Bagaimana mahu jadi bijak:
Tips: Pilih salah satu cara di bawah dan lakukan seminggu sekali atau tiap-tiap hari. Tidak perlu lakukannya sekali gus.KEBIJAKSANAAN JUGA MEMERLUKAN LATIHAN. Bukan setakat cerdas secara semulajadi.
1. Tetapkan 1 matlamat seminggu – Buat perkara penting dahulu. Ini sgt membantu. Misalnya kau harus siapkan projek tapi kau pergi main bola. Malam sebelum tarikh akhir projek itu, kau mula kelam-kabut. Cikgu kau akan nampak 2 perkara: 1. Terburu-buru. 2, Tiada usaha.
2. Perbaiki perbendaharaan kata kau. Baca buku yg bagus. Cuba guna beberapa definasi drp kamus sehari atau langgan perkhidmatan "word-of-the-day" secara online. Kau juga boleh uji perbendaharaan kata di Readers Digest atau beli buku utk memperbaikinya. Baca kamus 1 perkataan 1 masa. Ia mungkin ambil masa setahun tapi secara intelektual kau akan membesar.
3. Permudahkan – Bercakap mengenai perkara yg org tak faham tak membuatkan kau bijak. Genius adalah kebolehan menterjemahkan perkara kompleks menjadi mudah. Berlatih menerangkan konsep pd org lain. Lihat bagaimana jelas dan mudah kau dapat lakukan penerangan. Jika ada tak faham, bukan salah mereka yg bodoh tapi salah kau kerana tidak begitu articulate.
4. Lanjutkan pengajian. – Pelajaran bukan sampah yg kau dipaksa terima di sek atau kolej utk diploma atau ijazah. Ia pemahaman mengenai dunia sekitar kau. Org semulajadi penuh sikap ingin tahu berhenti bertanya apb masuk sekolah. Org paling bijak sbnrnya sentiasa menyoal dunia mereka dan cuba mencari sebab. Ini rahsia Genius.
5. Pupuk minat dlm subjek spt isu semasa, fakta menarik, kelakar dan quote yg bagi inspirasi, buku yg bagus dan filem, kajian saintifik dan penciptaan menarik.
6. Sediakan sehelai kertas dan tulis kata kunci utk apa yg kau mahu hafal. ( jika tak perolehi informasi secara aktif, maknanya ia akan datang dalam minda kau melalui perbualan) apb kau mulakan kali pertama (begitulah kebiasaannya apabila kita melepasi waktu kanak2,perbuatan menulis dan melihat satu perkara banyak kali tidak lagi dilakukan. kita berharap tak perlu ulang banyak kali. Cuba luaskan kaki langit anda! Ia akan menguatkan lagi apa yg ada dlm minda kita.
7. Baca buku yg bagus- Membaca buat anda tambah bijak, Ia sgt menyeronokkan dan meluaskan fikiran. Pelbagaikan pembacaan anda dalam pelbagai genre termasuk bukan fiksyen.
8. Pastikan semuanya terurus- Mulakan setiap hari dengan perancangan. Sediakan buku nota utk tulis tugasan harian dan tuliskan tarikh akhir utk ujian dan peperiksaan. Dapatkan planner mingguan dan rancang kegiatan anda. Dapatkan kalendar bulanan dan tulis hari jadi serta peristiwa istimewa. Tulis bila kelas anda, kerja rumah dan bila boleh keluar dgn kwn.
9. Belajar mendengar pendapat org lain dengan teliti tentang isu kontroversi dan mengenai apa yg mereka tahu tetapi tidak anda. Anda tidak harus bersetuju dengan mereka tapi ingat setiap orang ada sesuatu yg boleh anda belajar. Jika dia menentang sesuatu pasti ada sebab tersendiri. Tanya soalan dapat membenarkan anda menilai semula kepercayaan anda atau menunjukkan kelemahan kepercayaan org lain. Ingat, lebih bijak anda, lebih banyak soalan akan ditanya.
10. Kaitkan apa yg diketahui. Menanam semua informasi dlm otak tiada gunanya. Kau harus boleh mengakses ia ke situasi dunia nyata. Fikir situasi dunia sebenar di mana secebis informasi itu nampak masuk akal.
11. Berbaik dengan orang. – ambil peduli kesejahteraan org lain. Kadang2 org tak sedar yg seseorg itu sedih atau sakit. Lihat wajah dan mata mereka semasa bercakap. Berbaik dengan org juga dianggap sebagai kematangan, kelas dan kebijaksanaan. Teruskannya dan org akan perasan.
12. Berkawan dgn org bijak.
13. Bersenam dengan minda anda. Belajar selesaikan Kiub Rubik. Lebih mudah sekira anda bayangkan geometri kiub itu. Buat silangkata perkataan dan matematik spt Soduku. Ia akan buat anda 2x lebih bijak.
14. Belajar selesaikan masalah math guna mental. Atau math pantas. Banyak helah menyelesaikan masalah math komples dlm minda yg boleh mengagumkan org lain. Ia akan meningkatkan fungsi memori.
15. Lawat tempat baru.
16. Lukis diagram/ gambarajah. Org bijak pandai guna gambarajah. Jgn berorientasikan perkataan saja atau konsep abstrak. Lihat kelemahan diri dan perbaikinya.
17. Analisa situasi kompleks sebagai latihan. Ia membolehkan kau memahami perkara rumit dgn lebih baik. Dan pemahaman lebih baik anda pada perkara mudah atau ringkas.
18. Perbaharui skil anda. Belajar guna teknologi. Jadi lebih praktikal.
No comments:
Post a Comment
Komen di sini