PLEASE WATCH THIS ! Thank You.

Biodata Dirk Kuyt (Pemain Liverpool & Belanda)


Biodata Dirk Kuyt :

Nama penuh: Dirk Kuyt
Tarikh Lahir: 22 July 1980
Tempat lahir: Katwijk aan Zee, Belanda
Tinggi: 1.83 m (6 ft 0 in)[1]
Posisi: Sayap/ Penyerang (Winger / Striker)

Maklumat Kelab Disertai:

Kelab Terkini: Liverpool
Nombor Jersi: 18

Karier Profesional:

1998–2003 Utrecht
2003–2006 Feyenoord
2006– Liverpool

Pasukan Kebangsaan Belanda:
2004– Netherlands


Info Dirk Kuyt:

Dirk Kuyt adalah pemain bola sepak profesional Belanda yang bermain dalam EPL untuk kelab Liverpool Inggeris. Beliau memulakan kerjaya sebagai penyerang, digelar sebagai 'Dangerous Dirk' kerana kehebatannya apabila berada di gawang gol. Namun beliau kemudian telah ditukar kepada pemain sayap untuk kedua-dua pasukan iaitu Liverpool dan pasukan kebangsaan Belanda.

Dirk Kuyt memulakan kerjaya profesional dengan FC Utrecht pada tahun 1998 dan dengan cepat diserapkan ke dalam pasukan utama FC Utrecht. Kuyt menghabiskan masa selama lima tahun di kelab itu dan pada musim terakhirnya dia memenangi Piala Belanda, dan juga telah dipilih sebagai Pemenang Kasut Emas Belanda sepanjang musim.

Dirk Kuyt kemudian mengambil keputusan untuk meninggalkan Utrecht dengan pemindahan bernilai € 1 juta kepada Feyenoord. Beliau menjadi kapten kelab pada tahun 2005 dan merupakan penjaring gol prolifik di kelab Rotterdam itu. Dirk Kuyt adalah penjaring terbanyak kelab itu selama tiga musim berturut-turut, penjaring gol teratas dalam Liga Eredivisie musim 2004-05 , dan pada tahun 2005-06 memenangi Dutch Football of the Year.

Dia meninggalkan Feyenoord selepas tiga tahun, setelah menjaringkan 71 gol dalam 101 penampilan liga , lalu menyertai Kelab Liga Perdana Inggeris Liverpool dengan bayaran £ 10 juta .Penampilan sulungnya dalam Liga Perdana Inggeris pada tahun 2006 dan terus menjadi sebahagian daripada skuad pasukan pertama. Dia menjaringkan gol pada penampilan pertama di UEFA dan pernah ke final Champions League bersama Liverpool menentang AC Milan, dengan jaringan Kuyt pada akhir-akhir perlawanan, walau bagaimanapun Liverpool kalah 2-1 dalam perlawana itu.

Kuyt menjaringkan beberapa gol penting bagi Liverpool dalam perlawanan lain, termasuk tujuh gol dalam kejohanan 2007-08 Liga Juara-Juara, gol pada perlawanan suku akhir menentang Arsenal di Stadium Emirates & pada separuh akhir pula menentang Chelsea, dan dua sepakan penalti menentang Everton di Derby dalam musim yang sama.

Dirk Kuyt menjaringkan gol hatrik pertamanya untuk Liverpool menentang Manchester United pada 6 Mac 2011.

Dirk Kuyt melakukan penampilan sulung antarabangsanya pada tahun 2004 dan telah mewakili Belanda pada tiga kejohanan utama antarabangsa, Piala Dunia 2006, Euro 2008 dan Piala Dunia 2010.


Profil Pemain Bola Sepak lain:





k/w: info pemain EPL Dirk Kuyt, Dirk Kuyt liverpool, bio Dirk Kuyt, biodata pemain belanda, netherland, malaysia vs liverpool, EURO 2012, pemain pasukan netherland, siapa dirk kuyt, live streaming malaysia liverpool EPL club, live video, perlawanan msia lwn liverpool,info kelab EPL, english premier league dirk kuyt, pemain liverpool, pemain belanda, kelayakan euro 2012,Pemain Bola Liverpool, liverfool, striker, maklumat dirk kuyt Epl,





No comments:

Post a Comment

Komen di sini

Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







Arkib