhir perjuangannya menerusi rakaman siri latihan dalam persediaan memberi persembahan siri konsert terakhirnya, This Is It. Walaubagaimanapun, pada usia 50 tahun, tatkala peminat-peminat Michael Jackson di seluruh dunia ternanti-nanti untuk menonton siri 50 konsert yang direncanakan bermula di O2 Arena, London Julai lalu, dunia gempar dengan berita pemergian legenda Pop ini. Impian Michael yang ingin memberikan satu persembahan hebat kepada peminat-peminat setianya tidak kesampaian.
Apa yang tinggal hanya serpihan rakaman dokumentasi Jacko bersama krew konsert itu berlatih sebagai persediaan konsert penting itu. Rakaman latihan itu sebenarnya bertujuan memberi ruang kepada penganjur menilai semula mutu persembahan dan memperbaikinya sebelum konsert bermula. Rancangan mempertontonkannya kepada khalayak tidak pernah timbul. Namun aksi-aksi terakhir Michael Jackson menerusi latihan konsert memang sangat menarik sehingga Sony Pictures yang menonton rakaman babak itu selama beberapa minit tertarik untuk membelinya. Mereka mengubah ‘konsert yang tidak menjadi kenyataan’ ke dalam bentuk filem dan dinamakan 'This Is It' sesuai dengan judul lagu terakhir Michael Jackson.
Kisah hidup Michael Jackson sebenarnya penuh dengan pelbagai cabaran dan liku. Namun, semangat dan kesungguhan Michael Jackson sebagai penghibur tidak pernah luntur biarpun usianya sudah mencecah separuh abad. Memang banyak kontroversi melibatkan penyanyi ini namun banyak lagi yang boleh diambil iktibar daripada rentetan panjang perjalanan kariernya.

No comments:

Post a Comment

Komen di sini

Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







Arkib