Senarai LAGU RAYA Terbaru + POPULAR 2024



                                                            Sinopsis Drama Hani Slot Lestary TV3

                                                            Nur fathia bakal berlakon sebagai Ummu Hani
                                                            Sinopsis Drama Hani Slot Lestary TV3

                                                            Judul: Hani
                                                            Slot: Lestary
                                                            Saluran: TV3

                                                            Pelakon: Nur Fathia, Ryzal Jaafar, Siti Fathiyah, Rozita Che Wan, Esma Daniel, Nurul Elfira Loy, Zarynn Min, Airis Yasmin dan Ngasrizal Ngasri
                                                            Mula siar: 7 Disember ini, pukul 9.00 malam.

                                                            Sinopsis Drama Bersiri Hani:

                                                            Drama Hani mengisahkan mengenai ketabahan seorang gadis berusia 17 yang menjadi buta selepas menjalani pembedahan otak.

                                                            Nur Fathia memegang watak sebagai Ummu Hani, merupakan seorang pelajar Tingkatan Lima yang periang dan cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.

                                                            Cita-cita Hani mahu jadi pensyarah. Disebabkan itu dia berazam mahu melanjutkan pelajaran hingga ke luar negara.


                                                            Irfan ( Ryzal Jaafar) pula seorang pelajar baru yang berpindah ke sekolah Hani selepas ayahnya, Dr. Adib ditugaskan ke sebuah hospital di Kuala Lumpur.

                                                            Irfan menjadi seorang yang pendiam dan gemar menyepikan diri selepas kematian abangnya akibat leukimia.

                                                            Sahabat baik Hani, Aliah lakonan Siti Fathiyah dan Jalilah cuba mendampingi Irfan tetapi tidak dilayan. Hani yang mengetahui Irfan gemar membaca telah membaca novel kegemarannya bagi menarik perhatiannya.

                                                            Sikap Hani yang optimis telah membuka hati Irfan. Daripada seorang yg dingin dia menjadi lebih bersemangat. Lama-kelamaan hubungan dua pelajar ini makin rapat dan Hani dalam diam-diam menyedari yang dia menyimpan perasaan terhadap anak doktor ini.





                                                               

                                                            Tidak lama kemudian,Hani sering mengalami sakit kepala dan pening. Setelah pemeriksaan dilakukan, dia telah disahkan mempunyai ketumbuhan dalam otak. Dia mendapat tahu semua itu pada waktu dia hampir menduduki peperiksaaan SPM. Lebih menyayat hati, dia terpaksa menerima hakikat akan kehilangan panca inderanya selepas menjalani pembedahan otak bagi menyelamatkan nyawanya.

                                                            Hani bergelut dengan perasaan takut dan gementar. Dia tidak percaya dia akan menjadi buta pada usia 17 tahun. Dia tidak dapat menerima hakikat pahit itu.

                                                            Dia masih mahu mengejar cita-citanya.

                                                            Ummu Hani amat tertekan setelah buta. Namun begitu, muncul Mariam lakonan pelakon jelita Rozita Che Wan dan Mokhtar iaitu Esma Daniel sekeluarga sering memberi motivasi dan kata-kata semangat kepada Ummu Hani. Sedikit sebanyak Hani sedar yang dia masih mempunyai harapan.

                                                            Dr. Adib kurang senang dengan sikap anaknya, Irfan yang mengabaikan pelajarannya hanya kerana terlalu ambil berat terhadap Ummu Hani. Oleh itu Dr Adib dan Shafinaz telah membuat rancangan mendekatkan Aliah dengan Irfan.

                                                            Selepas keputusan SPM diumumkan, Irfan dan Aliah berjaya melanjutkan pelajarannya dalam bidang perubatan di luar negara. Akhirnya, Irfan dan Aliah telah berkahwin dan kedua-duanya berjaya menjadi doktor.

                                                            Apakah reaksi Ummu Hani apabila mengetahui kawan baiknya sendiri, Aliah telah mengahwini Irfan? Adakah dia akan memusuhi sahabat sendiri yang telah memusnahkan kebahagiaannya? Sama-sama kita nanti drama yang penuh suka duka ini.


                                                            Drama 13 episod terbitan Layar Consult Sdn Bhd diarahkan oleh Heykal Hanifah berdasarkan skrip oleh Zabidi Mohamed

                                                            Tags: Sinopsis Drama Slot Lestary- Hani, Sinopsis Hani, Sinopsis Drama Hani, Hani Sinopsis, Episod pertama Drama Hani, Episod akhir DRama Hani, Kesudahan Kisah Hani

                                                            No comments:

                                                            Post a Comment

                                                            Komen di sini

                                                            Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







                                                            Arkib