Sinopsis Tiga Janji (3 Janji) Slot DramaLestary TV3
3 Janji merupakan drama terbaru menggantikan drama Vanila Coklat yang menjadi sangat disukai ramai sebelum ini. Waktu siaran Drama 3 Janji arahan Heykal Hanifah ini bermula pada 20 Mac 2012 setiap Selasa jam 9 malam.
PELAKON DRAMA 3 JANJI
Liyana Jasmay (Dahlia)
Shahrizal Jaszle (Khursy)
Shah Iskandar
Ana Dahlia
Idzham Ismail
Hanez Suraya
Ungku Ismail
Roy Azman
Rosnah Johari
Zara Zya.
Drama 3 Janji mengisahkan seorang gadis bernama Dahlia yang berkawan rapat dengan Khursyi sejak kecil. Mereka saling sayang-menyayangi antara satu sama lain. Malangnya Khursyi meninggal dunia akibat kemalangan
Dahlia redha dengan pemergian kawan rapatnya, Khursyi dan dia memegang 3 JANJI yang dilafazkan oleh Khursyi kepadanya, iaitu mencari teman hidup yang boleh menjadi teman terbaik, mencari kekasih terbaik buatnya, dan mencari suami terbaik.\ Kini , Kamil dan Yassin muncul dalam hidup Dahlia, apakah kemunculan Kamil dan Yassin dapat menggantikan tempat Khursyi dalam hati Dalia serta menepati 3 JANJI yang pernah diungkapkan oleh Khursyi?.
Sama-sama kita saksikan drama 3 Janji yang akan ditayangkan di slot Lestary, tv3 mulai 20 Mac 2012.
Tags: Sinopsis Tiga Janji (3 Janji) Slot Drama Lestary TV3, sinopsis 3 janji, jalan cerita tiga janji