Lagu best, Download Lagu, Lagu Baru 2026, OST Drama MELAYU, lagu terbaik, tonton drama melayu online, drama terbaru, drama melayu tv3, drama melayu best, lagu malaysia, lagu inggeris, lagu korea,
OST, Lagu Tema, Sinopsis Filem Istanbul Aku Datang
Sinopsis: Filem Istanbul Aku Datang Mengisahkan perjalanan mencabar seorang gadis dalam mengejar cinta hatinya.
Semuanya bermula apabila Dian lakonan Lisa Surihani, memutuskan yang dia sanggup terbang ke Istanbul semata-mata mahu berada dekat kepada kekasih hatinya, Farouk lakonan Tomok. Dian mahu menemui Tomok yang merupakan pelajar jurusan kedoktoran di universiti di sana.
Dalam diam-diam, niat Dian sebenarnya yang juga seorang penulis blog ini berharap Farouk mengambil keputusan untuk berkahwin dengannya setelah melihat kesungguhannya.
Namun apa yang diharapkan tidak semudah disangka.
Dian menghadapi pelbagai pengalaman baru dan mendebarkan yang akhirnya menemukannya pula dengan seorang lagi lelaki juga pelukis, Harris lakonan Beto.
Pertemuan mereka yang awalnya memberikan ketegangan dan konflik bagaimanapun akhirnya memberikan satu keserasian. Dian kini terperangkap antara cinta kekasihnya, Farouk dan Harris .
Dian keliru . Siapa agaknya yang lebih Dian cinta? Siapa dia pilih? Farouk atau Harris?
Nak tahu kesudahan? Tontonlah Filem Istanbul Aku Datang sekarang! (klik sini) Pelakon:
Lisa Surihani
Tomok
Beto Kusyairi
Aizat Amdan
Genre:
Komedi Romantik
Promo:
OST/Lagu Tema:
Tags:OST, Lagu Tema, Sinopsis Filem Istanbul Aku Datang