Berita Noh Hujan Dan Mizz Nina bertunang.

Rahsia Percintaan.
Walaupun tidak diakui secara terang-terangan namun berita percintaan penyanyi yang popular dengan lagu What You Waiting For, Mizz Nina dan vokalis kumpulan Hujan, Noh, memang sudah hangat diperbualkan oleh peminat mereka. Jelas mereka  ingin merahsiakan hubungan cinta mereka. Mungkin ia atas kemahuan keluarga mereka atau pun masing-masing ataupun kerana kerjaya seni yang mahu lebih diutamakan. Namun terpulang kepada mereka kerana ia hal peribadi mereka.
Namun begitu dengar khabarnya Noh & Nina sudah bersedia untuk berdepan dengan pihak media bagi menceritakan perkara sebenar. Menurut sumber daripada akhbar tempatan,  pada 16 November ini, jam 11 pagi bertempat di Restoran Seri Melayu, mereka berdua akan mengadakan majlis sidang media yang penting itu. Majlis ini diadakan bagi mengesahkan percintaan mereka. Tetapi yang lebih menarik dan dinantikan oleh peminat artis ini ialah berita mengenai majlis pertunangan.  Sumber yang rapat dengan Noh & Nina berkata, pada majlis itu, kedua-dua artis itu akan sedia menjawab semua persoalan berhubung diri mereka selama ini.  Sama ada mereka akan mengumumkan sudah bertunang atau baru hendak bertunang. Kita tunggu saja nanti.

Tags: Berita Noh Bertunang dengan Mizz  Nina, Pertunangan Noh Hujan.

No comments:

Post a Comment

Komen di sini

Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







Arkib