Komunikasi Yang Baik dan Berkesan

Komunikasi yg baik.
-Skil komunikasi yg baik dan tidak baik berkaitan satu sama lain. Tapi ia bukan berlawanan spt hitam dan putih. Komunikasi adalah salah satu skil yg bezakan kita dgn haiwan. Diadun dgn kebolehan berfikir, banyak kemajuan telah dicapai.
-Memandangkan kita lahir dgn anggota yg hebat  utk berkomunikasi, kita sering fikir semua kebolehan dimiliki sejak lahir lagi. Walaupun kita ada alat utk salurkan idea, kita tak semestinya guna dgn betul.

Contoh: Semua orang ada kaki dan tangan. Tapi adakah semua org tahu berenang? Tak, ini sesuatu yg harus dipelajari. Apabila anda bangunkan kebolehan anda, anda akan jadi lebih bagus menggunakan anggota tubuh anda.

- Hanya kerana kita bercakap sepanjang umur hidup kita, tidak bermakna kita penutur yang baik. Melainkan anda latih skil komunikasi anda sebagaimana minda anda, barulah ia jadi efektif dan berkuasa.

Apa yang perlu diingat tentang komunikasi:


1. Kita cakap dengan orang, bukannya kepada orang. Ini arahan namanya. JAdi dalam komunikasi harus seimbang dan ada timbal balik.
2. Kita salah apb percaya org yg cakap pantas lebih bijak drp yg lain. (Kita perlu kepantasan utk lari daripada bhaya tapi memerlukan intelek utk menjauhinya)
3. Tetapkan matlamat apa yg kita mahu sampaikan. Berusaha ke arah itu.
4. Semasa berkomunikasi berhenti beberapa saat, fikir balik apa kita mahu cakap.
5. Skil komunikasi yg baik adalah melakukan kesilapan, memperbaikinya, jangan ulang kesilapan yg sama. Sama macam skil yg lain contoh menyanyi, bermain gitar, bersukan dll.
6. Skil komunikasi yg baik adalah tahu apa yg mahu dikata, bila mahu dikata. Ingat, lebih mudah difahami dan ringkas lebih baik.

No comments:

Post a Comment

Komen di sini

Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







Arkib