Percaya Mampu Jinakkan Vietnam
Berikut adalah laungan Safiq Rahim, kapten pasukan Malaysia yang baru menggantikan Syukur Adan mengenai pasukan lawan, Vietnam.“Jika hendak dibandingkan, saya rasa skuad mereka pada 2010 lebih kuat daripada pasukan yang kami akan tentang esok (hari ini).
“Bagaimanapun, itu bukan bermakna kami semua boleh beraksi sambil lewa sebaliknya kami perlu berada di tahap terbaik jika mengimpikan kemenangan selesa ke atas Vietnam atau mengulangi kemenangan 2-0 seperti dulu,”
Berikut komen jurulatih Dollah Salleh mengenai perlawanan separuh akhir Piala AFF ini.
“Dua ke tiga malam ini saya selalu meluangkan masa bersama kawan-kawan bagi mendapatkan ketenangan dan dalam masa sama turut memikirkan strategi terbaik menyekat pihak lawan.
“Untuk mengatakan saya terlalu tertekan tidak juga, tekanan bukanlah satu masalah besar. Cuma saya mahu berasa lebih tenang menjelang perlawanan dengan Vietnam nanti.
“Hari ini, secara keseluruhan, saya dan pemain-pemain telah bersedia untuk menghadapi Vietnam. Segala percaturan taktikal serta siapa dalam kesebelasan utama sudah ada dalam kepala,” katanya.
Tags:Piala AFF, Malaysia lawan Vietnam,
No comments:
Post a Comment
Komen di sini