Liverpool DiBaham Fulham

Keputusan EPL Fulham vs Liverpool 5 Disember 2011

Hajat Liverpool untuk memintas Newcastle di tangga keenam Liga Perdana Inggeris tidak kesampaian apabila mereka tewas 0-1 kepada Fulham pada aksi yang berlangsung di Craven Cottage, awal pagi tadi.

Selepas Liverpool terpaksa beraksi 10 pemain apabila Jay Spearing dilayangkan kad merah pada minit ke-72, Fulham berjaya memanfaatkan peluang tersebut dengan akhirnya memperolehi gol kemenangan menerusi Clint Dempsey pada minit ke-85.

Pengurus Liverpool, Kenny Dalglish jelas menyalahkan kad merah yang diterima Spearing itu sebagai punca kegagalan pasukannya untuk mencuri tiga mata penuh di tempat lawan.

“Dia (Spearing) berjaya memenangi bola pada perebutan (dengan Moussa Dembele) itu. Dia ternyata kecewa dengan pengadil kerana itu bukan salahnya. Anda boleh lihat, kadang kala insiden seperti itu boleh mendapat kad merah dan kadang kala tidak. Keputusan tidak konsisten.

“Saya rasa kami mampu mencatat keputusan berbeza jika kami menamatkan permainan dengan 11 pemain. Memang saya tak rasa kami main dengan cukup baik tetapi kami sebenarnya mampu menghasilkan kemenangan,” kata Dalglish.

Namun bagi pengurus Fulham, Martin Jol, keputusan pengadil itu adalah wajar dengan berkata: “Saya rasa ia memang satu terjahan keras . Ia menuju tepat ke buku lali pemain saya dan memang patut dilayangkan kad merah.”

Tags: keputusan epl 5 disember 2011 keputusan fulham vs liverpool week 14, liverpool tewas,

No comments:

Post a Comment

Komen di sini

Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







Arkib