Lagu best, Download Lagu, Lagu Baru 2026, OST Drama MELAYU, lagu terbaik, tonton drama melayu online, drama terbaru, drama melayu tv3, drama melayu best, lagu malaysia, lagu inggeris, lagu korea,
Tonton Online Filem Istanbul Aku Datang -Bahagian 1
Ifasdfkjfawr_1 malaymoviesfull.netby kerjamudah
Tags:Tonton Online Filem Istanbul Aku Datang , Lisa Surihani, Lisasurihani, Tonton Filem Melayu Online Free, Tonton Filem Terbaru, Tomok
Tonton Filem Hoore! Hoore! (Full Movie) + sinopsis
Tonton Filem Hoore! Hoore! (Full Movie) + sinopsis
Sinopsis:Filem ini mengisahkan seorang wanita Nurul Aiman(Farah Nazirah) yg mempunyai tubuh yang agak gempal dan tidak terlalu cantik, lurus bendul tapi berhati baik. Namun begitu, ciri-ciri kewanitaan tetap ada seperti gadis-gadis yang lain. Aiman mempunyai 2 orang sahabat baik Lana dan Azadan, mereka adalah rakan sekampung dan satu sekolah. Hubungan mereka erat dan mesra. Ibunya bernama Lia(Adibah Noor), dan ayahnya bernama Hairil (Harun Salim Bachik) .Nenek Aiman bernama Nenda Zaimah(Fauziah Nawawi) dan tinggal bersama mereka. Di sekolah Aiman mempunyai seorang kawan bernama Johari (Akim AF7), seorang yang tampan dan segak. Dalam diam Johari menyukai Aiman. Dalam pada itu, Lana dan seorang rakan sekolah yang lawa dan popular bernama Rita juga sangat meminati Johari. Rita seorang gadis yang ego dan sentiasa cari pasal dengan Aiman. Ayah Johari pula ialah seorang Ustaz iaitu Cikgu Murshid. Pada masa yang sama, Aiman tergerak untuk menyertai pertandingan Ratu Impian yang di anjurkan oleh sebuah majalah. Rita juga menyertai pertandingan itu. Mengetahui yang Aiman juga menyertai pertandingan itu, Pelbagai rintangan yang dihadapi oleh Aiman bukan saja dari musuh ketatnya Rita tetapi masyarakat memandang serong akan niatnya itu.
Pelakon:Beto Kusyairi sbg Mojo (Pelakon Utama),Dira Abu Zahar,Lana Nordin,Yasmin Hani
Penerbit: Tengku Iestarabie Putra bin Tengku Alaudin(Penerbit Eksekutif)
Sinopsis:
Sekumpulan remaja yang terbiar dan liar harus mengharungi kehidupan yang hitam di Chow Kit. Tetapi apabila Tika dirogol, mereka perlu bersatu padu bagi mencari keadilan dan jalan penyelesaian atau banyak lagi nyawa yang akan terkorban.
Sementara itu, seorang ahli bekas kumpulan Chow Kit yang baru di bebaskan dari hukuman penjara berazam untuk memulakan kehidupan yang baru tetapi terjebak kepada kehidupan silam apabila dia bersetuju untuk menjalankan satu tugasan terakhir.Tetapi apabila tugasan tersebut menjadi huru-hara, dia mesti memilih antara kebebasan atau meringkuk di dalam penjara semula.
Sinopsis:
Filem ini mengisahkan tentang harapan seorang gadis bernama Mia yang kehilangan tunangnya Ilhan dalam kemalangan jalanraya. Untuk mengubat kerinduan pada arwah tunangnya, Mia mencipta sebuah lagu yang didedikasikan untuk Ilhan. Kemudiannya, Mia pula mengalami kemalangan dan koma selama 2 minggu. Mia kehilangan lagu yang diciptanya untuk Ilhan dalam kemalangan tersebut. Pulih dari koma, Mia cuba untuk mendapatkan ingatannya kembali kepada nota lagu yang diciptakan untuk Ilhan. Namun Mia gagal berbuat demikian. Mia kembali ke tempat di mana dia mengalami kemalangan dengan harapan dia dapat mengingati kembali nota lagu tersebut. Di sana dia terjumpa Izlan seorang pemuzik jalanan yang bermain muzik di kawasan tersebut. Izlan memainkan lagu kegemaraan Ilhan. Melalui pertemuan itu, Mia dan Izlan kemudiannya menjadi semakin rapat. Di situ bermulalah konfiik dalam hidup Mia. Ingatan dan cintanya masih kuat pada tunangnya. Adakan Izlan cinta baru Mia? Mampukah Mia mencipta kembali lagu untuk Ilhan?