Video Hong Kong Hampir Baham Harimau Malaya

Video Hong Kong Hampir Baham Harimau Malaya

Menjelang sepak mula Kejohanan Paling Berprestij di Asia Tenggara, Piala SUZUKI AFF pada 24 November 2012, minggu hadapan, Pasukan Bola Sepak Malaysia yang popular dengan jolokan Harimau Malaya makin menunjukkan prestasi kurang meyakinkan di bawah kendalian jurulatih Dato' K Rajagobal. Ini terbukti dengan dua kekalahan berturut-turut dengan Thailand (2-0) dan Vietnam (1-0 ).

   Malam tadi pasukan Malaysia terus dirundung malang apabila sekadar seri 1-1 dengan Hong Kong, pasukan ranking ke 172 dunia. Untuk rekod, pertemuan terakhir Malaysia telah berjaya mengalahkan Hong Kong 3-0. Adakah ini tanda skuad negara akan hadapi kesukaran mempertahankan Piala AFF nanti, atau sememangnya Hong Kong memang telah bertambah baik?
 Dalam kejohanan AFF nanti Malaysia diundi datu kumpulan dengan Singapura, Indonesia dan Laos. Hanya 2 pasukan teratas akan layak ke peringkat seterusnya. Mampukah Malaysia jadi dua pasukan itu? Sama-sama kita nanti kehangatannya.

Sila tonton Video perlawanan persahabatan antara Malaysia Hong Kong ini yang berkesudahan seri satu sama.Gol Malaysia dijaringkan pemain yang berpangkalan di Indonesia, Pelita Jaya iaitu Safee Sali.


Tags:Video Hong Kong Hampir Baham Harimau Malaya

No comments:

Post a Comment

Komen di sini

Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







Arkib

BARU! Lagu Lagu Raya 2017

LAGU RAYA BARU:

KOLEKSI SENARAI LAGU RAYA POPULAR :