Senarai LAGU RAYA Terbaru + POPULAR 2024



                                                            Apa itu Meja Bulat 1Malaysia?

                                                            Sertai Meja Bulat 1Malaysia


                                                            KUALA LUMPUR 11 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengajak rakyat menyertai perbincangan dalam talian ‘Meja Bulat 1Malaysia’ yang akan bermula Isnin ini.

                                                            Menurut beliau, perbincangan itu diwujudkan bagi membolehkan semua rakyat tanpa mengira kedudukan geografi, profesion dan usia mengemukakan komen, cadangan atau idea yang konstruktif demi meningkatkan tahap kehidupan mereka.

                                                            Jelas beliau, perbincangan itu akan melibatkan beberapa tokoh yang disegani terdiri daripada pakar-pakar bidang (SMEX) termasuk mereka yang berpangkalan di luar negara bertindak sebagai perantara.

                                                            “Saya percaya anda mengunjungi laman web saya, membaca blog dan status yang saya siarkan di Facebook dan Twitter serta mendaftar untuk menyertai acara bersama-sama dengan saya kerana anda berminat untuk meningkatkan ruang interaksi berhubung pelbagai isu yang melibatkan kita semua umpamanya 1Malaysia.

                                                            “Saya menghargai pandangan dan buah fikiran anda untuk merealisasikan transformasi negara. Meskipun blog saya ini menyediakan banyak ruang untuk kita berinteraksi, namun ruang terlalu luas bagi kita semua untuk membahaskan sesuatu isu.

                                                            “Sehubungan itu, untuk memastikan satu perbincangan yang lebih fokus, persekitaran yang sesuai dilengkapi dengan sumber dan pakar perlu disediakan,” katanya dalam entri bertajuk ‘Sertailah Meja Bulat Online (Roundtable) 1Malaysia’ di blognya, http://www.1malaysia.com.my.

                                                            Perdana Menteri berkata, perbincangan itu sebagai memperbaharui konsep yang telah lama digunakan oleh pelbagai masyarakat untuk membincangkan isu-isu secara berhemah dengan hak setiap orang untuk bersuara dipatuhi dan setiap input yang diberikan dihargai.

                                                            Sempena pelancaran ‘Meja Bulat 1Malaysia’ Isnin ini, Najib berkata, topik pertama yang dipilih ialah ‘Memupuk Gaya Hidup Sihat di Peringkat Sekolah’ yang akan dikendalikan bekas pemain bola sepak negara, Serbegeth Singh.

                                                            Pada bulan depan katanya, beliau berhasrat mengetuai perbincangan meja bulat itu bagi mendapatkan pemikiran rakyat untuk Bajet 2012 sebagaimana yang dilaksanakan dalam penyediaan dua belanjawan lalu menerusi blog 1Malaysia.

                                                            Antara SMEX yang dijemput menyertai perbincangan meja bulat itu ialah tokoh korporat, Tan Sri Tony Fernandes; pakar bidang kreativiti, Tan Sri Lim Kok Wing; jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk K. Rajagobal serta beberapa selebriti, pemuzik dan jaguh sukan negara.

                                                            “SMEX ini begitu komited untuk menyampaikan beberapa isu, berkongsi masa dan pengalaman mereka untuk membantu anda menyusun idea seterusnya menyampaikan sorotan-sorotan utama perbincangan anda kepada saya untuk didalami atau dipertimbangkan untuk pelaksanaan.

                                                            “Antara bidang-bidang yang akan dibincangkan termasuk ekonomi, perpaduan nasional, kesihatan, penyertaan belia dan sukan,” katanya.

                                                            sumber:utusan

                                                            No comments:

                                                            Post a Comment

                                                            Komen di sini

                                                            Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







                                                            Arkib