Showing posts with label Sinopsis drama Melayu. Show all posts
Showing posts with label Sinopsis drama Melayu. Show all posts

Sinopsis Drama Hidayahmu Ramadan (Samarinda TV3)

Sinopsis Drama Hidayahmu Ramadan (Samarinda TV3)


Rangkaian televisyen TV3 akan mempersembahkan drama terbaru berjudul 'Hidayahmu Ramadan' yang akan ditayangkan di slot Samarinda TV3. Drama ini mula bersiaran mulai 4 Jun ini, setiap Selasa hingga Khamis jam 10.00 malam di TV3.

JUDUL : HIDAYAHMU RAMADAN
EPISOD : 17 episod
TARIKH : Mulai 4 Jun 2015 (Selasa-Khamis 10.00 malam)
SIARAN : Slot Samarinda TV3
SKRIP : Azlina Pa'wan
PENGARAH : Eoon Shuhaini
TERBITAN : Primeworks Studios


WATAK PELAKON

  • Zara Zya sebagai Hidayah
  • Wina Azian sebagai Hidayah 12tahun
  • Aeril Zafril sebagai Amar
  • Nazrief Nazri sebagai Nazir
  • Danish Adam sebagai Nazir 12tahun
  • Reen Rahim sebagai Amira
  • Rahhim Omar sebagai Dato Mustafa
  • Zarina Zainuddin sebagai Datin Rogayah
  • Roy Azman sebagai Jalil
  • Sharifah Shahora sebagai Semah
  • Hairi Safwan sebagai Ismail
  • Zahira Macwilsona sebagai Dr Katrina
  • Falisha Crssley sebagai Mimi
  • Nur Qistina Raisah sebagai Mimi 8tahun
SINOPSIS:
Hidayahmu Ramadan membawa kisah cinta sepupu, yang mempunyai taraf hidup yang berbeza. Nazir graduan universiti manakala Hidayah pula hanya seorang pelajar Tingkatan Enam. Kemalangan yang menimpa menyebabkan Hidayah bergelar anak yatim.Bermula dengan rasa simpati, Nazir mula memberi perhatian keatas Hidayah dan mereka sering berkongsi masalah. Keakraban mereka akhirnya melahirkan bibit-bibit cinta. Tidak mahu bermenantukan orang miskin, ibu Nazir berusaha memisahkan mereka berdua. Apakah kesudahan cinta mereka? Dapatkah mereka bersama akhirnya? Saksikan 'Hidayahmu Ramadan' yang akan ditayangkan di slot Samarinda TV3 mulai 4 Jun ini, setiap Selasa hingga Khamis jam 10.00 malam di TV3


Pilihan Berkaitan:


Tags:Sinopsis Drama Hidayahmu Ramadan (Samarinda TV3)

Sinopsis Drama Maid (ASTRO)

 Sinopsis Drama Maid (ASTRO)


Maid merupakan satu lagi drama adaptasi Novel yang bakal bersiaran di saluran Astro mulai 15 Jun 2015. Drama ini menampilkan gandingan mantap Zul Ariffin dan Ayda Jebat yang amat popular sebelum ini dengan drama Rindu Awak 200%. Drama ini bakal bersiaran pada bulan Ramadan ini, setiap Isnin hingga Jumaat jam 10 malam di Astro Ria & Ria HD.

JUDUL : M.A.I.D
EPISOD : -
TARIKH / MASA : Mulai 15 Jun 2015, Isnin-Jumaat (10malam)
SALURAN : Astro Ria (104) & Ria HD (123).
PENGARAH : Michael Ang
TERBITAN : Darkwave Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Zul Ariffin, Ayda jebat, Nina Nadira, Tasha Shilla, Nina Juren, Nina Nadira, Eizlan Yusof, Hefny Sahad, Mak Wan Latah
PENULIS NOVEL: Suri Ryana

WATAK PELAKON:
  • Ayda jebat sebagai Noorul
  • Zul Ariffin sebagai MR.F/Harris
  • Nina Nadira Naharuddin sebagai Iman
  • Tasha Shilla Razak sebagai Elisa
  • Nina Juren sebagai Puan Sri Kirana
  • Nina Nadira sebagai Zaura
  • Eizlan Yusof sebagai Tan Sri Hamdan
  • Hefny Sahad sebagai Haikal

SINOPSIS DRAMA MAID:
Drama Maid berkisarkan mengenai kehidupan seorang gadis biasa bernama Noorul (Ayda Jebat) yang bekerja sebagai pembantu rumah kepada seorang jurutera lelaki yang kacak iaitu Mr. F a.k.a Harris lakonan Zul Ariffin. Disebabkan sikap majikannya yang cerewet dan suka meminta dia masak pelbagai masakan membuat Noorul meluat akan lelaki itu.
Namun lama-kelamaan dari benci bertukar cinta akhirnya dan membawa  mereka ke gerbang perkahwinan. Namun kehadiran Elisa, yang menyintai Mr tambah merumitkan keadaan. Dapatkah Noorul menghadapi semua rintangan termasuk adik tiri yang turut menyimpan perasaan terhadapnya?Saksikanlah coretan kisah Noorul dan Mr F yang penuh dengan rencah dalam Drama MAID bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10 malam di Astro Ria & Ria HD.
 Semoga Terhibur:)


Tags:Sinopsis Drama Maid (ASTRO)

Sinopsis Drama Syurga Nur (Akasia TV3)

 Sinopsis Drama Syurga Nur (Akasia TV3)


Bersempena bulan Ramadan yang mulia ini TV3 menyajikan drama istimewa dalam slot Akasia yang berjudul  'Syurga Nur'.  Drama ini memulakan tayangan pada 1 Julai 2015, dari Isnin hingga Khamis, jam 6:55 petang.

JUDUL : Syurga Nur
EPISOD : 28 episod
TARIKH / MASA : 1 Julai 2015 (Isnin-Khamis, 6.55pm)
SIARAN : Slot Akasia TV3
SKRIP : Sofia J Rhyland
OLAHAN : Sheila Rusly
PENGARAH : Azman Yahya (Jinggo)
TERBITAN : JS Pictures Sdn Bhd
WATAK PELAKON
  • Janna Nick sebagai Nur Jannah / Nur Fatihah Nik Safuan
  • Amar Asyraf sebagai Kamil
  • Azrel Ismail sebagai Dr Haris
  • Sheila Rusly sebagai Sarina
  • Raja Ilya sebagai Alin
  • Dayana Roza sebagai Siti
  • Erwin Dawson sebagai Adib
  • Ammar Alfian sebagai Nik Safuan
  • Elin Sharliza sebagai Alia
  • Khairil Anwar Aman sebagai Dato johar
  • Anne Abdullah sebagai Datin Mariam
  • Shajiry sebagai Said
  • Aidil Alias sebagai Ustaz Azim
  • Yaya Zahir sebagai Emma
  • Mysarra Syahfiedzrien sebagai Nur (kanak-kanak)
  • Allif Ikqmal sebagai Kamil (kanak-kanak)

LAGU TEMA / OST SYURGA NUR:

1. Lirik Lagu Benar Cinta - Aisha Hanim

SINOPSIS DRAMA NUR
Syurga Nur menyorot kisah Nur(Janna Nick) yang kehilangan ibu bapanya dalam kemalangan jalan raya. Sejak kejadian itu Nur dibesarkan oleh mak ciknya, Alin (Raja Ilya) dan sering menjadi mangsa dera. Semasa Nur melarikan diri dia berjumpa dengan Sarina (Sheila Rusly) yang menjaga dan menyayanginya seperti anak kandung.
Sarina mempunyai dua orang anak lelaki, Kamil (Amar Asyraf) dan Adib (Erwin Dawson). Mereka tidak suka kehadiran Nur dalam keluarga mereka.
Nur berjaya menjadi usahawan dan waktu itu Kamil mula mempunyai perasaan terhadap Nur. Namun dia tidak berani untuk meluahkan isi hatinya. Apabila lelaki itu menolak untuk dijodohkan dengan Siti, Nur mula perasan yang Kamil menyukainya.
Apakah yang terjadi seterusnya? Adakah Kamil akan bersama dengan Nur?


Tags:Sinopsis Drama Syurga Nur (Akasia TV3)

Sinopsis Drama Satu Hari (Ratu TV9)

Sinopsis Drama Satu Hari (Ratu TV9)



JUDUL : SATU HARI
EPISOD : 14 episod
TARIKH : 2 Disember 2014 ( Selasa & Rabu - 8.30 malam)
SIARAN : Slot Ratu saluran TV9
PENGARAH : Jamal Khan
TERBITAN : Primeworks Studio Sdn. Bhd
PELAKON : Remy Ishak, Sara Ali, Rita Rudaini, Miller Khan

WATAK PELAKON DRAMA SATU HARI

Remy Ishak sebagai Isfahan
Sara Ali sebagai Sabrina
Rita Rudaini sebagai Lia
Miller Khan sebagai Moez

Sinopsis:

Drama Satu Hari mengangkat kisah seorang suami yang kecewa akibat dikhianati si isteri tercinta.

Akibat tidak dapat menerima hakikat itu, Isfahan (Remy Ishak) telah membawa diri dan tinggal di Sarajevo. Isteri yang telah dikahwini selama 9 tahun, Lia (lakonan Rita Rudaini) akhirnya berkahwin dengan sahabat baiknya sendiri, Moez (Miller Khan).

Di Sarajevo hati Isfahan tertarik dengan kehadiran Sabrina (Sara Ali) seorang penganalisa air mentah di Sarajevo. Wajah comel dan sikap misteri yang dimiliki gadis itu membuka pintu hati Isfahan untuk bercinta lagi.

Namun ada halangan yang menanti. Semasa Isfahan terpaksa pulang semula ke tanah air gara-gara kematian anaknya Puteri, Lia kembali menagih cinta lama selepas diceraikan Moez.

Adakah Remy akan kembali dengan Lia atau memilih Sabrina yang ditinggalkan di Sarajevo? Apakah kesudahan kisah cinta mereka?

Kalau mahu tahu jangan lupa tetapkan  Drama Hebat berjudul Satu Hari di TV9 ini dalam jadual anda setiap Selasa dan Rabu mulai jam 8:30 malam.

Pilihan Drama Melayu Terbaru + Popular 2015:



  • Istikharah Cinta (baru!)


  • Asam Pedas Untuk Dia(baru!)


  • Satu Hari(baru!)


  • Senarai Drama Melayu Terbaru + Popular 2015



  • Tags:Sinopsis Drama Satu Hari (Ratu TV9), Lirik Lagu, lyrics, mp3 download, youtube mp3, lagu lagu baru, lagu terbaru, video, free download mp3, Lagu melayu, lagu Inggeris

    Sinopsis Drama Cinta Pandang ke-2 (Slot Aurora TV9)

    Sinopsis DRAMA CINTA PANDANG KE-2:

    Ainnur gadis hodoh dan gemuk yang sering jadi bahan ejekan sewaktu terutamanya daripada seorang budak lelaki yang disukainya. Akibat tidak tahan sering dikutuk dia akhirnya bertukar sekolah. Beberapa tahun kemudian berlaku transformasi menakjubkan kepada gadis itu. Daripada gadis hodoh dia kini menjadi gadis jelita. Lebih hebat lagi dia kini menjadi bos besar.
    Dan cuba teka siapa yang menjadi orang bawahannya?
    Siapa lagi ... dia budak lelaki yang sering menghinanya dahulu. Dan kini tiba masa Ainnur membalas dendam!


    Saluran: TV9
    Novel:Cinta Pandang Ke-2
    Penerbit :Alaf 21
    Penulis: Laila Kamila
    Slot: Aurora
    Hari: Khamis
    Mula Disiarkan: 5 Disember 2013
    Pelakon :Izara Aishah, Dazrin Kamarudin, Maria Farida, Ridzuan Hashim, Ery Zukhairi, Erynne Erynna, Along Eyzendy, Amira Rosli, Abby Nour, Jazli Hassan, Haizat Hassan, Eiyha Abdullah dan ramai lagi.


    Pilihan Berkaitan:

    Tags:Sinopsis Drama Cinta Pandang ke-2, Lirik Lagu, lyrics, mp3 download, youtube mp3, lagu lagu baru, lagu terbaru, video, free download mp3, Lagu melayu, lagu Inggeris

    Sinopsis Drama Ariana Rose (Akasia TV3)

     Sinopsis Drama Ariana Rose (Akasia TV3)



    Plot: Ariana Rose sebuah lagi naskhah  adaptasi daripada novel popular berjudul The Wedding Breaker mengisahkan mengenai seorang gadis yang menyamar sebagai seorang wanita mengandung demi membantu sahabat baiknya daripada jatuh ke tangan lelaki kasanova. Perbuatan tersebut memakan dirinya setelah diketahui Tengku Adam. Apa berlaku seterusnya? Dapatkah Ariana membebaskan dirinya daripada cengkaman lelaki itu?
    Pengarah: Raja Alauddin Shah
    Penulis Skrip :
    Sofia Rhyland
    Tarikh mula:
    30 Disember 2013
    Waktu Bersiaran:
    Setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam
    Saluran:
    di slot Akasia TV3
    Penerbit :
    PenaCreative
    Jumlah Episod:
    28
    Pelakon:
    Keith Foo (Tengku Adam), Nur Fathia (Ariana Rose), Hisyam Hamid (Harith), Nabila Huda (Liayana), Arja Lee (Ramzul), Tasha Shilla (Tengku Juwita), Dato’ Jalaluddin Hassan (Dato’ Wan Jusoh), Ziela Jalil (Datin Asra), Mustapha Kamal (Tengku Mukhriz), Liza Abdullah (Tengku Lisdania), Rahhim Omar (Tengku Sidin), Jasmin Hamid (Tengku Marsela), Syatilla Melvin (Sophie), Wan Sharmila (Linda)







    Pilihan Berkaitan:



    Tags:Sinopsis Drama Ariana Rose (Akasia TV3), OST Ariana Rose, Pelakon Ariana Rose, Nur Fathia, Foto Ariana Rose, Gambar Ariana Rose, Lirik Lagu, lyrics, mp3 download, youtube mp3, lagu lagu baru, lagu terbaru, video, free download mp3, Lagu melayu, lagu Inggeris

    Sinopsis Playboy Itu Suami Aku drama TV3 slot Akasia

    Sinopsis Playboy itu Suami Aku drama TV3 slot Akasia

    Plot:  Drama yang berjudul “Playboy Itu Suami Aku” yang diadaptasi dari karya novel popular mengisahkan kehidupan Afina tidak pernah aman semenjak mengenali seorang playboy. Seorang playboy yang kerap kali membuatkan dia panas hati. Raja Adrian Benjamin atau nama ‘manja’ yang diberikan oleh Afina, King of Crocodile memang menguji tahap kesabaran seorang gadis nerd yang tidak mempunyai penampilan menarik seperti Afina..

    Tarikh mula:  11 November ini 
    Waktu Bersiaran: Setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam 
    Saluran: di slot Akasia TV3
    Penerbit :Temenggong Pictures 
    Jumlah Episod: 28
    Pelakon:  Fattah Amin, Nur Risteena, Cha Cha Maembong, Wan Sharmila, Noralbaniah, Dilla Ahmad, Puteri Najuwa, Jay Iswazir, Khairil Anwar dan dibantu oleh ramai lagi


    Lirik Lagu Rindukanlah – Encik Mimpi

    Ku benar benar sayang pada dirimu oh kasihku
    Janganlah engkau ragu pada diriku
    Daku berkelana mencari harapan yang kita impikan
    Dari terbitnya sang suria hingga tenggelam

    Daku ini cinta sejatimu
    Daku ini harapan hatimu
    Oh janganlah engkau bersedih
    Oh ikhlas ikhlaskan lah hatimu

    Rindu rindukanlah diriku
    Sepanjang hari harimu sayangku
    Ku adalah milikmu sayangku
    Ku adalah milikmu yang kau rindu
    Nuffnang Ads
    Best ke
    lagu ni?

    Doa doakanlah diriku
    Di dalam hatimu
    Di dalam nafasmu
    Sepanjang hari harimu

    Ku benar benar sayang pada dirimu oh kasihku
    Janganlah engkau ragu pada diriku

    Daku ini cinta sejatimu
    Daku ini harapan hatimu
    Oh janganlah engkau bersedih
    Oh ikhlas ikhlaskan lah hatimu
    Rindu rindukanlah diriku
    Sepanjang hari harimu sayangku
    Ku adalah milikmu..

    Daku ini cinta sejatimu
    Daku ini harapan hatimu
    Oh janganlah engkau bersedih
    Oh ikhlas ikhlaskan lah hatimu

    Daku ini cinta sejatimu
    Daku ini harapan hatimu
    Oh janganlah engkau bersedih
    Oh jangan janganlah kau bersedihkan hatimu kekasih
    Rindu rindukanlah diriku
    Sepanjang hari harimu sayangku
    Ku adalah milikmu
    OST, Lagu Tema 'Playboy Itu Suami Aku' drama TV3 slot Akasia (Rindukanlah-Encik Mimpi)

     

    Tags:Sinopsis Playboy Itu Suami Aku drama TV3 slot Akasia, Lirik Lagu, lyrics, mp3 download, youtube mp3, lagu lagu baru, lagu terbaru, video, free download mp3, Lagu melayu, lagu Inggeris

    Sinopsis "Love You Mr Arrogant" Drama TV3



    Sinopsis Drama Love You Mr Arrogant



    Drama Love You Mr Arrogant yang  mula ditayangkan di TV3 mulai 25 September 2013 berasal dari Novel terlaris berjudul "Love You Mr Arrogant".

    Ia mengisahkan mengenai Zaara Amirah yang terpaksa berkahwin secara paksa dengan seorang anak orang kaya yang bongkak bernama Zafriel Irham. Semuanya disebabkan Zaara tidak mampu melangsaikan hutangnya kepada Zafriel sebanyak RM5000 setelah berlaku satu perlanggaran.

    Dalam pada itu, Zafriel berhadapan dengan dilema apabila bapanya mendesak dia agar berkahwin, atau syarikat Irham Holding akan jatuh ke dalam tangan sepupunya.

    Zafriel hanya mempunyai dua pilihan, sama dia bersetuju berkahwin dengan Sherry, seorang gadis yang gedik atau memujuk Zaara menjadi isterinya. Akhirnya Zaara setuju jadi pilihan Zafriel.

    Selepas perkahwinan berlangsung, Zaara terpaksa pula menghadapi tentangan Puan Seri Maryam, ibu mertuanya yang mahu memisahkan dia dan Zafriel. Apa yang berlaku seterusnya? Dapatkah ikatan perkahwinan mereka dipertahankan hingga ke akhirnya? Terutama setelah cinta antara mereka mula berputik?

    Pilihan Berkaitan:


    Tags:Sinopsis "Love You Mr Arrogant" Drama TV3, Lirik Lagu, lyrics, mp3 download, youtube mp3, lagu lagu baru, lagu terbaru, video, free download mp3, Lagu melayu, lagu Inggeris

    Sinopsis Drama Teduhan Kasih (Akasia TV3)

    Drama Akasia TV3: Teduhan Kasih


    Anda perasan tak semenjak kebelakangan ini kebanyakan drama dan filem tempatan biasanya diadaptasi dari novel?
    Mungkinkah para pembaca novel tidak puas dengan hanya menatap buku kegemaran mereka dan mahu melihat sendiri watak-watak kegemaran mereka di kaca tv atau layar lebar? Emmm...Mungkin juga. Apa pendapat anda?

    Kini satu lagi hasil drama adaptasi novel karangan Marissa, berjudul Teduhan Kasih sedang hangat ditayangkan di slot Akasia TV3 setiap Isnin hingga Khamis jam 7:00 malam. Kepada para penggemar drama dan novel melayu pasti tidak ketinggalan mengikuti drama menarik ini bukan?

    Berikut sinopsis Drama Teduhan Kasih:

    Teduhan Kasih menyorot kisah kecekalan seorang isteri bernama Iffa dalam menghadapi gelombang alam perkahwinan. Suami dirampas rakan baik sendiri, dibenci ibu tiri dan diceraikan dalam keadaan sarat mengandung antara rencah onak duri yang terpaksa dihadapinya.
    Lebih memeritkan apabila dia terpaksa bersalin di rumah ibu tirinya.
    Penderitaan yang disangka tiada berpenghujung tiba-tiba berubah sejurus dengan kehadiran Ehsan. Ehsan, seorang lelaki yang tampan, kaya dan berjawatan tinggi di sebuah syarikat.

    Apakah Ehsan merupakan penyelamat kepada hidup Iffa yang teruk? Atau adakah hanya sekadar penambah derita?
    Saksikan drama yang penuh air mata ini di TV3 mulai Mei 2013. Sekiranya tidak dapat menonton di tv anda juga Boleh Menontonnya secara Online Klik Link ini. (Tonton Online Teduhan Kasih).

    Waktu Siaran:setiap Isnin hingga Khamis jam 7:00 malam

    Saluran: slot Akasia TV3

    Pelakon:Adi Putra ( Ehsan), Sherry Ibrahim( Iffa),Nabila Huda (Ayu), Shah Iskandar (Ryzal).

    Pilihan Berkaitan:



    Tags:Sinopsis Drama Teduhan Kasih (Akasia TV3), Lirik Lagu, lyrics, mp3 download, youtube mp3, lagu lagu baru, lagu terbaru, video, free download mp3, Lagu melayu, lagu Inggeris

    Sinopsis Bunga Merah Punya (AURORA TV9)

    Sinopsis Bunga Merah Punya (AURORA TV9)


    Sinopsis:

    Bunga Merah Punya mengisahkan mengenai  Merah, penyanyi di sebuah kopitiam. Di situ dia sering diperhatikan Bunga. Dan Bunga sebenarnya memang mencari Merah atas amanat Tok Baen.

    Apakah sebenarnya hubungan mereka? Mengapa Bunga kenal Merah tetapi Merah tidak?
    Ikuti kisah romantik ini dalam slot Aurora di TV9.


    Pelakon:

    Sharifah Sakinah, Izzue Islam, Sura Sojangi, Syazwan Zulkifli, Idzham Ismail, Zalfie dan ramai lagi.

    OST, lagu Tema, Video :Bunga Merah Punya (AURORA TV9)

    OST Lagu Tema Bunga Merah Punya
    Lirik Lagu Merah - Zulhuzaimy


    Indah harumnya bungaku
    merah dikelopak madu
    tanya hati siapa mahu
    bila cinta diam membisu

    Korus
    Kau bunga yang penuh durinya
    ku selalu memuja...

    Biarpun terluka diriku
    namun bungaku tetap dihati
    selalu...

    Ulang Korus


    Pilihan Berkaitan:

    • Sinopsis Bunga Merah Punya
    • OST Bunga Merah Punya
    • Lagu Tema Sinopsis Bunga Merah Punya
    • Banyak Lagu... OST, Lagu Tema, Sinopsis Drama Melayu!
    • Download FREE mp3 






    Tags:Sinopsis Bunga Merah Punya (AURORA TV9), OST Bunga Merah Punya, Lirik Lagu, lyrics, mp3 download, youtube mp3, lagu lagu baru, lagu terbaru, video, free download mp3, Lagu melayu, lagu Inggeris

    Senarai Tonton Mimpi Cinderella Episod 1 - Tamat

    Lirik Artis A-Z >> Senarai Tonton Online >> Tonton Mimpi Cinderella













    Senarai Tonton Mimpi Cinderella Episod 1 - Tamat



    tags:Senarai Tonton Mimpi Cinderella Episod 1 - Tamat



    Pilihan Popular Berkaitan:






    PILIHAN DRAMA BERKAITAN:



  • Setia Hujung Nyawa (Akasia TV3) (baru!)
  • Ruby (Samarinda TV3)(baru!)
  • Hanya Padamu (Zehra TV3) (baru!)
  • Mimpi Cinderella (Lestary TV3) 
  • Bini-Biniku Perkasa 
  • BANYAK LAGI DRAMA MELAYU TERBARU DAN LAMA....(Klik Sini).
  • Lirik Semua Lagu





  • OST Drama Mimpi Cinderella, Lestary TV3, sinopsis, lirik lagu, LAGU TEMA

    Lirik Artis A-Z >> OST Drama >> OST Drama Melayu

    OST Drama Mimpi Cinderella, Lestary TV3, sinopsis, lirik lagu, LAGU TEMA (Lirik Lagu Angkasa-Diandra Arjunaidi)

    Lagu Tema Mimpi Cinderella
    Lirik Lagu Angkasa - Diandra Arjunaidi
    Download Lagu Tema Mimpi Cinderella, Angkasa - Diandra Arjunaidi-weblagu

    Jika ku tuliskan
    Sepucuk surat cinta oh bagimu
    Mungkinkah ia mampu
    Mengubah fikiranmu
    Tentang diriku yang sayang
    Menanti ketibanya hari

    *Ke angkasa
    Dan kembali
    Ku tetap berada di sisi
    Cinta kita bagaikan fantasi
    Kau lah yang ku miliki
    Kau lah yang ku mencari
    Selama-lamanya

    Walaupun kita dua insan
    Yang tak pernah memahami
    Diri kita yang berlainan alam
    Tapi takdir kita bertemu
    Dan ku tak akan lepaskan
    Perasaan ini

    Ulang *

    Dan sayang
    Mungkin kita
    Tak harus kekal begini
    Dan sayang
    Kita harus
    Menempuhi realiti
    Realiti...realiti...

    Ulang *


    Tonton Video OST Drama Mimpi Cinderella,LAGU TEMA (Lirik Lagu Angkasa-Diandra Arjunaidi) berikut :




    Sinopsis:  Mimpi Cinderella drama baru yang menggantikan Drama Bukan Bidadari di Slot Lestary mulai 25 September. Drama Mimpi Cinderella hampir sama dengan buku cerita dongeng kanak-kanak yang popular. Kisahnya mengenai seorang gadis bernama Saleha yang selalu dibuli ibu tiri serta 2 orang adik tirinya di kampung. Saleha sering mengimpikan hidup yang senang di bandar. Satu hari Saleha diambil berkerja oleh Cik Lorna. Tapi Lorna tidak gemar gaya Saleha yang masih kekampungan lalu mengupah pembantunya Lokman untuk buat 'make over' pada Saleha.


    Nak tahu apa terjadi seterusnya? Jangan lupa saksikan Mimpi Cinderella, drama menarik dan menghiburkan di Slot Lestary di Tv3 setiap Selasa jam 9 malam. Jika anda tidak dapat tonton di TV, jangan risau. Kini anda boleh tonton online. Klik sahaja di sini-->. Tonton Mimpi Cinderella.

    Pelakon MIMPI CINDERELLA :Eina Azman,Afiq Muiz,,Izzue Islam, Hiera Hassan,Sharifah Shahora,Mahmud Ali Bashah,Aida Khalida
    Zarina AF (Cik Lorna)



    Info ekstra:Eina Azman merupakan anak saudara Juliza Adlizan manakala Afiq Muiz ada pertalian darah dengan pelakon 90-an dan model Edika Yusuf.


    tags:OST Drama Mimpi Cinderella, Lestary TV3, sinopsis, lirik lagu, LAGU TEMA



    BANYAK LAGI OST, SINOPSIS LAGU TEMA DRAMA MELAYU POPULAR<-- Klik Sini



    Pilihan Popular Berkaitan:


    Sinopsis Bunga-Bunga Syurga|OST Drama Bunga-Bunga Cinta TV3

    Semua Lirik Melayu  »  OST Drama Melayu »  Sinopsis Drama Melayu » Bunga-Bunga  Syurga


    Tags:Lirik Lagu Bunga-Bunga syurga, Sinopsis Bunga-Bunga syurga Sinopsis Drama Melayu, ost Bunga-Bunga bunga syurga , Bunga-Bunga Syurga,zehra, tv3, Jumaat, 9 malam, pelakon Bunga-Bunga syurga, lirik lagu Bunga-Bunga syurga, lagu tema Bunga-Bunga syurga, video Bunga-Bunga syurga


    Sinopsis Bunga-Bunga Syurga: 
    Drama Bunga-Bunga Syurga adalah drama terbaru dalam slot Zehra yang menggantikan Drama Dingin Lavenda . Drama ini mengisahkan tentang perjuangan seorang pemuda memberi pendidikan agama kepada kanak-kanak dan menyelamatkan kehidupan tiga anak yatim piatu yang dipelihara oleh ibu saudaranya yang kejam selepas ibubapa mereka mati dibunuh. Emilia (Eyka Farhana), 17, Nadia (Eira Hazali), 13 dan Haziq (Daniel Hakim), 12, terpaksa diserahkan kepada bapa saudara mereka, Azmin (Hilal Azman), selepas ibubapa mereka, Imran dan Mira mati dibunuh. Kematian Imran dan Mira masih misteri walaupun kes sudah bertahun berlalu.

    OST Bunga-Bunga Syurga

     Pelakon Bunga-Bunga Syurga:

    Johan As’ari, Wawa Zainal, Hilal Azman, Rozita Che Wan, Bea Rameshan, Eyka Farhana, Eira Hazali, Daniel Hakim, Dato’ Eizlan Yusof 




    Sinopsis & OST Lain:



    Tags:Lirik Lagu Bunga-Bunga syurga, Sinopsis Bunga-Bunga syurga Sinopsis Drama Melayu, ost Bunga-Bunga bunga syurga , Bunga-Bunga Syurga,zehra, tv3, Jumaat, 9 malam, pelakon Bunga-Bunga syurga, lirik lagu Bunga-Bunga syurga, lagu tema Bunga-Bunga syurga, video Bunga-Bunga syurga

    Sinopsis, OST Drama Kasih Najihah TV9



    Kasih Najihah mengisahkan tentang usaha Najihah, lakonan pendatang baru, Neelofa yang juga juara Dewi Remaja (2010/11), dalam pencarian kedua ibu bapa kandungnya.
    Najihah bersama kakaknya, Natilia (Rozita Che Wan) dan adiknya Taufiq (Amar) dibesarkan nenek mereka, Nek Som. Sepanjang membesarkan mereka, Nek Som tidak pernah bercerita tentang perihal kedua orang tua mereka. Sehingga, Najihah tekad mencari kebenaran.
    Takdir menyebelahi Najihah apabila ditemukan dengan ibunya dalam keadaan tidak terurus dan daif. Apakah ia dapat diterima Najihah dan adik-beradiknya?Saksikan Drama Kasih Najihah DI TV9

    tags:Sinopsis, OST Drama Kasih Najihah TV9, lagu tema kasih najihah

    Sinopsis, OST Santau Merasuk

    Sinopsis,OST Gemersik Kalbu TV3 Drama

     

    sinopsis:  Santau Merasuk mula ditayangkan pada 15hb Disember, setiap Khamis 9.30 malam menggantikan drama Terowong. Drama ini diarahkan oleh pengarah Santau, Azhari Zain dan David Teo sebagai penerbitnya.Kisahnya bermula dengan lelaki tua (Mafrud) mengamuk dan menyumpah seranah Halim yang cuba menumbangkan sebatang pokok jejawi. Sebaik sahaja pokok tersebut tumbang, Mafrud telah meninggal dunia di situ dan disaksikan semua orang. Mereka mendakwa Mafrud diserang sakit jantung. Halim yang tertekan teringat sumpahan Mafrud  yang dia tidak akan pernah aman selamanya. Pulang dari parti setelah mendapat kenaikan pangkatnya, Wani, anak Halim dan Yana ditemui mati di atas pokok.

    PELAKON SANTAU MERASUK:

    Fezrul Khan (Halim)
    Yana Samsudin (Nina)
    Farisya Fatin (Echa)
     Zain Hamid (Mat)
    Mon Ryanti

    OST lagu Tema Santau Merasuk

     Tags: Sinopsis Santau Merasuk,OST Santau Merasuk TV3 Drama, Drama Santau Merasuk, OST Santau Merasuk, Yana shamsudin, Lirik Lagu Santau Merasuk, Lagu tema Santau Merasuk, Lirik Santau Merasuk


    tags: lirik, mp3 download, lagu lagu bunkface,  lirik lagu baru, lagu lagu baru, lirik lagu, download, mp3, download lagu, lyrics


    Sinopsis,OST APA CELOP TV3 Drama

    *Link (Apa Celop) LIRIK SEMUA LAGU Untuk Website & Blog Anda


    Sinopsis,OST Slot Aksi, APA CELOP TV3 Drama


        Kisahnya si Aman (Kamal Adli) dan Sawi ni(Taiyuddin Bakar) nak race untuk kali terakhir . Tujuannya cuma nak menang duit semata-mata  mahu hadiahkan sebuah majlis perkahwinan grand buat sang girlfriend, iaitu siJulia (Amanda Misbun) dan Munirah (Ika Nabella). Tapi biasalah dalam cerita mana ada yang menjadi.., so nak disedapkan cerita si Aman ni pun berlumbalah dengan Mako (Azad Jasmin). Dia ni plak seorang Raja Rempit merangkap ketua samseng. Dalam pertandingan ini  seorang gadis kampung yang malang, Marsha (Wan Sharmila) dijadikan habuan. 
    Jadi memandangkan si Aman ni hero so tujuan dia lumba dah tukarlah sikit  kepada utk menyelamatkan Marsha daripada dijadikan korban. Aman berusaha sungguh-sungguh untuk menang perlumbaan tersebut. Hasilnya Aman telah mencalar maruah Mako dengan mengalahkan si bongkak ni. The end.

    Hehe..nanti dulu.. Kisah baru nak mula...

        Aman dan Sawi terpaksa berbohong kepada Julia dan Munirah bagi menyembunyikan Marsha. Keadaan dirumitkan dengan Marsha yang hilang ingatan selepas satu eksiden. Mako yang berang dengan Aman merampas Marsha dan mahu ambil Julia pula sebagai pengganti. 

        Sebenarnya Si Aman tiada sebarang perasaan pada Marsha. Dia menganggapnya sebagai adik angkat. Walaubagaimanapun ada satu rahsia yang Aman tak tahu...,
       Si Marsha ni bukannya baik sangat pun... Dia berlakon je... yang sebenarnnya dia berdendam dengan Aman kerana menyebabkan kematian tunangnya di dalam satu perlumbaan haram yang lepas. Dia cuma berpakat dengan Mako untuk memusnahkan hidup Aman dengan bagi kemenangan. Walaupun jahat rupa-rupanya, Mako ini ada jugak  perasan.  Dia jatuh hati kepada adik perempuan Aman, Sofia (Shenthy Feliziana).

         Selepas muncul satu persatu konflik. Contohnya Julia  rapat dengan seorang ahli perniagaan, Zahid (Zed Zaidi) untuk menyakitkan hati Aman. Zahid dibebani hutang  hingga sanggup menjual Julia. Dan tugas si hero pun mula. Bagi menyelamatkan Julia, akhirnya Aman bersetuju untuk berlumba lagi dengan Mako. Satu perlumbaan yang akan menentukan nasib Aman dan Julia terletak dalam genggaman tangan Mako. Apakah yang akan berlaku seterusnya? Hehe lepas ini anda kena tonton sendiri drama yang penuh aksi cilok mencilok ini... Jangan lupa saksikannya setiap Isnin dalam Slot Aksi Jam 9 malam hanya di TV3 dan kalau nak tonton Online pun boleh juga, klik di sini Tonton APA CELOP. Enjoy cuma jangan berlumba haram sudah...


    Sinopsis,OST Atas Nama Cinta TV3 Drama

    Semua Lirik Melayu  »  OST Drama Atas Nama Cinta »  Sinopsis Drama Melayu »  Atas Nama Cinta

    Sinopsis Drama Atas Nama Cinta
     Sinopsis Atas Nama Cinta ,OST Atas Nama Cinta TV3 Drama

    Sinopsis: Selepas Drama Gemersik Kalbu telah tamat, kini TV3 menampilkan satu lagi drama penuh kisah suka, duka dan konflik menerusi Slot Akasia yang popular. Slot Akasia bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 7- 8 malam. Drama terbaru ini  berjudul Atas Nama Cinta Menyorot kisah Ahmad bersama anaknya, Saiful yang baru kembali  ke kampung halaman. Mereka sebenarnya baru melarikan diri daripada lintah darat yang mengejarnya kerana hutang keliling pinggang. Menjalani hidup baru di kampung, Saiful akhirnya bersahabat baik dengan Cinta. Ini disebabkan dia selalu menyelamatkan Cinta daripada menjadi mangsa buli. Malangnya, bapa Saiful pula mengeruhkan hubungan mereka dengan mencuri wang simpanan ibu Cinta, Zahara.
    Apakah kesudahan drama ini yang penuh ranjau duri ini? Apa bakal terjadi kepada perhubungan Saiful dan Cinta apabila mereka telah dewasa? Adakah cinta akan terbit antara mereka?
    Bagi peminat setia slot ini kini TV3 mempersembahkan pula drama baru berjudul Atas Nama Cinta yang menampilkan pelakon-pelakon popular seperti berikut:

    Pelakon Drama Atas Nama Cinta
    Tasha Shilla sebagai Balqis
    Shah Iskandar Mahfuz sebagai Saiful/Ghaz,
     Fiza Halim sebagai Cinta,
    Shahz Jaszle sebagai Tengku Farish,
    Wan Shade sebagai Sulaiman
    Roy Azman sebagai Ahmad.

    OST, Lagu Tema Drama Atas Nama Cinta



    info:Lagu Atas Nama Cinta tersebut dinyanyikan oleh pelakon utamanya sendiri iaitu Fiza Elite, Shahrizal dan Shah Iskandar ekslusif untuk drama ini.


    Carian Berkaitan:





    Sinopsis & OST Lain:






    Tags: Lirik Atas Nama Cinta, Lirik Lagu Tema atas nama cinta, lirik lagu atas nama cinta, atas nama cinta lirik, akasia lirik,  Sinopsis Atas Nama Cinta,OST Atas Nama Cinta TV3 Drama, Drama Atas Nama Cinta, OST Atas Nama Cinta, Fiza Halim, Lirik Lagu Atas Nama Cinta, Lagu tema Atas Nama Cinta, Lirik Atas Nama Cinta
    tags: lirik, mp3 download, lagu lagu bunkface,  lirik lagu baru, lagu lagu baru, lirik lagu, download, mp3, download lagu, lyrics

    Sinopsis, OST Drama Cinta Buat Emelda



    Sinopsis, OST Drama Cinta Buat Emelda 

     Sinopsis:
    Drama Cinta Buat Emelda merupakan Kisah terbaru menggantikan Drama Gemersik Kalbu di slot Akasia tv3.
    Kisahnya begini, Emelda tidak menduga begini lipatan takdir yang dijanjikan untuknya. Namun dia tetap pasrah dan reda dengan setiap ujian yang datang. Yakin sesukar mana pun perjalanan hidup, masih ada keindahan dan kemanisan yang akan dikecapi. Lantaran itu, dia rela bila melihat derita yang ditanggung oleh si kakak.
    Jika inilah yang dinamakan pengorbanan, dia tahu dia telah melakukan pengorbanan yang tidak ternilai harganya. Masa depan dan harga diri! Namun, apa pilihan yang dia ada? Emelda akhirnya rela memperjudikan nasib bersama Aril Fatah. Meskipun saat memandang wajah itu tidak ubah seperti melihat kertas putih. Tapi demi Atiea dan Dania, dia tetap mencuba sedaya upaya melawan perasaan.
    Walaupun  tahu, bila kebenaran terbongkar, dia yang akan menanggung akibatnya..
    Saksikan  hebat Drama Cinta Buat Emelda setiap Isnin Hingga Khamis jam 7 ptg ditv3.


    OST, Lagu Tema Drama Cinta Buat Emelda, Akasia



    tags:Drama Cinta Buat Emelda, Sinopsis Drama Cinta Buat Emelda, Sinopsis Drama Melayu, ost Drama Cinta Buat Emelda, Drama Cinta Buat Emelda, Drama Cinta Buat Emelda, akasia Drama Cinta Buat Emelda, tv3, episod Drama Cinta Buat Emelda, pelakon Drama Cinta Buat Emelda, lirik lagu Drama Cinta Buat Emelda, lagu tema Drama Cinta Buat Emelda, video Drama Cinta Buat Emelda

    Sinopsis, OST BFF Teman Tapi Mesra

    Sinopsis BFF Teman Tapi Mesra

     Sinopsis, OST BFF Teman Tapi Mesra



    sinopsis:
    Drama BFF Teman Tapi Mesra mengisahkan Iskandar (Munif Isa) dan Shahidah (Sari Yanti) berkawan baik sejak zaman kanak-kanak. Mereka saling memahami dan sering berkongsi masalah. Selepas SPM, Iskandar diterima sebagai pelatih juruterbang manakala Shahidah terpaksa menurut kehendak ayahnya untuk belajar di universiti tempatan. Jauh di lubuk hati, Shahidah masih menyimpan cita-citanya untuk menjadi seorang pereka fesyen yang berjaya di ibu kota.

    Iskandar yang sudah menjadi seorang juruterbang bersimpati melihat kawan baiknya hidup dalam kongkongan ibu bapa. Lantas, dia terfikir untuk melamar Shahidah. Demi kebebasan dan minat terhadap kerjaya yang diimpikan, Shahidah menerima lamaran Iskandar walaupun cinta tidak pernah hadir dalam hubungan mereka.

    Iskandar dan Shahidah berhijrah ke Kuala Lumpur dan tinggal berasingan. Iskandar bekerja sebagai juruterbang manakala Shahidah memohon kerja dengan pereka fesyen yang menjadi idolanya, Elaira.


    Shahidah dan Iskandar sering bertukar cerita tentang kerjaya masing-masing. Mereka tidak pernah berbual tentang cinta. Sehinggalah suatu hari, Iskandar telah jatuh cinta dengan Karmila, seorang pramugari. Shahidah mula rasa kesunyian kerana Iskandar asyik melayan Karmila. Dia mula rindukan perhatian Iskandar.

    Suatu hari, Iskandar berbincang dengan Shahidah tentang penceraian mereka kerana dia merancang untuk berkahwin dengan Karmila. Walaupun hati Shahidah terguris tetapi dia menerima hakikat bahawa mereka akan ‘berpisah’ pada suatu hari juga. Pada masa yang sama, hubungan Iskandar dan Karmila putus apabila Karmila beralih cinta kepada seorang duda yang kaya. Iskandar terluka dan Shahidah sentiasa berada di sisinya untuk memberikan kata-kata semangat.

    Bagaikan sudah terlambat bagi Iskandar kerana Shahidah semakin rapat dengan Emran (Irfan Roslan) dan sedia menerimanya sebagai cinta pertama. Apakah kesudahan hubungan Shahidah, Iskandar dan Emran? Jangan ketinggalan untuk menonton kesudahan kisah Shahidah, Iskandar dan Emran menerusi ‘BFF…Teman Tapi Mesra’ pada setiap Ahad jam 9.00malam.

    Pelakon BFF Teman Tapi Mesra: Sari Yanti, Munif Isa, Irfan Roslan dan Syatilla Melvin.



    Sinopsis & OST Lain:





    Tags: Lirik BFF Teman Tapi Mesra, Lirik Lagu BFF Teman Tapi Mesra, lirik lagu BFF Teman Tapi Mesra, BFF Teman Tapi Mesra lirik, BFF Teman Tapi Mesra lirik, Sinopsis BFF Teman Tapi Mesra,OST BFF Teman Tapi Mesra TV3 Drama, Drama BFF Teman Tapi Mesra, OST BFF Teman Tapi Mesra, Sari yanti, Lirik Lagu BFF Teman Tapi Mesra, Lagu tema BFF Teman Tapi Mesra, Lirik BFF Teman Tapi Mesra,lirik, mp3 download, lagu lagu BFF Teman Tapi Mesra, lirik lagu baru, lagu lagu baru, lirik lagu, download, mp3, download lagu, lyrics, tonton bff

    Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







    Arkib