Linsay Lohan saman iklan AS$100 juta

LOS ANGELES 10 Mac - Pelakon wanita yang sering dilanda masalah, Lindsay Lohan mungkin tidak akan lagi mendapat peranan yang menarik dalam filem, tetapi dia mungkin memperoleh jutaan ringgit melalui tuntutan mahkamahnya ke atas sebuah iklan televisyen yang dipaparkan secara meluas.

Lohan, 23, menyaman broker dalam talian, E-Trade sebanyak AS$100 juta (RM451.9 juta) dengan menyatakan bahawa iklan dikeluarkannya yang memaparkan seorang bayi 'ketagih minum susu' bernama Lindsay, sebagai mencabuli haknya, lapor New York Post semalam.

Iklan itu pertama kali dipertontonkan pada Februari lalu ketika acara Super Bowl dan memaparkan seorang bayi lelaki memohon maaf kepada teman wanitanya kerana terpaksa menunggu lama disebabkan dia terlalu sibuk dengan kerja pemasarannya.

Teman wanitanya kemudian bertanya 'dan adakah Lindsay yang 'ketagih minum susu' itu tidak ada' sebelum seorang lagi bayi perempuan muncul sambil berkata, 'Milk-a-whaaaat?'.

Ia adalah siri iklan terbaru memaparkan bayi bagi menunjukkan kemudahan sistem pemasaran secara dalam talian.

Dalam tuntutan yang difailkannya kelmarin, peguam Lohan, Stephanie Ovadia berkata, iklan berkenaan secara jelas merujuk kepada anak guamnya yang mempunyai rekod buruk sebelumnya.

"Kebanyakan selebriti dikenali dengan hanya satu nama dan E-Trade menggunakannya untuk keuntungan.

"Mereka menggunakan namanya bagi mempersendakan kehidupannya. Kenapa mereka tidak menggunakan nama Susan. Ini adalah pesanan tanpa sedar. Setiap orang bercakap mengenainya dan berkata ia adalah Lindsay Lohan," katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, kenyataan yang dikeluarkan agensi iklan yang menghasilkannya, menafikan ia merujuk kepada Lohan.

Menurut kenyataan itu, mereka hanya menggunakan nama popular seorang bayi yang juga menjadi nama anggota pasukan akaun di situ. - Reuters

No comments:

Post a Comment

Komen di sini

Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







Arkib