Lelaki atau Perempuan Pembohong Besar?

Bohong untuk nampak hebat
02/09/2012
Peratus lelaki suka kelentong lebih tinggi

London: Satu dalam lima orang didapati berbohong kepada rakan mereka mengenai perkara seperti pekerjaan dan kereta dalam usaha untuk menampakkan mereka lebih berjaya, kata satu kajian. Penyelidikan mendapati bahawa sebanyak 21 peratus mengakui berbohong ketika mereka bersama dengan rakan dari sekolah dan universiti, lapor Daily Mail.
Perjumpaan semula sekolah atau perhimpunan rakan lama kolej boleh dipenuhi dengan banyak cerita tidak benar. Semua perasaan mengenai sama ada anda hebat atau sesuaikan saya muncul semula" - Dr Linda Papadopulos, Pakar psikologi
Paling terdesak

Golongan lelaki paling terdesak untuk menampakkan mereka lebih berjaya dengan sejumlah 55 peratus akan menokok tambah cerita mengenai jumlah pendapatan yang mereka peroleh.

Kajian terbabit juga mendapati bahawa sebanyak lapan peratus lelaki sering kali berpura-pura mendakwa mereka memandu kereta mahal.

Sementara itu, kira-kira 45 peratus wanita yang berbohong mendakwa bahawa mereka mempunyai kerja yang lebih glamour berbanding apa sebenarnya yang mereka buat.
Kebanyakan iaitu sebanyak 12 peratus juga berbohong untuk menampakkan mereka tinggal di kawasan yang lebih baik.

“Kita tinggal di satu masa di mana semua orang terdesak kepada sesiapa saja untuk menampakkan mereka sebaik yang mungkin,” kata pakar psikologi, Dr Linda Papadopulos.

Manipulasi

“Penggunaan Facebook orang ramai menunjukkan kita semakin menyedari bahawa bagaimana kita boleh menggunakan maklumat tertentu untuk memanipulasikan pemikiran orang lain terhadap kita.

“Dan orang ramai tidak lihat mengapa mereka perlu untuk menyatakan kebenaran. Jadi kita maklumkan kepada mereka poskod yang kita mahu atau kereta yang kita ada atau kita inginkan untuk membuatkan orang lain terpegun.”

“Perjumpaan semula sekolah atau perhimpunan rakan lama kolej boleh dipenuhi dengan banyak cerita tidak benar. Semua perasaan mengenai sama ada anda hebat atau sesuaikan saya muncul semula. Rasa tidak selamat ketika zaman kanak-kanak bermain semula di kepala apabila mereka bertemu dan mereka sering kali menipu untuk membuatkan orang ramai terpegun,” katanya.

Ketika perhimpunan itu menceritakan pengalaman mereka ke luar negara juga adalah satu kegemaran di mana 26 peratus mendakwa mereka lebih banyak mengembara berbanding keadaan sebenar.

Satu dalam enam atau kira-kira 17 peratus mengakui bahawa mereka akan berbohong mengenai status hubungan, mungkin bertujuan untuk bertaut semula dengan rakan lama.

Dan satu dalam 17 lelaki atau enam peratus mengakui mereka menyertai perjumpaan semula rakan sekolah sekadar untuk bermegah mengenai pencapaian mereka. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Komen di sini

Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







Arkib