Senarai LAGU RAYA Terbaru + POPULAR 2024



                                                            Bunohan Rangkul Filem Terbaik ASK 2012!

                                                            Bunohan Rangkul Filem Terbaik ASK 2012 Atasi 34 Pencabar Lain


                                                            Filem Bunohan berjaya muncul sebagai filem terbaik pada malam kemuncak Anugerah Skrin 2012 (ASK 2012) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam tadi. Bunohan yang juga merupakan produksi terbitan Apparat Sdn Bhd  berjaya mengetepikan 34 filem lain untuk mengungguli kategori Filem Terbaik

                                                            Anugerah Skrin 2012 kali ini mempertandingkan 23 kategori meliputi drama, filem dan penerbitan dalaman, termasuk 2 Anugerah Khas iaitu ‘Anugerah Yasmin Ahmad’ dan ‘Anugerah Artis Harapan Pentene.’

                                                            Pelakon kanak-kanak, Puteri Balqish Aziz, 5 mencatat sejarah peribadi apabila diumumkan sebagai Artis Harapan Pantene melalui drama Pelarian. Drama Rantaian Terbaik pula dimenangi Jangan Ambil Padang Kami manakala Elly & Epit dipilih sebagai Drama Komedi Terbaik. Kedua-duanya disiarkan Astro.

                                                            Sementara itu, kategori filem pula menyaksikan produksi terbitan Apparat Sdn Bhd, Bunohan mengetepikan 34 filem lain untuk mengungguli kategori Filem Terbaik nmun begitu trofi Pengarah Terbaik Filem digenggam oleh pasangan suami isteri, Fariza Azlina dan Affendee Mazlan.

                                                            Pelakon Lelaki Terbaik Filem pula dimenangi Shaheizy Sam yang menunjukkan lakonan mantap menerusi filem Songlap. Watak Izzah, gadis kampung yang teraniaya yang dipegang oleh Maya Karin dalam filem Ombak Rindu membolehkannya diiktiraf sebagai Pelakon Wanita Terbaik Filem.

                                                            Anatar nama bertuah yang memenangi anugerah kali ini ialah pelakon Syafie Naswip dalam filem Songlap (Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem, Lisa Surihani menerusi Filem Ombak Rindu(Pelakon Pembantu Wanita Terbaik), pengarah muda Pierre Andre dan adik Puteri Balqish Aziz, 5 yang diangkat sebagai Artis Harapan Pantene melalui drama Pelarian. Drama Terbaik Milik Di Telapak Kaki Bonda.
                                                            Untuk Keputusan Pemenang ASK 2012 Penuh (klik sini)

                                                            Trofi itu disampaikan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim diiringi isteri Datin Seri Utama Maznah Rais dan Pengerusi Media Prima, Datuk Johan Jaaffar.

                                                            Tags:Bunohan Rangkul Filem Terbaik ASK 2012, ASK 2012, Keputusan Terkini ASK 2012, Keputusan Penuh ASK 2012, Keputusan Penuh Pemenang ASK 2012,Keputusan Penuh Pemenang Anugerah Skrin 2012, TV3, 9 Malam, 9 November 2012, Calon  ASK 2012, Video ASK 2012, Tonton ASK 2012, Persembahan ASK2012

                                                            PILIHAN BERKAITAN ASK 2012:

                                                            No comments:

                                                            Post a Comment

                                                            Komen di sini

                                                            Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







                                                            Arkib