Senarai LAGU RAYA Terbaru + POPULAR 2024



                                                            Ampunkan Dosaku di TV3

                                                            Ampunkan Dosaku di TV3

                                                            MEMBUKA tirai 2012, TV3 memperkenalkan slot baru, Azalea bagi menggantikan slot Lagenda yang akan menyajikan drama-drama teladan dan pengajaran kepada penonton.
                                                            Cetusan pertama Azlea merupakan drama bersiri 20 episod karya pengarah Bade Haji Azmi dan penulis skrip Jumal Yunus berjudul Ampunkan Dosaku.
                                                            Mula ditayangkan sejak 2 Januari lalu, drama terbitan Pena Kreatif itu membariskan pelakon-pelakon hebat, antaranya, Zul Huzaimy, Shahrol Nizam, Sharifah Amani, Zamarul Hisham, Emelda Rosmila, Melissa Saila, Rozita Che Wan dan Fimie Don.
                                                            Ia mengisahkan tentang Hassan, lakonan Shahrol Nizam yang tidak henti-henti diuji dengan pelbagai dugaan dan kesulitan hidup dan seringkali menjadi mangsa Fatimah (Wan Maimunah) disebabkan dendam lama yang masih tersemat di dalam hatinya walaupun ibu Hassan telah lama meninggal dunia.
                                                            Sebagai ibu tiri, Fatimah masih tidak dapat menerima kehadiran Hassan di dalam rumahtangganya. Seribu satu fitnah dilontarkan terhadap Hassan, seorang remaja naif yang dahagakan kasih sayang seorang ibu. Kebencian Fatimah terhadap Hassan membuat dia nekad meletak racun di dalam makanan Hassan namun Hassan selamat.
                                                            Suatu hari, Fatimah berjaya juga mengenakan Hassan apabila dia diusir oleh bapanya, Osman (Raisudin Hamzah) atas kesalahan yang tidak dilakukan. Sejak itu, Hassan hidup merempat sehinggalah dia bertemu dengan Sulaiman (Arash Mohd) dan isteri yang baru sahaja kematian anak mereka.
                                                            Fatimah yang masih tidak puas hati dengan Hassan telah mengupah orang untuk memukul Hassan menyebakan Hassan membuat keputusan membawa diri ke bandar bagi memulakan hidup baru.
                                                            Beberapa tahun kemudian, Hassan yang bekerja kilang berkahwin dengan Sarimah dan mula berjinak-jinak menjadi penggubah lagu.
                                                            Sarimah meninggal dunia sebaik sahaja melahirkan anak lelaki mereka. Hassan yang sedih dengan pemergian isterinya berjanji akan menjaga anak lelaki mereka yang diberi nama Sazali (Zul Huzaimy) dengan penuh kasih sayang dan akan mengotakan apa sahaja yang dipinta oleh Sazali.
                                                            Kini, kehidupan Hassan semakin senang. Dia telah membeli kilang tempat dia bekerja selama ini dan sebuah rumah besar untuk keselesaan Sazali. Namun, seperkara yang Hassan tidak tahu, Sazali hanya kelihatan baik di matanya tetapi di luar, Sazali merompak, terlibat dengan kumpulan samseng dan mempermainkan wanita sebagai pemuas nafsunya.
                                                            Sazali terpikat dengan Rokiah (Sharifah Amani), anak gadis Kassim (Zamarul Hisham) dan Suminah (Emelda Rosmila) yang baru pulang dari luar negeri tetapi ia hanya untuk memuaskan nafsunya sedangkan Rokiah menganggap Sazali lelaki yang sempurna dan terbaik untuknya.
                                                            Ternyata pandangan Rokiah meleset. Sedih dengan keadaan itu, dia menguatkan diri untuk menceritakan perkara sebenar mengenai Sazali kepada Hassan.
                                                            Apakah yang bakal berlaku seterusnya? Saksikan Ampunkan Dosaku yangditayangkan setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 4 petang.
                                                            Penonton yang terlepas menyaksikan drama itu boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.

                                                            tags: sinopsis ampunkan dosaku, lagu tema ampunkan dosaku, ost ampunkan dosaku, lirik ampunkan dosaku, tv3, drama ampunkan dosaku, tonton ampunkan dosaku, pelakon ampunkan dosaku, video ampunkan dosaku

                                                            No comments:

                                                            Post a Comment

                                                            Komen di sini

                                                            Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







                                                            Arkib