Showing posts with label berita hiburan. Show all posts
Showing posts with label berita hiburan. Show all posts

Alyah dan Ramli MS Bermusuh...

Alyah Bermusuh Dengan Ramli MS?

Memang mengejutkan! Tetapi itulah hakikat yang berlaku kepada penyanyi Datin Alyah yang juga merupakan kepada isteri pengarah muzik terkenal Dato' Ramli MS. Namun jangan salah sangka atau fikir bukan-bukan dahulu kerana ini tiada kena-mengena berita masalah rumah tangga atau apa. Sebenarnya Alyah memberitahu permusuhan dia dengan suaminya, Datuk Ramli MS apabila melibatkan hal-hal berkaitan bidang muzik saja.
Ini kerana mereka tidak mahu mencampur-adukkan hal peribadi dan kerjaya. Berikut penjelasan Alyah tentang permusuhan mereka itu...

Kenapa Alyah Bermusuh Dengan Suaminya, Ramli MS?

"Kami memang 'musuh' jika berkaitan hal kerja kerana kami memang tidak mencampur-adukkan hal peribadi dengan kerjaya masing-masing.

Tidak Pernah Gunakan Hubungan Peribadi Untuk Dapat Kelebihan

"Saya memang tidak pernah mendapat sebarang kelebihan hanya kerana dia suami saya," kata Alyah lagi.


"Banyak projek melibatkan suami memang saya tidak terlibat kerana tidak mahu orang fikir saya cuba ambil kesempatan.

"Kami pun memang jarang bercakap tentang hal-hal berkaitan muzik apabila di rumah," katanya.

Apa Pula Perkembangan Terbaru Alyah? Ada Lagu Baru?

Alyah bakal muncul dengan lagu duet bersama Farawahida iaitu Mengapa Harus Aku.

"Tahun ini saya ingin merancakkan kembali karier nyanyian dengan melancarkan tiga single secara berperingkat.

"Selain Menunggu Bayangmu dan Mengapa Harus Aku saya juga sudah merakamkan single ketiga tahun 2017 iaitu Jutaan Purnama.

"Dengan kelembapan penjualan album fizikal pada masa kini saya fokuskan kepada penghasilan single sahaja dan menunggu masa sesuai untuk tampil dengan album penuh," ujarnya.

sumber:mstar

tags: Berita Hiburan, Datin Alyah, Alyah dan Ramli MS Bermusuh...

Senarai Pemenang OSCAR 2017

SENARAI PENUH PEMENANG OSCAR (ANUGERAH AKADEMI KE-89)


Filem Terbaik: Moonlight

Pengarah Terbaik: Damien Chazelle – La La Land

Pelakon Lelaki Terbaik: Casey Affleck – Manchester By The Sea

Pelakon Wanita Terbaik: Emma Stone – La La Land

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Mahershala Ali – Moonlight

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Viola Davis – Fences

Lakon Layar Asal Terbaik: Kenneth Lonergen – Manchester By The Sea

Lakon Layar Adaptasi Terbaik: Barry Jenkins dan Tarell Alvin McCraney – Moonlight

Filem Animasi Terbaik: Zootopia

Filem Bahasa Asing Terbaik: The Salesman (Iran)

Skor Muzik Asal Terbaik: Justin Hurwitz – La La Land

Lagu Tema Asal Terbaik: City of Stars (La La Land)

Suntingan Bunyi Terbaik: Arrival

Adunan Bunyi Terbaik: Hacksaw Ridge

Suntingan Terbaik: Hacksaw Ridge

Rekaan Produksi Terbaik: La La Land

Sinematografi Terbaik: La La Land

Solekan dan Penggayaan Rambut Terbaik: Suicide Squad

Rekaan Kostum Terbaik: Fantastic Beasts and Where to Find Them

Efek Visual Terbaik: The Jungle Book

Filem Dokumentari Terbaik: O.J.: Made In America

Filem Dokumentari Pendek Terbaik: The White Helmets

Filem Pendek Terbaik: Sing

Filem Animasi Pendek Terbaik: Piper

Tonton Video Aksi Memalukan Anugerah Akademi (OSCAR) Tersalah Sebut Nama Pemenang:



tags: Senarai Pemenang OSCAR 2017

Amar Letih Siapkan Perkahwinan Dengan Amyra Rosli?

Amar  Baharin & Amyra Rosli Kahwin 11 November 

 Pejam celik pejam celik, akhirnya detik bahagia yang dinantikan oleh Amar Bahrin, 31 bakal menjelma tak lama lagi. Sama seperti mempelai lain, Amar mengharapkan perkahwinan yang bakal diikat pada tanggal 11 November ini kekal bertahan sehingga ke akhir hayat. Malah bagi Amar berkahwin dengan gadis usia lebih muda, Amyra 25,  turut mengaku sudah meninggalkan lama dunia sosial dengan rakan-rakan sejak beberapa tahun lepas dan melebihkan masa bersama-sama keluarga.

 

Berikut Luahan Hati Amar Mengenai Hari Bahagia & Perubahan Dialami Menjelang Perkahwinan Yang Mendatang...

“Memang benar perubahan saya bermula pada usia 30 tahun. Kalau dahulu kebanyakan masa dihabiskan dengan kawan-kawan tapi sekarang semuanya untuk keluarga.

"Saya anggap ini sisi kematangan yang berlaku setahun yang lalu.

“Jadi untuk membina perkahwinan dengan Amyra bukan hal yang membimbangkan. Saya sendiri sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab berkenaan bila tiba waktunya,” kata Amar yakin.

Amar Rasa Letih Siapkan Perkahwinan ?

“Sebenarnya sejak beberapa minggu yang lalu saya sudah sibuk mempersiapkan beberapa hal majlis perkahwinan kami nanti bersama ibu Amyra. Memang letih sebenarnya mahu menguruskan majlis yang besar tetapi saya puas hati. 

Berapa Ringgit Sudah Dihabiskan Untuk Perkahwinan?

“Dari makanan sampailah kepada persiapan pelamin semuanya sudah dibincangkan. Awal-awal lagi kami sudah sepakat untuk tidak membazir dan terlalu mengejar glamor. Cukuplah saya dan Amyra selamat bernikah dan meraikan tetamu yang hadir.

“Bagi saya kehidupan selepas bernikah lebih penting. Kalau berhabis wang ringgit untuk majlis bersanding, bagaimana pula masa hadapan?” tegas Amar yang bakal berangkat ke Cardiff, United Kingdom awal September nanti.

sumber: utusan online

--BANYAK LAGI BERITA HIBURAN DAN GOSIP SENSASI (KLIK SINI) --

tags: Lirik Lagu Inggeris, Lagu Baru Inggeris, Album Baru 2016, Video Baru, mp3 Baru, Lirik Lagu Inggeris, Video Inggeris, Lirik Kpop, Lagu Baru Korea, Korean lyrics, Lagu Melayu, Lagu baru Melayu, lyrics, mp3 , youtube mp3, lagu lagu baru, lagu terbaru, video, mp3, Lagu melayu, Carta Lagu terkini

Taylor Swift Mengaku Jadi Superstar Mudah Kecuali...

 Hanya Satu Ini Paling Sukar -Taylor Swift


Penyanyi  "Bad Blood" mengakui: "Saya terpaksa meninggalkan kucing di rumah apabila saya meninggalkan negara ini, yang merupakan bahagian yang paling sukar"

Jika anda terfikir jadi superstar pop besar seperti Taylor Swift  kelihatan mudah, anda memang betul! Ini kerana ia memang mudah.

Dalam temu bual dengan BBC Radio 1 sebelum membuat persembahan di festival Big Weekend , yang  mana penyanyi "Bad Blood" membuka cerita tentang kehidupannya semasa konsert jelajah ( memulakan World Tour 1989 beliau pada 5 Mei di Tokyo) dan beliau mengakui ia bukan tugas yang melelahkan seperti yang sesetengah orang fikir..

"Ia bukan yang keras, saya memberitahu anda kini ia benar-benar tidak sukar," jelas Taylor. "Kadang-kadang saya benar-benar tidak fikir ia adalah sukar sama sekali."

Beliau mengakui menumpukan usaha semasa konsertnya, yang buatkannya rasa  ia "Bahagian yang terbaik" mengenai pekerjaannya.

"Apabila anda berjalan di pentas dan anda lencun dengan peluh dan anda letih dan kaki anda terluka ... rasanya anda benar-benar telah berusaha buat kerja. Ia baik untuk berasa letih selepas persembahan. Saya seperti 'Oh Tuhan saya, saya akhirnya melakukan sesuatu'. Saya benar-benar suka perasaan: Anda tahu tak? Saya telah sibuk. Saya berhak menonton dua jam TV pada akhir malam nanti. "

Satu lagi cabaran untuk mencapai tahap kejayaan seperti sekarang adalah jadual lawatan beliau. Walaupun Taylor akan berada di konsert jelajah sehingga musim cuti pada bulan Disember, dia kini mampu membuat persembahan di tempat-tempat yang lebih besar, yang bermakna kurang rehat dalam lawatan itu.

"Apabila saya bermula saya pergi jelajah selama tiga bulan dan saya telah hilang selama tiga bulan," jelasnya. "Sekarang hampir 10 tahun dalam saya mengucapkan terima kasih kepada Tuhan, kita boleh buat persembahan di tempat lebih besar jadi saya tidak perlu menyanyi banyak sangat tempat. Jika  menyanyi di stadium, saya akan melakukan dua atau tiga persembahan seminggu, bukan lima persembahan seminggu, maka saya dapat terbang pulang antara waktu itu. Ia bukan yang buruk. Ia bukan tugas yang keras. Ia nampak macam lebih sukar daripada yang sebenarnya. Saya terpaksa meninggalkan kucing di rumah apabila saya meninggalkan negara ini, itu merupakan bahagian yang paling sukar. "

sumber:at 40.com

Pilihan Berkaitan:

Tags:Berita Hiburan, Taylor Swift

Foto Romantik, Fahrin dan Izreen dilamun Cinta?

 Foto Romantik Fahrin Ahmad dan Izreen Azminda



Melihat foto di atas pasti para peminat mereka tertanya-tanya sama ada mereka ada hubungan istimewa. Namun Izreen yang berpasangan dengan Fahrin dalam drama terbaru Eksperimen Cinta ini menjelaskan yang sebenarnya mereka hanya berkawan saja.


Pilihan Berkaitan:

Tags:Foto Romantik, Fahrin dan Izreen, Berita Hiburan

Foto Perkahwinan Hanez Suraya dan Romie

Foto Perkahwinan Hanez Suraya dan Romie


Pelakon sensasi Hanez Suraya telah sah bergelar isteri kepada Romie Razin Adilha pada 14 Mac 2015 lalu. Berikut Gambar detik bahagia Hanez dan Romie...


Pilihan Berkaitan:



Tags:Gambar kahwin, foto kahwin, Hanez Suraya, Romie

Putus Dengan Tasha Shilla? Apa Komen Hans?

Tasha Shilla Sudah Putus Dengan Kekasih?

Kebelakangan ini heboh diperkatakan mengenai aktres Tasha Shilla, 28 sudah putus dengan kekasihnya, Hans Wong. Lebih hangat apabila penyanyi Kaka Azraff disebut menjadi punca keretakan hubungan mereka. Pun begitu Tasha Shilla mengesahkan yang hubungan mereka masih berjalan seperti biasa.
Yakah begitu?
Apapun apa pula kata pasangan Tasha Shilla,  Hans Wong mengenai desas-desus itu?

Kaka Azraf Punca Keretakan?

Berikut petikan jawapan daripada Hans Wong, 25 di Mstar:

"Seperti yang saya beritahu sebelum ini, biarlah Tasha yang beri kenyataan dan saya tidak ada komen lanjut mengenai kenyataan terbaharunya.

"Saya harap anda semua memahami dengan pendirian saya,"

Hans ketika ditanya mengenai hubungan dengan Kaka Azraff  juga enggan menyebut mengenai perkara itu.
Dia tidak memberitahu masalah sebenar yang menjadi punca sehingga timbulnya kekecohan tersebut.

"Saya minta maaf. Tiada komen,"

Pilihan Berkaitan:



Tags:Tasha Shilla, Hans Wong

Info Penting Konsert Taeyang World Tour di KL

Anda peminat K-Pop? Secara spesifiknya Taeyang, penyanyi kumpulan popular Big Bang. Jika ya, anda pasti tahu yang Taeyang akan adakan konsert World Tour di Malaysia buat kali pertamanya Februari ini. Berikut info mengenai konsert yang dijangka hebat ini yang perlu anda tahu...

Taeyang Berjaya Kuasai Jepun

Taeyang, ahli “Kings of K-Pop” BIGBANG, bakal mengadakan world tour pertama di Malaysia pada 7 Februari 2015 (Sabtu), 6:30 petang. di Stadium Negara Kuala Lumpur, dianjurkan oleh IME Productions.

Album solo Taeyang yang ke-2 [RISE] tahun ini telah menguasai carta muzik di seluruh dunia. Lagunya “EYES, NOSE, LIPS” telah pun mencatat kedudukan # 1 di Carta Karaoke Korea Gaon untuk 9 minggu berturut-turut, yang adalah yang paling lama bagi mana-mana artis. Tour solo pertamanya bermula pada 12 Ogos di Jepun, di mana beliau melawati 6 bandar-bandar dengan 13 konsert dan kira-kira 70,000 penonton menontonnya.Konsert ini berakhir dengan kejayaan yang luar biasa. Pada  Mama 2014, Taeyang memenangi Persembahan Vokal Lelaki Terbaik, Artist Lelaki Terbaik dan Lagu Terbaik Tahun Ini .

Bagaimana Mahu Beli Tiket Konsert Rise In Malaysia Taeyang?


IME Productions adalah penganjur utama 2015 Taeyang WORLD TOUR [RISE] DI MALAYSIA. Pelancaran tiket diadakan pada 7 Disember (Ahad) 2014 di Boulevard, Aras G, Paradigm Mall mulai pukul 11.00 pagi sehingga 4:00 petang. 1000 keping tiket pertama datang bersama-sama dengan poster gergasi edisi terhad yang hanya boleh diperolehi pada hari pelancaran tiket di Boulevard, Aras G, Paradigm Mall.

Jualan dalam talian akan bermula pada 7 Disember 2014 (Ahad) pada jam 4 petang melalui laman web TicketCharge (www.ticketcharge.com.my). Talian hotline tiket TicketCharge akan bermula pada 8 Disember 2014 (Isnin) jam 10:00 pagi, sila hubungi (603) 92228811 untuk membeli tiket anda.

Outlet jualan akan bermula pada 8 Disember 2014 (Isnin), sila kunjungi pejabat TicketCharge, kedai muzik Speedy, Rock Corner kedai muzik, pusat muzik Victoria, outlet Neway Karaoke dan Celcom outlet kiub biru.

Berapa Harga Tiket Taeyang World Tour Di Malaysia?


Tiket untuk 2015 Taeyang WORLD TOUR [RISE] DI MALAYSIA berharga:

• VIP RM599 (zon VIP / kerusi Nombor)
• RM499 (Rock zon)
• RM399 (Bilangan kerusi)
• RM299 (tempat duduk percuma)
• RM199 (tempat duduk percuma)

** 1000 pengunjung pertama datang dengan poster gergasi edisi terhad . HANYA untuk hari pelancaran tiket di Boulevard, Aras G, Paradigm Mall.

Taeyang Lancar Album Baru!


Taeyang akan melancarkan[RISE] World Tour edisi Malaysia untuk pengunjung VIP ini! 500 tiket pembeli pertama semasa pelancaran tiket atau talian layak untuk membeli edisi album pelancongan dunia (RM50 per CD), yang anda tidak boleh membelinya dari kedai muzik. Edisi terhad [RISE] album ini termasuk 3 trek bonus.

Senarai Lagu Taeyang [RISE] World Tour Edition:
1. Intro (Rise)
2. Eyes, Nose, Lips
3. 1AM
4. Stay with Me (featuring G-Dragon)
5. Body
6. Ringa Linga
7. This Ain’t It
8. Let Go
9. Love You to Death

Lagu Bonus:

10. Eyes, Nose, Lips (Live from 2014 YG Family Concert “POWER” in Seoul
11. Ringa Linga (Live from 2014 BIGBANG +a in Seoul)
12. Only Look At Me + Weeding Dress (Live from 2013 BIGBANG ALIVE GALAXY TOUR THE FINAL in Seoul)

Untuk maklumat lanjut, sila layari IME Productions rasmi Facebook (www.facebook.com/imepmy)

Pilihan Berkaitan:


  • Lirik Lagu Taeyang- Intro (Rise) lyrics
  • Lirik Lagu Taeyang - Eyes, Nose, Lips (눈, ì½”, ìž…; Nun Ko, Ip) lyrics
  • Lirik Lagu Taeyang -1 AM (새벽 한시; Saebyeok Hansi) lyrics
  • Lirik Lagu Taeyang -Stay With Me  lyrics
  • Senarai Semua Lirik Lagu Taeyang
  • Senarai Artis K-Pop Lirik Lagu A-Z
  • Senarai Lagu Terbaru Korea  2015





  • Tags: Info Konsert Taeyang di KL, Lirik Lagu, lyrics, mp3 download, youtube mp3, lagu lagu baru, lagu terbaru, video, free download mp3, Lagu melayu, lagu Inggeris

    Rihanna Bercinta Dengan Leonardo DiCaprio?

    Rihanna Dilihat Makin Kerap Bersama Leonardo DiCaprio



    Memang Hangat! Namun inilah gosip terbaru yang melanda dunia Hollywood. Aktor Filem Titanic, Leonardo DiCaprio dilaporkan nampak mesra dengan penyanyi yang popular dengan lagu Umbrella, Rihanna.

    Menurut sumber, Leonardo, 40 mula merapati Rihanna, 26, selepas dia putus cinta dengan model Jerman, Tony Garrn tahun lalu. Dia dikatakan kerap mengantar mesej kepada Rihanna.

    Walaupun dilaporkan semakin mesra namun hubungan berkenaan belum pada tahap lebih serius. Kedua-dua pasangan itu dilihat lebih senang menghabiskan masa bersama untuk bergembira. Pertama kali mereka bersama dalam sebuah pesta di Los Angeles pada Mei 2009 dan di satu festival pada 2011.

    Majalah Us Weekly turut melaporkan mereka banyak berdua-duaan dan Leornado jugaada berkunjung ke rumah Rihanna.

    Pada 14 Januari lalu mereka dilihat berbual selama dua jam di Sunset Marquis Hotel, West Hollywood sebelum keluar untuk berpesta. Apa pendapat anda? Adakah mereka pasangan yang secocok? Apa pula kesudahan kisah cinta mereka ini? Sama-sama kini tunggu dan lihat!

    Tags:Hiburan, Rihanna, Leonardo DiCaprio

    Tukar Jantina, Kim Kardashian Sokong Bapa Tiri

    Kim Kardashian Sokong Bapa Tiri


    Menjadi selebriti dan seorang anak bukanlah suatu tugas yang mudah. Terutama apabila menghadapi kontroversi yang melibatkan keluarga anda sendiri. Itulah yang terpaksa diharungi oleh Kim Kardashian baru-baru ini. URA-URA yang bertiup kencang menyatakan bapa tirinya mahu menukar jantina menyebabkan bintang realiti terkenal ini harus tampil  menyatakan pendirian.
    Dia walaubagaimana pun memilih untuk mempertahankan dan memberi sokongan kepada bapa tirinya Bruce Jenner yang merupakan seorang bekas atlet.

    Berikut adalah kata-kata Kim Kardashian yang dipetik E!Online:


    "Apa yang pasti dia sangat gembira dengan kehidupannya sekarang dan saya sebagai anak sentiasa menyokong dan mendoakannya," kata Kim.

    Jelas Kim lagi, sejak Bruce, 65, bercerai dengan ibunya Kris Jenner, bapa tirinya itu kelihatan gembira dan dia akan sentiasa menyokong apa juga keputusan yang hendak dibuat orang tuanya itu.

    Spekulasi mengenai perkara itu timbul apabila penampilan fizikal Bruce dilihat berbeza sehingga menimbulkan tanda tanya peminat. Dada Bruce dilihat besar dan dia mengenakan baju dalam wanita.
    Dia juga menyimpan rambut panjang dan menipiskan keningnya serta mula mewarnakan kukunya selain dia mengenakan baju dalam wanita.

    Tags: Kim Kardashian, berita hiburan, hollywood

    Senarai Penuh Keputusan AJL 29

     Senarai Penuh Keputusan Pemenang Anugerah Juara Lagu  AJL 29, 18 Januari 2015




    Tempat Pertama: Lagu Apa Khabar
    Ciptaan: SonaOne dan JoeFlizzow
    Artis:Joe Flizzow dan SonaOne
    Hadiah: Wang tunai RM50,000 dan trofi.



    Tempat Kedua:Masih Aku Cinta
    Ciptaan: Shila Amzah
    Artis:Shila Amzah
    Hadiah: Wang tunai RM35,000 dan trofi.


    Tempat Ketiga: Di Pintu Syurga
    Ciptaan: Tam Spider/ Imran Iman
    Artis:Dayang Nurfaizah.
    Hadiah: Wang tunai RM20,000 dan trofi.


    Vokal Terbaik : Dayang Nurfaizah
    Hadiah: Wang tunai RM12,000 berserta trofi.


    Persembahan Terbaik:  Mojo & KUMPULAN Caliph Buskers (Romancinta)
    Hadiah: wang tunai RM12,000 dan trofi.


    HOS:AG HotFM dan Scha Alyahya
    Tema: Gema Dalam Muzik
    Persembahan Jemputan:  Headwind, Tomok, Roni Hyperact dan peserta Mentor musim baru.

    Nota: Anugerah Juara Lagu Ke-29 dipancarkan secara langsung di TV3 oleh Pamoga dan Qu Puteh sebagai penaja utama dan Nu Sentral selaku penaja bersama.


    Tags:Senarai Penuh Keputusan AJL 29, Lirik Lagu, lyrics, mp3 download, youtube mp3, lagu lagu baru, lagu terbaru, video, free download mp3, Lagu melayu, lagu Inggeris

    Senarai Penuh Google Trends Malaysia 2014

    Berikut Senarai Penuh Google Trends Malaysia 2014 Mengikut Kategori

     

    Kata Kunci Paling Dicari

    1.MH370
    2.World Cup 2014
    3.MH17
    4.Astro Awani
    5.Perodua Axia

    People (Orang)

    1Karpal Singh
    2Robin Williams
    3Jennifer Lawrence
    4Felixia Yeap
    5Hanez Suraya

    Mobile Searches (Carian Mudah Alih)

    1.World Cup 2014
    2.MH370
    3.MH17
    4.iPhone 6
    5.Dorothy Hodgkin

     

    Car Models (Model Kereta)

    1.Perodua Axia
    2.Proton Iriz
    3.Honda City
    4.Honda Jazz
    5.Proton Zaara

    Malaysian Celebs (Selebriti Malaysia)

    1.Felixia Yeap
    2.Hanez Suraya
    3.Keith Foo
    4.Sharifah Aini
    5.Erra Fazira

    Malaysian Movies (Filem Malaysia)

    1.The Journey
    2.Abang Long Fadil
    3.Balistik
    4.Pengantin Malam
    5.Kami Histeria

    Movies (Filem)

    1.Annabelle
    2.Frozen
    3.Interstellar
    4.Maleficent
    5.Godzilla

    News Sites (Laman Berita)

    1.Malaysiakini
    2.Berita Harian
    3.Kosmo
    4.Sinar Harian
    5.Harian Metro

    Online Shopping Sites (Laman Membeli-belah)

    1.Lazada
    2.Mudah
    3.Lelong
    4.Groupon
    5.Zalora

    Sports Personalities (Personaliti Sukan)

    1.Michael Schumacher
    2.Juan Mata
    3.James Rodriguez
    4.Luis Suarez
    5.Angel Di Maria

     

    TV Series (Siri TV)

    1.Rindu Awak 200%
    2.Ariana Rose
    3.Projek Memikat Suami
    4.使徒 行者 (Line Walker)
    5.Temptation of Wife

    World Cup Matches (Lwn Piala Dunia)

    1.Brazil vs Germany
    2.Germany vs Argentina
    3.Brazil vs Colombia
    4.Brazil vs Chile
    5.Argentina vs Belgium


    Pilihan Berkaitan:


  • Semasa: Apa Paling Banyak Dicari Di Google 2014?
  • Hiburan: Felixia Yeap, Keith Foo Hangat Di Google Trends 2014..
  • Piala AFF: Khairy Minta Rakyat Malaysia Sokong Harimau Kita!


  • Tags:Senarai Penuh Google Trends Malaysia 2014

    Felixia Yeap, Keith Foo Popular Di Google Malaysia 2014

    Model Seksi Peluk Islam

    Felixia Yeap, model seksi yang kini bertudung litup mendapat carian paling tinggi di Google Malaysia sepanjang 2014. Tranformasi mengejut yang dilakukan oleh duta produk busana muslimah dan tudung ini ternyata menarik perhatian rakyat Malaysia. Dia dilaporkan telah memeluk agama Islam dengan melafazkan kalimah syahadah pada 3 Julai lalu. Sementara tempat kedua selebriti banyak dicari pada tahun 2014 diduduki pelakon Hanez Suraya yang dikatakan menjalinkan cinta dengan  suami orang. Tempat ke-3 diduduki aktor Keith Foo yang popular dengan siri Ariana Rose.

    Berikut Senarai Penuh Google Trends 2014 : Malaysian Celebs

    10 Selebriti Malaysia Paling Dicari)

    1.Felixia Yeap

    2.Hanez Suraya

    3.Keith Foo

    4.Sharifah Aini

    5.Erra Fazira

    6.Eina Azman

    7.Wak Doyok

    8.Puteri Sarah Liyana

    9.Tasha Shila

    10.Joyce Chu

    Pilihan Berkaitan:


    Tags:Google Trend 2014, Felixia Yeap, Hanez Suraya Lirik Lagu, lyrics, mp3 download, youtube mp3, lagu lagu baru, lagu terbaru, video, free download mp3, Lagu melayu, lagu Inggeris

    Hiburan: Kenapa Justin Bieber Tukar Imej?

    Justin Bieber Mahu Kembali Kepada Selena Gomez?



     Justin Bieber baru-baru muncul dengan imej terbaru berambut blond. Tapi sebab apa? Ada ura-ura mengatakan kerana Justin Bieber mahu menarik perhatian Selena Gomez semula. Betul ke?
    Namun kepada peminat pasangan hot ini jangan teruja dulu, ada sumber lain berkata dia cuma meniru gaya rambut kekasih baharunya iaitu seorang model Hailey Baldwin.

    Tags: Justin bieber, foto justin bieber,

    Ahmad Dhani Sambar Dafi

    Dafi Jadi Artis Syarikat  Ahmad Dhani


    Kini sah Dafi sudah jadi artis syarikat bawah naungan  penyanyi Indonesia yang terkenal, Ahmad Dhani. Syarikat Laugh Out Loud yang berpengkalan di Jakarta ini mengikat Dafi selama setahun. Berikut untaian kata-kata penyanyi lagu Bila Terasa Rindu ini.

    "Saya gembira dan bersyukur kerana apa yang diimpikan selama ini akhirnya menjadi kenyataan. Selepas lapan tahun bergelar artis ia menjadi saat bermakna dalam hidup saya.

    "Perbincangan bersama Ahmad Dhani sudah berlaku dua tahun lalu tetapi tiada lanjutan selepas itu. Saya ingat dia sudah tak berminat tetapi tanpa disangka awal tahun ini, dia menghubungi saya untuk kerjasama ini.

    "Saya tidak sabar untuk memulakan kerjasama ini secepat mungkin. Insya-Allah Januari depan," 

     Pilihan Berkaitan:


    Tags:berita hiburan, Lirik Lagu, lyrics, mp3 download, youtube mp3, lagu lagu baru, lagu terbaru, video, free download mp3, Lagu melayu, lagu Inggeris

    Keputusan PENUH Anugerah MAMA 2014

    Senarai PENUH MAMA 2014:

    List Of Mnet Asian Music Awards Winners (2014)

     

    2PM
    Best Music Video • Go Crazy!

    Soyou
    Best Collaboration Performance • Some

    Junggigo
    Best Collaboration Performance • Some

    Ailee
    Best Vocal Performance - Female • Singing Got Better

    Girl's Day
    Best Dance Performance - Female Group • Something

    Exo
    Artist of the Year

    Taeyang
     Mnet Asian Music Award for Best Male Artist

    Infinite
     Best Dance Performance - Male Group • Last Romeo

    CNBLUE
    Best Band Performance • Can't Stop

    IU
    Best Female Artist

    Sunmi
    Best Dance Performance - Solo • Full Moon

    Epik High
    Best Rap Performance • Happen Ending

    Jung Joon-young
    Style in Music Award

    Lyn
    Best OST • My Destiny

    Winner
    Mnet Asian Music Award for Best New Artist

    Sistar
    Best Female Group

    Tags:Keputusan PENUH Anugerah MAMA 2014, Lirik Lagu, lyrics, mp3 download, youtube mp3, lagu lagu baru, lagu terbaru, video, free download mp3, Lagu melayu, lagu Inggeris

    Pop Krew Tiru The Band?

    Pop Krew Sama Dengan The Band?

    Pop Krew adalah sebuah program pencarian bakat menyanyi dan menari secara berkumpulan, namun ia berbeza berbanding The Band yang disiarkan di Astro di mana ia hanya melibatkan remaja yang berumur di antara 15 hingga 19 tahun sahaja.

    Peserta akan diadili sepenuhnya oleh juri, Edry Abdul Halim dan Altimet.

    Pop Krew yang dihoskan oleh Deen (Hot FM) dan Nana Mahazan dan  mula bersiaran pada 14 November ini setiap Sabtu pukul, 8.30 malam di TV9.


     Pilihan Berkaitan:


    Tags:Keputusan Pop Krew, TV9, Pop Krew, Peserta Pop Krew, Stacy, Tomok, Edry, Lagu baru Pop Krew, Pemenang Pop Krew, Peserta Pop Krew,Lirik Lagu, lyrics, mp3 download, youtube mp3, lagu lagu baru, lagu terbaru, video, free download mp3, Lagu melayu, lagu Inggeris

    Foto Fesyen Hot Selena Gomez Di American Music Awards 2014

     Foto Selena Gomez


    Classy... Selena nampak anggun dalam busana hitam ini.

    Pilihan Berkaitan:

     Pilihan Ekstra:

    Tags:Foto Fesyen Hot Selena Gomez Di American Music Awards 2014, Lirik Lagu, lyrics, mp3 download, youtube mp3, lagu lagu baru, lagu terbaru, video, free download mp3, Lagu melayu, lagu Inggeris

    Foto Fesyen Hot Taylor Swift Di American Music Awards 2014

     Foto Taylor Swift


    Pilihan Berkaitan:

    Pilihan Ekstra: Tags:Foto Fesyen Hot Taylor Swift Di American Music Awards 2014, Lirik Lagu, lyrics, mp3 download, youtube mp3, lagu lagu baru, lagu terbaru, video, free download mp3, Lagu melayu, lagu Inggeris

    Foto Fesyen Hot Fergie Di American Music Awards 2014

    Foto Hot Fergie 

     



    Pilihan Berkaitan:

     Pilihan Ekstra:

      Tags:Foto Hot Fergie, Fesyen Foto Hot Fergie Di American Music Awards 2014Lirik Lagu, lyrics, mp3 download, youtube mp3, lagu lagu baru, lagu terbaru, video, free download mp3, Lagu melayu, lagu Inggeris

      Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







      Arkib