Cari Lirik * A * B * C * D * E * F * G * H * I * J * K * L * M * N * O * P * Q * R * S * T * U * V * W * X * Y * Z * # Klik Sini

Mari SERTAI ribuan rakan kami di Facebook SEKARANG :)

ANDA SUKA BLOG ini?? Bookmark & Kongsi page yang anda SUKA sekarang!










*Link LirikSemuaLagu pada Website & Blog Anda

Sinopsis Drama Paan Paiz +OST Lagu Tema

Sinopsis Drama Paan Paiz +OST Lagu Tema

Paiz memulakan kerjayanya sebagai arkitek tetapi Paan masih tiada tetap. Mereka tinggal bersama dan sering melakukan aktiviti bersama pada waktu lapang. Paan terkejut apabila Paiz bercadang untuk berkahwin. Paan turut menjadi marah kerana Paiz berahsia dengannya. Siapakah bakal isteri Paiz itu?

Paan mula menyiasat. Satu kejutan demi satu kejutan berlaku dan kejutan akhir adalah yang paling mengejutkan Paan. Dia tidak duga bahawa wanita yang akan merampas kawan baiknya ialah adik perempuannya sendiri, Dira.

Bimbang akan kehilangan kawan karibnya selepas Paan berumah tangga, Paan yang besifat keanak-anakan itu sengaja menimbulkan pelbagai masalah walaupun Paiz bakal memperisterikan adiknya. Dira mula rimas dengan sikap abangnya yang asyik memerap di rumah tanpa membuat apa-apa. Paiz dan Paan asyik bersama dengan aktiviti harian mereka dan jarang meluangkan masa bersama Dira.

Bagi mendapatkan kembali suaminya, Dira telah mengikut nasihat Kak Leha untuk mencari jodoh untuk Paan dengan harapan Paan cepat kahwin dan pindah dari rumah mereka. Apakah rancangan Dira akan berhasil?

Drama komedi terbaru berjudul Paan Paiz ini diterbitkan Radius One Sdn. Bhd. menampilkan barisan pelakon yang semakin meningkat naik, Zalif Sidek dan Zahiril Adzim, selain Sari Yanti, Noryati Taib dan Razak Ahmad.

Bakal bersiaran selama 13 episod, jangan ketinggalan menyaksikan buah tangan terbaru daripada pengarah berbakat besar, Shahrulezad Mohd mulai 11 April ini, setiap Rabu jam 10 malam menerusi TV3.

Pilihan Popular: 



tags: Sinopsis Drama Paan Paiz +OST Lagu Tema , TV3, Lirik Lagu Paan paiz, Paan Paiz Sinopsis, paan Paiz OST

No comments:

Post a Comment

Komen di sini

Kami Hantar lagu ke email anda

Cari Lirik Lagu & Apa Saja Anda Mahu.

Loading...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib

Cari Lirik