OST, Lagu Tema Drama Runtun Qalbu + Sinopsis,

OST Drama>> OST Drama Melayu >> OST Runtun Qalbu

OST, Lagu Tema Drama Runtun Qalbu + Sinopsis, 




Drama Runtun Qalbu merupakan Drama Baru di Slot Zehra TV3

yang akan mula bersiaran pada 21 September 2012. Drama yang

dijangka sarat dengan konflik dalaman ini akan mula disiarkan jam 9

malam, setiap hari Jumaat.

Para pelakon drama Runtun Qalbu terdiri daripada nama-nama

popular seperti Fasha Sandha, Kamal Adli, Shah Iskandar dan Fida

Ibrahim.

Kisah Runtun Qalbu berkisar mengenai watak utamanya Qalbu,

seorang lelaki yang ingin berubah menjadi seorang hamba Tuhan

yang lebih taat. Qalbu merupakan seorang penjaga bilik mayat. Dia

mempunyai personalitinya yang berbeza daripada orang biasa. Dia

pendiam dan tidak gemar memandang mata orang. Dalam proses

perubahan hidupnya, dia mengalami pelbagai ranjau duri yang

menguji kekuatan diri terutama bilamana dia terpaksa berdepan

dengan sejarah masa silam sendiri. Apakah kisah silam itu?

Kini setelah berubah, Qalbu selalu berada di sebuah masjid yang

menjadi penghubung dia dengan seorang gadis yang kerjanya

mengajar kanak-kanak mengaji iaitu Ustazah Fatihah. Dia juga

menerima tamparan hebat apabila terpaksa bersaing dengan

seorang mangsa kemalangan, Kelabu dalam merebut Cinta Fatihah.

Dia juga diminati oleh jirannya Idayu, anak seorang pemandu teksi

dalam diam-diam.

Saksikan pergolakan jiwa dan perasaan dalam drama

berunsur ketuhanan ini yang pastinya bakal mengisi malam anda

bersama keluarga dalam Runtun Qalbu Di Slot Zehra TV3 mulai

malam ini. Saksikan juga kesudahan perjuangan Qalbu dalam

proses mencari dirinya. Berjayakah dia merebut cinta Ustazah

Fatihah? Atau adakah hatinya terbuka untuk Idayu? Mungkinkah

Fatihah ditakdirkan untuk Kelabu dan dia menerima hakikat cinta di

dunia ini hanya sementara sahaja? Dan cinta yang sebenar hanya pada Yang Maha Esa?



OST DRama Runtun Qalbu - Lirik Lagu Noktah (Hazama)




Lirik Lagu: Noktah - Hazama

Telahku lalui telahku lukai
Dibuai mimpi-mimpi
Mengasyikkan imarahku

Semua yang sempurna hanyalah dimata
Tangisanmu berbisik ku sendiri

Izinkan diriku lenyapkan segala
Namun ku tak terdaya melupakan segalanya

Kini ku sendiri hilang segala cinta
Sebuah realiti bernokhtah di sini

Semua yang sempurna hanyalah dimata
Dibuai mimpi-mimpi mengasyikkan imarahku

Izinkan diriku lenyapkan segala
Namun ku tak terdaya melupakan segalanya

Kini ku sendiri hilang segala cinta
Sebuah realiti bernokhtah di sini






Pilih Drama KESUKAAN Anda:




tags:OST, Lagu Tema Drama Runtun Qalbu + Sinopsis, Sinopsis Drama Runtun Qalbu, Lirik Lagu Runtun Qalbu,  Video OST Runtun Qalbu, Fasha Sandha, Pelakon Runtun Qalbu, Lagu Tema Runtun Kalbu, lirik Runtun Qalbu,

No comments:

Post a Comment

Komen di sini

Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







Arkib

BARU! Lagu Lagu Raya 2017

LAGU RAYA BARU:

KOLEKSI SENARAI LAGU RAYA POPULAR :