Senarai LAGU RAYA Terbaru + POPULAR 2024



                                                            Linkin Park Gegar Malaysia 19 Ogos 2013!

                                                            Linkin Park Beraksi Esok!

                                                            Pastinya peminat tegar  Linkin Park tidak sabar-sabar menanti Kumpulan Metal terkemuka yang berasal dari California, Amerika Syarikat ini menggegar Stadium Nasional, Bukit Jalil jam 8:00 malam esok, bukan?

                                                            Sudah tentulah! Ini kerana Linkin Park merupakan antara band paling berjaya di Amerika.
                                                            Linkin Park yang pertama kali muncul dengan album berjudul Hybrid Theory  13 tahun lalu, kini telah mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi artis pertama yang mempunyai 10 single yang berjaya mendaki carta popular stesen radio Alternatif di Amerika Syarikat .

                                                            Menerusi album terbaru Linkin' Park berjudul Living Things (Machine Shop Recordings /Warner Bros)mereka sekali lagi membuktikan mereka lebih hebat daripada kumpulan lain abad ini apabila album terbaru itu mencapai jualan nombor satu di lebih 20 buah negara.

                                                            Linkin Park dianggotai oleh vokalis utamanya, Chester Bennington, pemain dram dan percussionist, Rob Bourdon, gitaris, Brad Delson, pemain bass, Dave 'Phoenix' Farrell, Joe Hahn yang bertindak sebagai DJ serta vokalis kedua merangkap pemain keyboard dan juga gitaris, Mike Shinoda.

                                                            Info Mengenai Konsert Linkin Park

                                                            Konsert Linkin Park Jelajah Dunia di Malaysia 2013 “Living Things’' ini dibawakan oleh The Wonderland+. Peminat di Malaysia seharusnya rasa bertuah kerana band ini memilih Malaysia untuk mengadakan konsert sebagai salah satu rangka lawatan mereka di Asia Tenggara. Thailand, Indonesia dan Singapura tidak tersenarai sebagai lokasi persinggahan mereka akibat kesuntukan masa.

                                                            Tiket berharga RM95, RM195 dan RM295 dikategorikan sebagai tempat duduk bebas manakala untuk tempat berdiri bebas tiket dijual dengan harga RM350 (Zon Playground), RM450 (Zon Rock), RM550 (The Pit) dan RM680 untuk kategori VIP.

                                                            Bagi mereka yang membeli lebih awal iaitu sepanjang tempoh pra jualan bermula 21 hingga 30 Jun depan, diskaun sebanyak 10 % akan diberikan kepada mereka. Mereka yang berminat boleh melayari laman www.ticketcharge.com.my atau hubungi talian (+60) 3 9222 8811 atau www.facebook.com/thewonderlandplus.

                                                            Semoga Terhibur!

                                                            Pilihan Berkaitan:




                                                            Tags:Konsert Linkin Park Di Malaysia, Info tiket, Lirik Lagu, lyrics, mp3 download, youtube mp3, lagu lagu baru, lagu terbaru, video, free download mp3, Lagu melayu, lagu Inggeris

                                                            No comments:

                                                            Post a Comment

                                                            Komen di sini

                                                            Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







                                                            Arkib