Senarai LAGU RAYA Terbaru + POPULAR 2024



                                                            Sinopsis & Trailer Filem My Name Is Khan

                                                            Trailer My Name Is Khan


                                                            Sinopsis:
                                                            Awal filem ini menceritakan tentang kehidupan Rizwan Khan yang dilakonkan oleh Shahrukh Khan yang di tangkap atas dasar tuduhan tindak prilaku yang mencurigakan namun pada kenyataannya khan ini menghidap Sindrom Asperger. Dalam perjalanan hidup khan, dia bertemu dengan seorang wanita cantik beragama hindu yang dilakonkan oleh kajol dan akhirnya jatuh cinta kepada wanita itu
                                                            Filem arahan Karan Johar, pengarah tersohor ini amat dinanti-nantikan peminat Datuk Shah Rukh Khan setelah sekian lama menyepi. Filem epik romantis ini pastinya akan mengembalikan nostalgia lama apabila Shah Rukh akan bergandingan dengan Kajol, salah satu heroin yang kerap digandingkannya semasa zaman kegemilangan filem Bollywood.


                                                            Seperti biasa, filem lakonan Shah Rukh pastinya akan menyelitkan irama merdu yang mengalun perasaan. Sehubungan dengan itu, Sony Music Entertainment mengeluarkan album runut bunyi filem ini yang mula berada di pasaran pada 12 Januari 2010. Shankar - Ehsaan - Loy, gabungan trio termasyhur telah menghasilkan lima buah lagu baru yang dicipta khas untuk filem ini.

                                                            Album ini turut menampilkan tiga vokalis terhebat India, Rahat Fateh Ali Khan, Shafqat Amanat Ali dan Adnan Sami bersama alunan muzik menyentuh perasaan.

                                                            Bonus untuk penggemar filem arahan Karan Johar, album ini memuatkan empat buah lagu daripada filem Kuch Kuch Hota Hai, Suraj Hua Maddham, Kal Ho Naa Ho dan Kabhi Alvida Naa Kehna.

                                                            Sinopsis & Trailer Filem My Name Is Khan

                                                            No comments:

                                                            Post a Comment

                                                            Komen di sini

                                                            Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







                                                            Arkib