Senarai LAGU RAYA Terbaru + POPULAR 2024



                                                            Peraduan Terbaik Cuti Sekolah TV3 (TCS)

                                                            Tonton & Menangi Wang Tunai “Peraduan Terbaik Cuti Sekolah”

                                                            Cuti sekolah kembali lagi! Pastinya adik-adik di rumah menantikan rancangan-rancangan menarik untuk ditonton di kaca televisyen selepas berakhirnya sesi persekolahan untuk tahun ini. Bagi mereka yang tidak sabar untuk menantikan sajian yang terbaik dan program berkualiti, pastikan temujanji anda bersama TV3 di dalam dua slot khas musim cuti sekolah iaitu TV3 KIDS MOVIE MARATHON jam 9.00 pagi dan JOM RELAKS jam 4.00 petang setiap Isnin hingga Khamis dan anda mungkin berpeluang membawa pulang hadiah wang tunai yang lumayan!

                                                            Ceriakan hari cuti anda dengan menonton slot TV3 KIDS MOVIE MARATHON yang menampilkan himpunan 23 telefilem menarik yang sarat dengan elemen komedi, aksi, drama dan fantasi yang pastinya menghiburkan bukan sahaja adik-adik di rumah, malahan sesuai untuk tontonan seisi keluarga.
                                                            Antara rancangan dan program hebat menerusi slot TV3 KIDS MOVIE MARATHON ialah High School Musical 2, Barbie Thumbelina, The Cutting Edge: Fire And Ice, Barbie and The Diamond Castle, Princess: A Modern Fairy Tale, Cyberbully, Suite Life The Movie, Camp Rock 2: The Final Jam dan banyak lagi.

                                                            Ayuh rehatkan minda anda menerusi slot JOM RELAKS dan ikuti kisah-kisah penuh teladan dan menarik berkisar cerita rakyat lagenda dan dongeng dari seberang bermula jam 4.00 petang seperti Putri Angsa Dan Kuda Ajaib, Putri Dalam Botol, Gadis Pemintal Benang Emas, Gadis Dan Korek Api Ajaib dan banyak lagi.

                                                            Sambil menonton, TV3 juga mengajak adik-adik yang berminat untuk menyertai “Peraduan Terbaik Cuti Sekolah” yang dianjurkan setiap minggu menerusi dua slot khas ini. Caranya sangat mudah di mana adik-adik hanya perlu mendapatkan himpunan huruf yang tertera di kaca televisyen ketika waktu siaran TV3 KIDS MOVIE MARATHON dan JOM RELAKS pada setiap hari Isnin hingga Khamis. Kemudian layari www.tv3.com.my/tcs dan isi tempat kosong dengan menyusun semula himpunan huruf tersebut untuk melengkapkan perkataan misteri yang disediakan. Lengkapkan 4 perkataan misteri setiap minggu (1 perkataan misteri setiap hari) dan hantarkan jawapan anda beserta sebuah pantun yang mengandungi perkataan “TERBAIK”, seperti:

                                                            Pulau Pandan jauh ke tengah
                                                            Gunung Daik bercabang tiga
                                                            Apa yang TERBAIK semasa cuti sekolah?
                                                            Tentunya program di TV3

                                                            Untuk makluman, tarikh tutup penyertaan bagi minggu pertama adalah 4 Disember 2011, minggu kedua pada 11 Disember 2011, minggu ketiga pada 18 Disember 2011 dan minggu terakhir adalah pada 25 Disember 2011.

                                                            Ayuh, penuhkan tabung simpanan adik-adik setiap minggu kerana anda berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai sebanyak:
                                                            • Tempat Pertama: 1 x RM1, 500
                                                            • Tempat Kedua: 1 x RM1, 000
                                                            • Tempat Ketiga: 1 x RM800
                                                            • Saguhati: 5 x RM300

                                                            Selain daripada laman portal rasmi TV3, anda juga boleh menghubungi Jabatan Pengurusan Jenama TV3 & KIDS di talian 03 7726 6333 sambungan 3370 / 2244 untuk sebarang soalan atau maklumat berkenaan “Peraduan Terbaik Cuti Sekolah”.

                                                            tags:Peraduan Terbaik Cuti Sekolah TV3 (TCS), Peraduan TCS, Peraduan TV3, Peraduan Tonton Drama Cuti sekolah, Keputusan Peraduan Terbaik Cuti Sekolah TV3 (TCS), Syarat Peraduan Terbaik Cuti Sekolah TV3 (TCS)

                                                            3 comments:

                                                            1. masa iklan cuti sekolah tv3 kuar kat tv..kan ada satu lagu tu kan..ape eh tajuk lagu tu? sape nyanyi?

                                                              ReplyDelete
                                                            2. saya nak masuk pertandingan2uhhh...tapi x tahu? macam mana erkkk...please ajarkan...

                                                              ReplyDelete
                                                            3. awk ke www.tv3.com.my/tcs.tapi dah tamat x sabar saya nak tunggu nama pemenang

                                                              ReplyDelete

                                                            Komen di sini

                                                            Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







                                                            Arkib