Cari Lirik * A * B * C * D * E * F * G * H * I * J * K * L * M * N * O * P * Q * R * S * T * U * V * W * X * Y * Z * # Klik Sini

Mari SERTAI ribuan rakan kami di Facebook SEKARANG :)

ANDA SUKA BLOG ini?? Bookmark & Kongsi page yang anda SUKA sekarang!










*Link LirikSemuaLagu pada Website & Blog Anda

Sinopsis dan Trailer Hantu Bonceng

HANTU BONCENG LAKAR SEJARAH KUTIPAN

SAMBUTAN HARI PEMBUKAAN HANTU BONCENG MENGATASI TRANSFORMERS 3

Filem terbitan Excellent Pictures, Hantu Bonceng melakar sejarah tersendiri apabila sambutan peminat untuk hari pembukaan, mengatasi sambutan filem aksi Hollywood, Transformers 3, dengan jumlah belian tiket keseluruhan mengatasi 95 peratus di beberapa lokasi seperti di Mesra Mall, Kerteh dan Tebrau City, Johor Bahru juga beberapa lokasi lain seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.


Hantu Bonceng yang diarahkan oleh Ahmad Idham dan dibintangi oleh Zizan Razak, Juliana Evans, Jue Aziz, Dottie dan Tai, ditayangkan di 80 pawagam bermula 31 Ogos yang lalu, bersempena dengan sambutan Aidilfitri tahun ini.

Bagi pengarah, Ahmad Idham Ahmad Nadzri, dia sendiri cukup gembira dengan sambutan yang diterima. Jelas Ahmad Idham “Melalui tinjauan di beberapa lokasi di Lembah Kelang semalam, ada juga penonton yang kecewa kerana tiket untuk Hantu Bonceng sudah habis. Dari makluman pengurus panggung, di beberapa lokasi, tiket- tiket sudah habis di waktu petang, untuk tayangan sebelah malam. Jadi bagi peminat- peminat Hantu Bonceng, saya menasihati semoga membeli tiket lebih awal atau membuat tempahan secara dalam talian.”

Kejayaan ini juga harus dikongsi bersama penonton dan peminat Hantu Bonceng, juga kepada pihak media cetak, elektronik dan media baru yang sentiasa membantu dalam mempromosikan Hantu Bonceng di ruangan surat khabar, radio, televisyen, dalam talian juga di twitter,” tambah Ahmad Idham lagi.

Melihat dari sambutan yang cukup mengalakkan, Idham ditanya apa formula yang digunakan dalam Hantu Bonceng, jawabnya, ” Hantu Bonceng merupakan sebuah filem komedi ringan yang sesuai ditonton untuk seisi keluarga. Tidak boleh tidak, ianya sedikit sebanyak mampu mengeratkan perhubungan di kalangan mereka yang menonton. Kombinasi penonton juga menjadi faktor filem ini mendapat sambutan. Selain itu, ada beberapa mesej yang diselitkan untuk difikrkan. Jadi untuk sambutan Aidilfitri, ianya adalah sebuah karya yang mesti ditonton, dari mat rempit hinggalah pakcik makcik yang sudah berkeluarga.”

sumber: budiey.com

Sinopsis Hantu Bonceng:

Filem Hantu Bonceng mengisahkan seorang budak penghantaran bernama Amran yang dilakonkan Zizan. Dia ini seorang yang sangat suka berlumba haram. Suatu hari ditakdirkan Amran telah menang satu perlumbaan dan dia telah diberi habuan seorang bohsia bernama Maya (lakonan Juliana Evans). Maya merupakan seorang gadis yang baru datang dari kampung. Sewaktu dalam perjalanan membawa Maya pulang, mereka telah terlibat dalam kemalangan.Akibatnya Maya telah mati di tempat kejadian.

Semenjak detik itu, hidup Amran menjadi kacau-bilau. Amran sering diganggu oleh hantu Maya . Maya sebenarnya hanya mahu Amran uruskan mayatnya dengan sempurna. Sementara itu, Amran meminta bantuan Halimaton(lakonan Jue aziz) dan kawannya Kunyit dalam usaha membantu dia menjejaki keluarga Maya.

Halimaton merupakan teman wanita Amran. Sebelum kejadian dia tidak menyukai kegemaran Amran yang suka berlumba haram. Namun setelah Amran mengalami kejadian ngeri dan diganngu hantu Maya, Amran mula berubah jadi baik. Halimaton pun sudi menerima balik Amran, namun hubungan mereka tergugat dengan munculnya gadis bernama Ayu. Ayu ini sebenarnya kembar kepada Maya.
Apa kesudahan kisah Amran? Adakah Amran akan terima Ayu atau kembali kepada Halimaton? Tunggu di pawagam nanti 31 Ogos hari Merdeka.

Filem ini ada banyak adegan kelakar jadi kepada yang berminat pergilah saksikannya.
Berikut video trailer Hantu Bonceng
Trailer Filem Hantu Bonceng

No comments:

Post a Comment

Komen di sini

Kami Hantar lagu ke email anda

Cari Lirik Lagu & Apa Saja Anda Mahu.

Loading...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib

Cari Lirik