Sinopsis Drama Friday I'm In Love slot Aurora TV9

Sinopsis Drama Friday I'm In Love slot Aurora TV9



ADakah Anda Peminat Drama Vanilla Coklat? Ala yang ada Aiman Hakim dan Izara Aishah itu? Ini ada satu lagi drama bersiri lakonan Aiman Hakim akan ditayangkan tidak lama lagi dalam slot Aurora di TV9 bertajuk Friday I'm In Love. Drama ini akan mula ke udara mengantikan drama Pistachio Dayana yang dijangkakan berakhir bulan April 2012 nanti. Rasanya Semua pasti tertunggu-tunggu drama yang dijangka menarik ini.

Drama Friday I'm In Love diterbitkan sebanyak 13 episod dan disiarkan bermula 19 April pada setiap Khamis jam 8.30 malam menerusi slot Aurora di TV9.



Sinopsis drama Friday I'm In Love:


Friday I'm In Love mengisahkan Awang (Qi) seorang yang lurus dan bersahaja. Awang akan jatuh cinta setiap kali hari Jumaat kepada gadis yang berbeza. Namun sebelum menjelang Jumaat lain menjelang dia akan berpisah dengan teman wanitanya.

Awang, kerja sebagai pembantu di sebuah kedai buku. Dia kawan baik dengan Ana, Nisha, Pitt, Jo dan Hansem.

Pada hari jadinya yang ke-21, Awang menyambutnya dengan rakan-rakan baiknya pada suatu hari Jumaat di kedai kopitiam milik bapa Nisha. Sedang mereka sibuk berbual, Awang terlihat seorang gadis cantik bernama Amy. Awang berusaha berkenalan dengan gadis itu.

Awang jatuh cinta kepada Amy dan kisah cinta mereka berterusan pada Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa, Rabu tetapi pada Khamis, Amy menamatkan percintaan mereka apabila mengakui bahawa dia sudah berkahwin.

Awang sangat kecewa, namun pada hari seterusnya, dia bangun lalu bertemu pula dengan Bella dan jatuh cinta sekali lagi.

Awang percaya dia terkena badi sumpahan orang yang ditujukan terhadap ibunya. Andai tidak menemui cinta sejati pada usia 24 tahun, dia akan bertukar menjadi seekor 'hamster'!. Usah Ketinggalan penampilan hebat pelakon-pelakon popular seperti Fouziah Gous, Puteri Sarah Liyana, Izara Aishah, Nabila Huda dan Ayang Hussein sebagai kekasih hati Awang

Ikutilah kisah Awang yang lucu dan menghiburkan ini. Ingat, Tonton pada setiap hari Khamis di TV9 dalam slot Aurora bukan hari Jumaat! Atau lebih mudah lagi Tonton Semua Episod (1-Tamat)Drama Friday I'm In Love di liriksemualagu.blogspot.com. Sekian.


Pengarah Drama Friday I'm In Love :Faizul Abdul Rashid

Pelakon Drama Friday I'm In Love : Nellydia Senrose, Bella Daly, Qi Qushairi,Aiman Hakim, rizal jaafar, Zoey Rahman dan ramai lagi.




Pilihan Lain:



1 comment:

  1. selain lagu friday i'm in love .. lagu apa lagi dalam cerita yang sama ni ? ada satu lagu tu saya nak cari tapi tak dpt .. ni FB saya Muhamad Amirul Azizi

    ReplyDelete

Komen di sini

Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







Arkib

BARU! Lagu Lagu Raya 2017

LAGU RAYA BARU:

KOLEKSI SENARAI LAGU RAYA POPULAR :