Peserta AKADEMI FANTASIA MUSIM KE-8 yg tersingkir : ANUM

Anum peserta ketiga tersingkir AF8

Anum (dua kiri) yang tersingkir pada minggu ke-3 dalam Debaran AF8 di Dewan Sri Putra, Bukit jalil, malam tadi.

KUALA LUMPUR 4 April - Langkah Anum dalam Akademi Fantasia 8 (AF8) terhenti pada minggu ini apabila dia diumumkan sebagai peserta ketiga yang tersingkir menerusi Debaran AF8 yang disiarkan secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil malam ini.

Walaupun dikatakan antara peserta yang menyerlah, Anum atau nama sebenarnya, Dayang Nor Anum Arjuna Aharun, 19, terpaksa akur dengan undian khidmat pesanan ringkas (SMS) terendah iaitu sebanyak 8.73 peratus berbanding sembilan peserta lain.

Menyanyikan lagu berjudul Kau Atau Aku (Main Tarik Tali) yang pernah dipopularkan oleh Elyana, Anum yang berasal dari Tawau, Sabah melahirkan rasa kecewa kerana tidak dapat meneruskan pelajaran di dalam AF8.

"Memang sedih apabila tersingkir namun saya tetap bersyukur kerana pernah diberi peluang untuk menyertai AF8.

"Mungkin memang sudah tertulis perjuangan saya di dalam AF8 sampai di sini sahaja tetapi saya akan terus berjuang dalam bidang seni selepas ini," ujar Anum yang meminati genre muzik rock ketika ditemui sejurus berakhirnya Debaran AF8.

Dengan penyingkiran Anum, AF8 kini diteruskan oleh Emirza Azwan Zulazrin Chew (Iwan), 20; Nadiawaty Ainul Basir (Ain), 24; Muhd. Firdaus Maulana Mohamed (Maulana), 22; Muhd. Shahril Firdaus Eli (Daus), 22; Nadia Emilia Roselan (Nad), 22; Muhammad Alif Kadim (Alif), 19; Zafarina Jamhari (Farina), 28; Ahmad Shahir Zawawi (Shahir), 22; dan Siti Adira Suhaimi (Adira), 19.

No comments:

Post a Comment

Komen di sini

Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







Arkib