Manchester City belasah United di Old Trafford

Video Manchester City belasah United di Old Trafford 6-1

Manchester City belasah United di Old Trafford

MANCHESTER – Rekod tanpa kalah Manchester United dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) bukan sahaja lebur di Old Trafford, namun dimalukan dengan kekalahan besar 1-6 kepada musuh ketat mereka, Manchester City, semalam.

Kemenangan itu juga bermakna City melebarkan kelebihan lima mata daripada United selepas sembilan perlawanan.

Mario Balotelli memulakan pesta gol City pada minit ke-22 hasil rembatan menarik ke bahagian penjuru gawang United bagi meletakkan skuad bimbingan Roberto Mancini mendahului 1-0 pada separuh masa pertama.

Nasib malang Red Devils bermula apabila Johathan Evans dilayangkan kad merah, empat minit sebaik separuh masa kedua bermula dari detik itu, penguasaan City jelas sukar digugat.

Balotelli menambah gol kedua City pada minit ke-59 sebelum pemain antarabangsa Argentina, Sergio Aguero meletakkan Citizens semakin selesa dengan gol ketiga, 10 minit kemudian.

Walaupun Darren Fletcher merapatkan jurang pada minit ke-81, Edin Dzeko kembali menjarakkan kedudukan buat City pada minit ke-88 sebelum David Silva dan Dzeko sekali lagi menambah sengsara United dengan dua gol pada minit ke-91 dan 93.

Perlawanan United menentang City turut disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama rakan-rakan Facebook di kediaman rasmi, Seri Perdana dekat Putrajaya.

Sementara itu, rentak buruk Arsenal di permulaan musim semakin pulih apabila mencatatkan kemenangan kedua berturut-turut dalam kempen liga selepas menumpaskan Stoke City 3-1 di Stadium Emirates.

Kemasukan Robin van Persie jelas membantu kemenangan Arsenal ketika kedudukan terikat 1-1 apabila penyerang antarabangsa Belanda itu meledak dua gol pada minit ke-72 dan 82.

Arsenal sebelum itu mendahului menerusi Gervinho pada minit ke-27 sebelum disamakan Peter Crouch, enam minit kemudian.

Dalam satu perlawanan, Everton menang 3-1 ke atas Fulham di Craven Cottage hasil jaringan Royston Drenthe, Louis Saha dan Jack Rodwell sementara gol tunggal tuan rumah disumbangkan oleh Bryan Ruiz.
sumber:utusan

No comments:

Post a Comment

Komen di sini

Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







Arkib