Showing posts with label Sinopsis. Show all posts
Showing posts with label Sinopsis. Show all posts

Senarai Sinopsis Drama/Filem Popular: Melayu, Korea, Inggeris, dll

 Senarai Sinopsis Drama/Filem Popular:

Istimewa Ramadan & Raya:

Melayu:










    Korea: Tags:Lirik Lagu, lyrics, mp3 download, youtube mp3, lagu lagu baru, lagu terbaru, video, free download mp3, Lagu melayu, lagu Inggeris

    Sinopsis Projek Pop 8tv series



    Sinopsis Projek Pop:

    'Projek Pop' adalah cerita tentang apa yang berlaku di sebalik tabir konsert terbesar di negara ini dan individu yang terlibat di dalamnya.Padat dengan cameos artis untuk memberikan sentuhan realistik industri muzik, ikuti perjalanan mereka kerana mereka menghadapi cahaya menyilaukan, peminat menjerit dan konflik peribadi mereka sendiri satu hari sebelum hari yang paling penting hidup mereka iaitu Konsert Projek Pop




    Sinopsis & OST Lain:



    tags: Sinopsis Projek Pop 8tv series, Projek Pop 8tv series, sinopsis, Projek Pop, drama projek pop, muzikal projek pop, OST Projek Pop, Lagu Tema Projek Pop, lirik lagu Projek Pop, Projek Pop lyrics, pelakon projek pop, Penyanyi Projek Pop, video Projek Pop, Tonton Projek Pop

    Ampunkan Dosaku di TV3

    Ampunkan Dosaku di TV3

    MEMBUKA tirai 2012, TV3 memperkenalkan slot baru, Azalea bagi menggantikan slot Lagenda yang akan menyajikan drama-drama teladan dan pengajaran kepada penonton.
    Cetusan pertama Azlea merupakan drama bersiri 20 episod karya pengarah Bade Haji Azmi dan penulis skrip Jumal Yunus berjudul Ampunkan Dosaku.
    Mula ditayangkan sejak 2 Januari lalu, drama terbitan Pena Kreatif itu membariskan pelakon-pelakon hebat, antaranya, Zul Huzaimy, Shahrol Nizam, Sharifah Amani, Zamarul Hisham, Emelda Rosmila, Melissa Saila, Rozita Che Wan dan Fimie Don.
    Ia mengisahkan tentang Hassan, lakonan Shahrol Nizam yang tidak henti-henti diuji dengan pelbagai dugaan dan kesulitan hidup dan seringkali menjadi mangsa Fatimah (Wan Maimunah) disebabkan dendam lama yang masih tersemat di dalam hatinya walaupun ibu Hassan telah lama meninggal dunia.
    Sebagai ibu tiri, Fatimah masih tidak dapat menerima kehadiran Hassan di dalam rumahtangganya. Seribu satu fitnah dilontarkan terhadap Hassan, seorang remaja naif yang dahagakan kasih sayang seorang ibu. Kebencian Fatimah terhadap Hassan membuat dia nekad meletak racun di dalam makanan Hassan namun Hassan selamat.
    Suatu hari, Fatimah berjaya juga mengenakan Hassan apabila dia diusir oleh bapanya, Osman (Raisudin Hamzah) atas kesalahan yang tidak dilakukan. Sejak itu, Hassan hidup merempat sehinggalah dia bertemu dengan Sulaiman (Arash Mohd) dan isteri yang baru sahaja kematian anak mereka.
    Fatimah yang masih tidak puas hati dengan Hassan telah mengupah orang untuk memukul Hassan menyebakan Hassan membuat keputusan membawa diri ke bandar bagi memulakan hidup baru.
    Beberapa tahun kemudian, Hassan yang bekerja kilang berkahwin dengan Sarimah dan mula berjinak-jinak menjadi penggubah lagu.
    Sarimah meninggal dunia sebaik sahaja melahirkan anak lelaki mereka. Hassan yang sedih dengan pemergian isterinya berjanji akan menjaga anak lelaki mereka yang diberi nama Sazali (Zul Huzaimy) dengan penuh kasih sayang dan akan mengotakan apa sahaja yang dipinta oleh Sazali.
    Kini, kehidupan Hassan semakin senang. Dia telah membeli kilang tempat dia bekerja selama ini dan sebuah rumah besar untuk keselesaan Sazali. Namun, seperkara yang Hassan tidak tahu, Sazali hanya kelihatan baik di matanya tetapi di luar, Sazali merompak, terlibat dengan kumpulan samseng dan mempermainkan wanita sebagai pemuas nafsunya.
    Sazali terpikat dengan Rokiah (Sharifah Amani), anak gadis Kassim (Zamarul Hisham) dan Suminah (Emelda Rosmila) yang baru pulang dari luar negeri tetapi ia hanya untuk memuaskan nafsunya sedangkan Rokiah menganggap Sazali lelaki yang sempurna dan terbaik untuknya.
    Ternyata pandangan Rokiah meleset. Sedih dengan keadaan itu, dia menguatkan diri untuk menceritakan perkara sebenar mengenai Sazali kepada Hassan.
    Apakah yang bakal berlaku seterusnya? Saksikan Ampunkan Dosaku yangditayangkan setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 4 petang.
    Penonton yang terlepas menyaksikan drama itu boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.

    tags: sinopsis ampunkan dosaku, lagu tema ampunkan dosaku, ost ampunkan dosaku, lirik ampunkan dosaku, tv3, drama ampunkan dosaku, tonton ampunkan dosaku, pelakon ampunkan dosaku, video ampunkan dosaku

    Episod Akhir Telenovela MariMar Di TV3. Kesudahan MariMar

    Apa Kesudahan MariMar?
    Jangan risau, Yang pasti, kisah Marimar ini akan berakhir dengan kegembiraan.
    Kepada peminat drama Marimar di TV3. Drama Marimar yang paling diminati ramai akan habis tayangannya pada bulan Julai ini.Pada 19 Julai nanti akan ada drama baru berjudul Bella yang akan meggantikan Telenovela MariMar.Harap-harap Bella juga seronok ditonton.
    Ini Episod terakhir Telenovela MariMar Di TV3. Saksikannya..


    Anda mungkin juga suka:

    Sinopsis Harry Potter 7 - (Ringkasan Filem Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 2)

    Sinopsis Harry Potter 7 - (Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 2)

    Pertarungan menjadi peperangan antara kuasa baik dan jahat. Harry Potter kini terpanggil untuk membuat pengorbanan habis-habisan menentang Lord Voldemort.

    Genre: Fantasi, pengembaraan
    Pengarah: David Yates
    Pelakon: Daniel Radcliffe, Rupert Grint, Emma Watson, Helena Bonham Carter, Robbie Coltrane, Warwick Davis, Tom Felton, Ralph Fiennes, Michael Gambon, Jason Isaacs, Alan Rickman, David Thewlis, Julie Walters, Bonnie Wright, Kelly Macdonald


    Poster Filem Harry Potter 7 - Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 2 | HP7 part2 | Harry Potter 2011

    Sinopsis Filem 11-11-11 (ringkasan)

    Sinopsis Filem 11-11-11

    Joseph Crone seorang penulis Amerika berpindah ke Barcelona, Sepanyol untuk berjumpa dengan saudaranya, Samuel dan bapanya yang sedang sakit Richard setelah isterinya dan anaknya meninggal dunia secara menyayat hati. Namun kemudian Joseph dihantui pelbagai peristiwa aneh dengan nombor 11. Akibatnya dia berusaha mencari makna semua itu. Dia menjadi obses dan akhirnya mendapat tahu yang tarikh 11/11/11 adalah suatu amaran kepada dirinya dan juga melibatkan semua agama.

    Genre: Seram
    Pengarah: Darren Lynn Bousman
    Pelakon: Timothy Gibbs, Michael Landes, Wendy Glenn, Lluis Soler, Angela Rosal, Brendan Price, Salome Jimenez, Benjamin Cook


    k/w: ringkasan filem, sinopsis movie 11-11-11 , sinposis filem 11/11/11, sinopsis filem 11 september 2011, filem akan datang, summary, filem inggeris, sinopsis film 11/11/11, filem nombor 11

    Sinopsis & Trailer Filem My Name Is Khan

    Trailer My Name Is Khan


    Sinopsis:
    Awal filem ini menceritakan tentang kehidupan Rizwan Khan yang dilakonkan oleh Shahrukh Khan yang di tangkap atas dasar tuduhan tindak prilaku yang mencurigakan namun pada kenyataannya khan ini menghidap Sindrom Asperger. Dalam perjalanan hidup khan, dia bertemu dengan seorang wanita cantik beragama hindu yang dilakonkan oleh kajol dan akhirnya jatuh cinta kepada wanita itu
    Filem arahan Karan Johar, pengarah tersohor ini amat dinanti-nantikan peminat Datuk Shah Rukh Khan setelah sekian lama menyepi. Filem epik romantis ini pastinya akan mengembalikan nostalgia lama apabila Shah Rukh akan bergandingan dengan Kajol, salah satu heroin yang kerap digandingkannya semasa zaman kegemilangan filem Bollywood.


    Seperti biasa, filem lakonan Shah Rukh pastinya akan menyelitkan irama merdu yang mengalun perasaan. Sehubungan dengan itu, Sony Music Entertainment mengeluarkan album runut bunyi filem ini yang mula berada di pasaran pada 12 Januari 2010. Shankar - Ehsaan - Loy, gabungan trio termasyhur telah menghasilkan lima buah lagu baru yang dicipta khas untuk filem ini.

    Album ini turut menampilkan tiga vokalis terhebat India, Rahat Fateh Ali Khan, Shafqat Amanat Ali dan Adnan Sami bersama alunan muzik menyentuh perasaan.

    Bonus untuk penggemar filem arahan Karan Johar, album ini memuatkan empat buah lagu daripada filem Kuch Kuch Hota Hai, Suraj Hua Maddham, Kal Ho Naa Ho dan Kabhi Alvida Naa Kehna.

    Sinopsis & Trailer Filem My Name Is Khan

    Sinopsis Filem Niyang Rapik

    Trailer Niyang Rapik



    Niyang Rapik bermula dengan kematian Zack (Fizz Fairuz) akibat busung setelah pulang daripada kampung Niyang Rapik. Kematiannya membimbangkan rakannya yang lain yang turut serta dalam kajian sejarah di kampung terbabit.

    Helmi (Kamal Adli), Saiful (Zed Zaidi), Zizan (Shaheizy Sam) dan Amir (Awal Ashaari) bercadang kembali ke Niyang Rapik untuk memulangkan kerambit lama yang diambil sewaktu melakukan projek tahun akhir kajian peninggalan sejarah di sana.

    Kerambit yang diambil arwah Zack dikhuatiri menjadi penyebab kepada kematiannya, namun setelah memulangkan pusaka tersebut kepada tuannya, mereka masih diganggu pelbagai kejadian aneh. Kehadiran Laila (Liyana Jasmay) anak kepada Tok Neram (Nasir Bilal Khan) seakan misteri kerana tingkah lakunya tidak lagi seceria dahulu.

    Keadaan menjadi semakin huru hara, anggapan mereka tersasar. bukan kerambit menjadi punca. Kesilapan silam kembali menghantui.

    Apa sebenarnya perkara yang mereka lakukan hingga membawa kepada kematian Zack? Siapa diantara mereka yang harus bertanggungjawab? Segalanya di dalam Niyang Rapik, sebuah lagi filem seram arahan Ahmad Idham di pawagam bermula 25 Februari ini.

    Sinopsis Filem Niyang Rapik
    Pengarah: Ahmad Idham
    Pelakon: Liyana Jasmay, Nasir Bilal Khan, Fizz Fairuz, Kamal Adli,Zed Zaidi), Shaheizy Sam dan Awal Ashaari

    MERONG MAHAWANGSA SINOPSYS

    Trailer Merong MahaWangsa



    Sinopsis filem:
    Hikayat Merong Mahawangsa or The Kedah Annals is an ancient Malay literature that chronicles the bloodline of Merong Mahawangsa and the foundation of the Kedah, a state in Malaysia. Though there are historical accuracies, there are many incredible assertions. The era covered by the text ranged from the opening of Kedah by Merong Mahawangsa, allegedly a descendant of Alexander the Great of Macedonia till the acceptance of Islam.

    Merong Mahawangsa was a Hindu and there were nine Hindu rulers before Phra Ong Mahawangsa converted to Islam in 1136 and took the name Sultan Mudzafar Shah. The annal also describes Chola's attack on Kedah.The descendants of Phra Ong Mahawangsa is still ruling Kedah able to trace their lineage from Merong Mahawangsa.
    MERONG MAHAWANGSA SINOPSYS

    SINOPSIS MAGIKA

    Sinopsis filem:

    Magika berkisar mengenai dua beradik yang tersesat di alam bunian selepas keluar rumah pada waktu Maghrib.

    Ayu (Diana Danielle) berhadapan dengan ujian sukar untuk menyelamatkan adiknya iaitu Malik (Fimie Don) yang diculik nenek kebayan lakonan Ziana Zain. Bagaimanapun Ayu bernasib baikkerana dia bertemu dengan Badang (Mawi)yang membantu menyelamatkan mereka keluar dari dunia asing itu.

    Magika yang menggabungkan lebih 15 aktor dan aktres ternama pasti menjadi tarikan penonton ke pawagam, lebih-lebih lagi yang merindui lakonan Ziana Zain apabila memegang watak sebagai nenek kebayan! Kaya dengan mitos dan kisah legenda Melayu, Magika menampilkan beberapa watak yang dekat di hati orang ramai seperti Badang, Bawang Putih Bawang Merah, Pak Pandir, Mak Mandir, Mahsuri, Hang Tuah, Puteri Gunung Ledang dan Batu Belah Batu Bertangkup.
    SINOPSIS MAGIKA FILEM TERBITAN KRU

    TRAILER MAGIKA

    Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







    Arkib