Sinopsis Seribu Kali Cinta| Drama Seribu Kali Cinta

Sinopsis Seribu Kali Cinta| Drama Seribu Kali Cinta

SUKA Drama Seribu Kali Cinta? SIMPAN DI TWITTER, FACEBOOK ATAU AKAUN ANDA YANG LAIN. HANYA PILIH DI BAWAH INI:
Bookmark and Share
Sinopsis Seribu Kali Cinta:




   
Mengisahkan Nizam (Kamal Adli), seorang pemuda yang tidak menganggap percintaan sesuatu yang serius. Dia seorang kaki perempuan dan mempunyai ramai teman wanita tetapi masih belum dapat menentukan mana satu calon isterinya. Orang tuanya mendesak mahu dia berkahwin dengan Huda (Marsha). Disebabkan itu Nizam telah membawa diri ke Pulau Aman. Di sana, dia telah terjatuh cinta dengan Miasara (Intan Ladyana) seorang gadis yan peramah dan mesra melayan kanak-kanak.

Nizam diuji dengan pelbagai dugaan kerana Miasara mengalami sindrom Amnesia. Apa yang dilakukan pada hari ini, akan dilupakan pada keesokkan harinya. Justeru, Nizam hanyalah seorang yang tidak dikenali bagi Miasara apabila menjelang pagi esok. Mungkin itu adalah balasan bagi Nizam yang selalu mempermainkan perasaan cinta pada masa lalu.

Nizam bertekad untuk mencintai Miasara dengan sepenuh hati walaupun dia perlu melafazkan seribu kali cinta kepada gadia idamannya. Dalam usaha memulihkan ingatan Miasara, Nizam merakamkan aktiviti bersama Miasara. Miasara terharu dengan kesabaran Nizam namun keadaan Miasara masih tetap sama.

Ayah Nizam, Encik Hisyam mendesak Nizam supaya pulang ke Kuala Lumpur bagi menguruskan syarikat. Dia menganggap Nizam masih belum cukup matang dalam menentukan hidup sendiri. Ibubapa Miasara juga tidak yakin dengan hubungan Nizam dan Miasara lalu menasihati Nizam supaya melupakan hasratnya yang ingin memperisterikan Miasara. Namun. Nizam tidak sanggup meninggalkan Miasara. Dia yakin naluri hatinya betul. Dia amat menyayangi Miasara.

Mampukah Nizam memikul tanggungjawab sebagai seorang suami yang perlu melayani kerenah isteri yang mudah lupa apabila terjaga keesokan hari? Setiap hari Nizam perlu mengulangi perbuatannya bagi memenangi hati Miasara. Impiannya hanya satu, mahu melnatap senyuman manis dan sapaan pada setiap pagi dan bukannya reaksi takut, binggung dan kalam kabut.


Tags: Sinopsis Seribu kali Cinta, Drama seribu kali cinta, OST seribu kali cinta, Lagu tema seribu kali cinta, kesudahan seribu kali cinta

No comments:

Post a Comment

Komen di sini

Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







Arkib