Kongsi post anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







Konsert Dato' Siti Nurhaliza Live KLCC

Apa Istimewanya Konsert 'Where The Heart Is. "Dato' Siti Nurhaliza?

Penyanyi tersohor negara Siti Nurhaliza akan mengadakan konsert amal "Dato Siti Nurhaliza Live in KLCC – Where The Heart Is". Dalam satu majlis sidang media yang berlangsung pada jam 3 petang di pejabat Simply Siti yang terletak di Tingkat 5, Menara Atlan, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, penyanyi ini menyatakan ia akan diadakan pada 7 dan 8 Februari 2014 di Planery Hall, Kuala Lumpur Convention Centre jam 8 malam.

Penganjur utama konsert ini ialah Yayasan Nurjiwa dengan kolaborasi padu bersama Siti Nurhaliza Production dan juga Simply Siti Sdn Bhd. Konsert ini adalah sebuah konsert amal yang sangat ekslusif sebagai pembuka tirai tahun 2014.

Tempoh masa konsert ini berlansung adalah selama 2 jam. Dato Siti Nurhaliza bakal menghiburkan peminat peminat dengan lagu lagu popular beliau, secara solo. Semua hasil jualan tiket konsert yang bakal disalurkan kepada badan kebajikan Yayasan Nurjiwa.

Dato Siti Nurhaliza akan mendendangkan dengan lebih 14 buah lagu hitsnya. Persembahan beliau akan diselangi sesi ramah mesra bersama para peminat dengan lebih dekat.

Berikut komen Dato' Siti mengenai konsert ini:


“Konsert kali ini memang sangat istimewa. Selain ada beberapa kejutan, Siti akan ambil peluang untuk mendekati peminat. Orang kata, konsepnya nanti lebih santai dan intim bersama para peminat. Tambah istimewa, saya memilih tema warna putih pada konsert kali ini yang melambangkan kesucian dan ketulusan.

“Aubrey Suwito bertindak sebagai pengarah muzik dan beliau akan cuba menampilkan konsep mini orkestra pada dua malam persembahan itu nanti.

“Disamping saya hiburkan mereka dengan lagu-lagu bahasa Melayu dan Inggeris, saya buka peluang kepada peminat yang ingin bertanyakan apa saja pada saya. Mereka boleh tanyakan apa saja yang mereka ingin tahu tentang saya, semasa sesi interaksi nanti. Selain itu saya juga merancang untuk menampilkan penyanyi undangan yang cukup istimewa tapi buat masa ini saya belum boleh beritahu siapa penyanyi tersebut.

Matlamat konsert ini adalah bagi mengumpul sebanyak RM1 juta bagi membantu golongan memerlukan.

Saya sangat berharap peminat akan hadir dan sama-sama menghulurkan bantuan dengan membeli tiket supaya dapat kita sama-sama membuat amal.”


“Pengalaman membantu mangsa banjir di Kuantan, Pahang baru-baru ini memberi semangat kepada saya dan suami untuk bergerak lebih aktif membantu golongan yang dalam kesusahan. Justeru, kami ada merancang beberapa projek besar sepanjang tahun ini dan menyasarkan kutipan dana sebanyak RM4 juta bagi membolehkan pelbagai bantuan diberikan kepada golongan memerlukan.”

Maklumat Tiket


Tiket adalah terhad dan boleh didapati pada harga RM800, RM 518, RM388, RM238, RM118, RM88 dan boleh didapati secara online melalui www.redtix.airasia.com bermula 13 Januari 2014.

Untuk pembelian secara koporat, anda boleh hubungi Cinta Shafiyana dari SimplySiti di talian 03-21638383.

Selain itu, ada tawaran istimewa di mana 100 pembeli yang pertama yang membeli barangan SimplySiti berjumlah RM150 keatas di www.Simplysiti.com.my sebelum 1 Febuari 2014, akan mendapat tiket percuma untuk ke Dato Siti Nurhaliza Live in KLCC – Where The Heart Is.

Pilihan Berkaitan:



Tags:Konsert Amal Dato' Siti Nurhaliza Live KLCC, Tiket Konsert Dato' Siti 2014, Lirik Lagu, lyrics, mp3 download, youtube mp3, lagu lagu baru, lagu terbaru, video, free download mp3, Lagu melayu, lagu Inggeris

No comments:

Post a Comment

Komen di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari Lirik Ikut Abjad Nama Artis (KLIK SINI)

*A * B * C * D * E * F * G * H * I * J * K * L * M * N * O * P * Q * R * S * T * U * V * W * X * Y * Z * #