Sinopsis Siri Jane By Design, Drama 8TV
Jane Quimby, (Erica Dasher) adalah seorang remaja yang disalah anggap sebagai seorang dewasa, dan dia telah mendapat pekerjaan fesyen idamannya. Dengan itu dia mesti mengimbangi kehidupan sekolah tinggi dan tugasnya.
Jane mempunyai rakannya baik Billy (Nick Roux), seorang punk yang sering membantu dia menyelesaikan masalah. Namun kawan baiknya itu mempunyai hubungan dengan Lulu (Meagan Tandy), seorang gadis yang sangat jahat kepada Jane sejak gred ketujuh lagi.
Kini setelah Billy bersama Zoe, Jane berasa seperti gadis itu menggantikan tempatnya. Bapa Jane telah meninggal dunia dan ibunya pula keluar rumah meninggalkan Jane tinggal dengan abangnya, Ben.
Ben, abangnya (David Clayton Rogers) cuba untuk mencari nafkah dengan mendapatkan pekerjaan, sehingga dia diterima sebagai pembantu sukan di sekolah Jane.
Di Donovan Decker, Jane melalui dunia fesyen yang penuh cabaran fesyen semasa dia bekerja dengan Gray Chandler Murray (Andie MacDowell) dan pekerja lain seperti Jeremy Jones (Rowley Dennis), India Jourdain (India de Beaufort), Carter (Ser'Darius Blain) dan Birdie (Brooke Lyons). Ikuti cabaran Jane yang cuba untuk menjadi yang terbaik di tempat kerja , sekolahnya. Bolehkah dia menjugel cabaran seharian sekolah tinggi dan dunia fesyen? Mampukah dia mengatasi cabaran? Apakah dia akan jadi pereka fesyen berjaya?
Jangan lupa Ikuti siri remaja yang menarik ini di 8tv setiap selasa jam 9:30 malam.
Watak Utama:
Erica Dasher sebagai Jane Quimby: Gadis tak berkeyakinan yang bercita-cita jadi pereka fesyen berjaya.
Nick Roux sebagai Billy Nutter: Kawan Baik Jane, Seorang Punk.
David Clayton Rogers sebagai Ben Quimby : Abang Jane
Meagan Tandy sebagai Lulu Pope: Kawan sekolah Jane yang bersikap buruk terhadapnya
Matthew Atkinson sebagai Nick Fadden: Budak lelaki yang Jane jatuh hati.
Tags:Sinopsis Siri Jane By Design, Drama 8TV, Lirik Lagu Baru, Tonton Online
No comments:
Post a Comment
Komen di sini