Senarai LAGU RAYA Terbaru + POPULAR 2024



                                                            Senarai peserta yang terpilih dalam Akademi Fantasia Musim ke 8

                                                            PETALING JAYA 9 Mac - Ibu tunggal serta pasangan adik beradik merupakan antara peserta yang terpilih sebagai pelajar program realiti popular, Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) yang akan memulakan siarannya pada Sabtu ini.

                                                            Peserta yang berasal dari Bintulu, Sarawak, Zafarina Jamhari, 28, bukan saja ibu tunggal kepada seorang cahaya mata bahkan menjadi pelajar paling senior dalam AF musim ini.

                                                            Sementara pasangan adik beradik yang terpilih pula ialah Erma Suhaimi, 21, dan Siti Adira Suhaimi, 19, dari Ranau, Sabah.

                                                            Pemilihan Erma dan Siti Adira sekali gus mencatat sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya pasangan adik-beradik dipilih menyahut cabaran dalam program realiti popular terbitan Astro itu,.

                                                            Astro turut mengumumkan pelajar wanita lain iaitu Nadiawaty Ainul Basir, 24; Dayang Nor Anum Arjuna Aharun, 19; dan Nadia Emilia Roselan, 22.

                                                            Tidak ketinggalan enam pelajar lelaki iaitu Muhammed Shahril Mohd. Saleh Hussein, 26; Muhammad Alid Kadim, 19; Muhd. Shahril Firdaus Eli, 22; Emirza Azwan Zulazrin Chew, 20; Muhd. Firdaus Maulana Mohamed, 22; serta Ahmad Shahir Zawawi, 22.

                                                            Pengumuman kesemua pelajar itu dibuat pada sidang akhbar di sini hari ini yang turut dihadiri oleh Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn. Bhd, Zainir Aminullah; Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi, Pengetua AF8, Norman Abdul Halim serta barisan tenaga pengajar AF8.

                                                            Menurut Norman, kriteria pemilihan pelajar kali ini bukan sahaja mengambil kira kualiti nyanyian sebaliknya turut menggabungkan kekuatan daripada segi karakter dan memiliki aura sebagai penyanyi atau penghibur.

                                                            "Kita melihat pelan jangka panjang dan saya jamin, sekurang-kurangnya enam pelajar pasti akan mempunyai karier mereka sendiri selepas keluar daripada AF nanti.

                                                            "Bagaimanapun, dalam AF8 apa yang ingin saya tekankan kepada mereka ialah kalau kalah atau tersingkir, biarlah ia secara bermaruah," kata Norman kepada wartawan di sini hari ini.

                                                            AF8 bakal membuka tirainya dengan konsert pengenalan pada 13 Mac manakala konsert minggu pertama pula akan bermula 20 Mac ini.

                                                            Berbeza dengan musim-musim sebelum ini, konsert mingguan AF8 akan berlangsung setiap Sabtu pada pukul 9 malam manakala pengumuman penyingkiran dilakukan Ahad pada waktu yang sama.

                                                            Format AF8 nyata berbeza daripada sebelum ini apabila tirai konsert dan penyingkiran dilakukan pada hari yang berbeza.

                                                            Sebelum ini, Astro mengumumkan pelantikan Norman sebagai Pengetua AF8 manakala Jimmy Shanley Norjahan Saleh dan Sarimah Ibrahim akan bergandingan sebagai pengacara konsert mingguan AF8.

                                                            Sarimah juga diberi kepercayaan mengendalikan program baru, Debaran Akademi Fantasia manakala Jimmy dengan Diari Akademi Fantasia.

                                                            Senarai peserta yang terpilih dalam Akademi Fantasia Musim ke 8
                                                            Senarai penuh peserta yang AF8

                                                            No comments:

                                                            Post a Comment

                                                            Komen di sini

                                                            Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







                                                            Arkib