Lagu best, Download Lagu, Lagu Baru 2026, OST Drama MELAYU, lagu terbaik, tonton drama melayu online, drama terbaru, drama melayu tv3, drama melayu best, lagu malaysia, lagu inggeris, lagu korea,
Filem J Revolusi merupakan hasil keluaran produksi Grand Brilliance Sdn Bhd dengan kerjasama Infinitus Productions. J Revolusi arahan Zulkarnain Azhar. Filem ini memaparkan kehidupan anggota Unit Tindakan Khas (UTK). Antara pelakon popular yang berlakon dalam J Revolusi adalah seperti Zul Ariffin, Izara Aisyah, Nur Fazura, Farid Kamil, Iedil Putra dan ramai lagi. Filem ini menelan belanja RM2.7 juta dan ditayangkan di pawagam pada 2 Mac 2017.
INFO Filem J REVOLUSI
Tajuk : J REVOLUSI
Tarikh Tayangan : 2 Mac 2017
Genre : Aksi
Pengarah : Zulkarnain Azhar
Terbitan : Infinitus Productions & Grand Brilliance
Pelakon : Zul Ariffin, Izara Aishah, Nur Fazura, Farid Kamil, Azad Jazmin, Iedil Putra
SINOPSIS J REVOLUSI
Memaparkan kisah Jay Zulkarnain yang merupakan seorang ketua pegawai Unit Tindakan Khas (UTK). Pasukannya begitu digeruni penjenayah kerana kepakaran mereka berdepan musuh. Konflik bermula apabila adik Jay, Dian (Nur Fazura) yang juga seorang ejen ditangkap oleh pengganas misteri. Jay terperangkap dan dituduh membunuh seorang rakan setugasnya semasa dalam misi menyelamat adiknya itu, . Tercetuslah pelbagai konflik dan insiden mengejutkan yang menghantui Jay.
VIDEO TRAILER J REVOLUSI
tags: Sinopsis +OST Filem J Revolusi, Lagu Tema J Revolusi, Pelakon J Revolusi, info j revolusi, kutipan j revolusi, penerbit j revolusi
Sinopsis Filem Ngorat | Trailer
FILEM,NGORAT,SINOPSIS
SHAREBAR
Sinopsis Ngorat
Filem Ngorat mengisahkan tentang Arjuna Kasih (Aaron Aziz) yang akan muncul di dalam kehidupan seharian Ijam (Iedil Putra), seorang lelaki lurus yang tidak pernah mempunyai teman wanita.
Apakah kehadiran Arjuna kasih berjaya mengubah Ijam? Dapatkan dia bertemu dengan gadis impiannya? Bagi mendapat jawapannya jangan lupa tonton Filem komedi menghiburkan ini di pawagam berdekatan anda!
Filem Ngorat, adalah filem terbitan Grand Brilliance dan bakal ditayangkan di pawagam pada Julai 2012.
Pelakon Filem Ngorat: Aaron Aziz,Erra Fazira, Iedil Putra, Nas-T,Zain Ruffedge, Dira Abu Zahar, Dynas.
Filem Aku Terima Nikahnya merupakan filem gandingan pertama pelakon terkenal Adi Putra dan Nora Danish yang kini hangat tayangannya di pawagam mulai 11 Oktober 2012. Ia mengisahkan mengenai pasangan suami isteri iaitu Johan (Adi Putra) yang mengahwini Arlisa (Nora Danish) atas dasar cinta dan mereka mengimpikan hidup bahagia bersama hingga akhir hayat.Panas yang disangka hingga ke petang rupa-rupa hujan di tengahari. Ikatan kasih antara mereka teruji apabila Johan terlibat dalam kemalangan. Akibat daripada tragedi itu dia teah hilang ingatan. Kini Arlisa sudah tiada makna di hatinya, begitu juga kenangan manis yang mereka semai bersama. Apatah lagi selepas Johan mula rapat dengan Suriya, teman baik Arlisa sendiri. Apakah kesudahannya kisah sedih dan meruntun jiwa ini?
Adakah masih ada harapan lagi untuk cinta mereka kembali bertaut? Atau Arlisa terpaksa mengalah kepada kawan baiknya?
SAMBUTAN HARI PEMBUKAAN HANTU BONCENG MENGATASI TRANSFORMERS 3
Filem terbitan Excellent Pictures, Hantu Bonceng melakar sejarah tersendiri apabila sambutan peminat untuk hari pembukaan, mengatasi sambutan filem aksi Hollywood, Transformers 3, dengan jumlah belian tiket keseluruhan mengatasi 95 peratus di beberapa lokasi seperti di Mesra Mall, Kerteh dan Tebrau City, Johor Bahru juga beberapa lokasi lain seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.
Hantu Bonceng yang diarahkan oleh Ahmad Idham dan dibintangi oleh Zizan Razak, Juliana Evans, Jue Aziz, Dottie dan Tai, ditayangkan di 80 pawagam bermula 31 Ogos yang lalu, bersempena dengan sambutan Aidilfitri tahun ini.
Bagi pengarah, Ahmad Idham Ahmad Nadzri, dia sendiri cukup gembira dengan sambutan yang diterima. Jelas Ahmad Idham “Melalui tinjauan di beberapa lokasi di Lembah Kelang semalam, ada juga penonton yang kecewa kerana tiket untuk Hantu Bonceng sudah habis. Dari makluman pengurus panggung, di beberapa lokasi, tiket- tiket sudah habis di waktu petang, untuk tayangan sebelah malam. Jadi bagi peminat- peminat Hantu Bonceng, saya menasihati semoga membeli tiket lebih awal atau membuat tempahan secara dalam talian.”
“Kejayaan ini juga harus dikongsi bersama penonton dan peminat Hantu Bonceng, juga kepada pihak media cetak, elektronik dan media baru yang sentiasa membantu dalam mempromosikan Hantu Bonceng di ruangan surat khabar, radio, televisyen, dalam talian juga di twitter,” tambah Ahmad Idham lagi.
Melihat dari sambutan yang cukup mengalakkan, Idham ditanya apa formula yang digunakan dalam Hantu Bonceng, jawabnya, ” Hantu Bonceng merupakan sebuah filem komedi ringan yang sesuai ditonton untuk seisi keluarga. Tidak boleh tidak, ianya sedikit sebanyak mampu mengeratkan perhubungan di kalangan mereka yang menonton. Kombinasi penonton juga menjadi faktor filem ini mendapat sambutan. Selain itu, ada beberapa mesej yang diselitkan untuk difikrkan. Jadi untuk sambutan Aidilfitri, ianya adalah sebuah karya yang mesti ditonton, dari mat rempit hinggalah pakcik makcik yang sudah berkeluarga.”
Filem Hantu Bonceng mengisahkan seorang budak penghantaran bernama Amran yang dilakonkan Zizan. Dia ini seorang yang sangat suka berlumba haram. Suatu hari ditakdirkan Amran telah menang satu perlumbaan dan dia telah diberi habuan seorang bohsia bernama Maya (lakonan Juliana Evans). Maya merupakan seorang gadis yang baru datang dari kampung. Sewaktu dalam perjalanan membawa Maya pulang, mereka telah terlibat dalam kemalangan.Akibatnya Maya telah mati di tempat kejadian.
Semenjak detik itu, hidup Amran menjadi kacau-bilau. Amran sering diganggu oleh hantu Maya . Maya sebenarnya hanya mahu Amran uruskan mayatnya dengan sempurna. Sementara itu, Amran meminta bantuan Halimaton(lakonan Jue aziz) dan kawannya Kunyit dalam usaha membantu dia menjejaki keluarga Maya.
Halimaton merupakan teman wanita Amran. Sebelum kejadian dia tidak menyukai kegemaran Amran yang suka berlumba haram. Namun setelah Amran mengalami kejadian ngeri dan diganngu hantu Maya, Amran mula berubah jadi baik. Halimaton pun sudi menerima balik Amran, namun hubungan mereka tergugat dengan munculnya gadis bernama Ayu. Ayu ini sebenarnya kembar kepada Maya.
Apa kesudahan kisah Amran? Adakah Amran akan terima Ayu atau kembali kepada Halimaton? Tunggu di pawagam nanti 31 Ogos hari Merdeka.
Filem ini ada banyak adegan kelakar jadi kepada yang berminat pergilah saksikannya.
Berikut video trailer Hantu Bonceng Trailer Filem Hantu Bonceng
Sinopsis: Filem Karak merupakan Horror atau Seram pertama arahan Yusry Kru. Filem ini turut dilakonkan Shahir Af dan ramai lagi. Saksikan dipawagam. IA mengisah mengenai misteri kemalangan di leburaya karak berasaskan kisah benar.
Tags:Trailer dan Sinopsis Filem Karak, Filem Karak
“KHURAFAT-Perjanjian Syaitan” mengisahkan perjanjian terlarang, persekongkolan antara manusia & syaitan.Satu bentuk penyelewengan yang nyata dalam Aqidah Islam dan amat ditegah dalam Agama.Manusia, disogok dengan nafsu serakah dan dendam membara, tanpa mengira akibat dan bahana, rela membelakangkan Allah untuk memperoleh apa yang dicita walau dengan apa cara, akhirnya hanyut dengan bisikan dan tipu daya syaitan durjana.
Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Perubatan di sebuah hospital kerajaan. Dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Ayshah. Seawalnya pasangan ini hidup aman & bahagia, namun tanpa disangka ujian melanda di pertengahan jalan, kesan daripada ‘gangguan misteri’ yang berterusan.
Tags:Sinopsis Filem Khurafat - Perjanjian Syaitan, Review Sinopsis Filem Khurafat - Perjanjian Syaitan, Sinopsis Filem Khurafat - Perjanjian Syaitan Arahan Syamsul Yusuf, OST Sinopsis Filem Khurafat - Perjanjian Syaitan, Lagu Tema Sinopsis Filem Khurafat - Perjanjian Syaitan, Trailer Filem Khurafat - Perjanjian Syaitan
Sinopsis filem CUTI-CUTI CINTA lakonan Nora Danish dan Farid Kamil
Sinopsis: Cuti-cuti Cinta mengisahkan Eava Ealiana lakonan Nora Danish merupakan seorang pengarah wanita disebuah syarikat produksi milik bapanya, Tan Sri Zaini. Selaku anak tunggal kesayangan bapanya, Eava ditatang bagai minyak yang penuh.Hidupnya dihujani dengan penuh kasih sayang dan kemewahan. Setelah dewasa, Eava yang berpendidikan luar negeri mengambil alih syarikat ayahnya. Eava merupakan seorang yang terlalu cerewet tentang segala-galanya. Namun lebih teruk, dia sombong dan suka membangga diri. Dia juga suka berleter jika tidak puas hati dengan sesuatu hal. Sikapnya yang sangat tegas menyebabkan pekerja-pekerjanya lebih takutkan Eava berbanding ayahnya.
Mahu dijadikan cerita, bapa Eva iaitu Tan Sri Zaini mempunyai seorang kawan rapat. Namanya Datuk Hamzah. Dia mempunyai seorang anak lelaki bernama Remy. Seperti Eava yang juga mempunyai kelemahan, Remy ini pula seorang playboy dan kerja sepenuh masanya ialah cuma menghabiskan harta ayahnya sahaja. Atas tujuan perniagaan dan niat Datuk Hamzah membolot harta Tan Sri ZainiRemy dan Eava disatukan. APa terjadi? Berjayakah hubungan mereka. Atau adakah Eava dan bapanya tahu niat buruk mereka. Saksikan filem komedi romantik in di pawagam. Atau dapatkan VCD tulen di pasaran..