Ok tapi sebelum itu anda tentu mahu tahu tips menjadi seorang remaja yang cool, betul tak? Terutama di sekolah. Oleh itu baca tips ini sebagai panduan mencapai matlamat anda.
Tips jadi remaja Kool di sekolah:
1.Selalu ingat yang hari pertama di sekolah sangat 'penting'.
-Jadi anda mesti hadir ke sekolah.Sebelum itu buat persediaan rapi. Siapkan buku, baju, beg dan ssebagainya. Itu salah satu ciri pelajar yang cool. Dan lepas itu anda akan lebih cool kalau datang ke sekolah tiap-tiap hari. Silap-silap anda lebih cool dari Ketua Pengawas sekolah anda.
2.Elakkan perbuatan buli atau jadi mangsa buli
-Buli memang tak COOl.. tanyalah siapa saja. Malah amat memalukan kepada orang yang melakukannya. Tapi orang bantu mangsa buli, mempertahankan diri sendiri dan kawan sekolahnya memang pelajar yang cool. Dalam berinteraksi dengan rakan sebaya, kita harus saling hormat-menghormati. Usah jadikan kelemahan dan kekurangan orang lain sebagai cara kita menunjukkan kehebatan kita. Cuba fikir jika kita berada di tempat mereka, adakah kita suka dilayan begitu?
3.Jangan peduli apa yang orang lain fikir tentang kita.
-Buat saja apa yang kita mahu buat dan percaya benar. Jika tidak suka tentang sesuatu suarakan dengan baik, lepas tu lupakan dan teruskan hidup.. Jangan peduli cakap-cakap belakang orang lain. Ada banyak perkara yang menyeronokkan dalam sekolah anda selain melayan pendapat-pendapat tidak berfaedah orang lain, Itu baru cool..
4.Buat sesuatu yang istimewa.
Cth;Dalam seminggu, pakai pakaian yang anda suka dan boleh buat anda rasa lebih positif. Tapi jangan lupa jaga penampilan diri dan kebersihan. Sangat tidak cool pergi sekolah dengan tidak mandi. Menjaga kebersihan diri sangat penting. Selain anda akan lebih sihat dan cergas, anda juga akan lebih berkeyakinan.
5.Jadi seorang yang berdikari.
- Remaja kool tidak ikut orang lain. Cthnya hanya kerana rakan anda pakai telefon MAHAL atau ada teman istimewa, itu tidak bermakna anda harus ikut mereka. Berbangga dengan diri sendiri. Anda unik dalam dunia ini.. Nak jadi cool, pertama jadi diri sendiri dan terima diri seadanya. ORANG COOL tetap akan cool walau bawa basikal buruk sekalipun! Bak kata pepatah 'Ular menyusur akar takkan hilang bisanya..'
Lepas cuba tips ini, pasti ada akan jadi cool. Kalau dah cool pun tambah cool. Dan apa yang anda buat selepas ini akan lebih berjaya.
Tips Lain Yang Berguna dan Cool:
- Bagaimana mahu popular?
- Tips meningkatkan keyakinan!!
- Bagaimana mahu Gembira?
- Cari Kawan?
- Tips Hari Pertama Di Sekolah
- Tips Komunikasi yang berkesan!
- Mengapa Anda Bertuah?
wow..
ReplyDeletebez nya tips2 nie