Peraduan Menulis Surat 1 Malaysia

Pertandingan Menulis Surat 1 Malaysia ini merupakan anjuran bersama Pos Malaysia Berhad dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama KPKK dan KPM.



MAKLUMAT PERTANDINGAN

a) Dibuka dari 1 Mei 2011 hingga 31 JULAI 2011.

b) Penyertaan hanya dibenarkan dalam Bahasa Malaysia sahaja.

c) Setiap penyertaan mestilah menepati tajuk yang diberikan iaitu: “Bayangkan anda seorang pejuang kemerdekaan Malaysia. Tulis sepucuk surat yang menceritakan pengalaman dan harapan anda kepada rakyat Malaysia.”

d) Surat yang ditulis mesti mengandungi jumlah perkataan seperti berikut:

i) antara 300 hingga 500 patah perkataan untuk Kategori A.

ii) antara 500 hingga 1,000 patah perkataan untuk Kategori B.

e) Format surat adalah surat TIDAK RASMI. Mulakan surat anda seperti berikut: Kepada rakyat Malaysia yang dikasihi, PENGALAMAN SAYA SEBAGAI PEJUANG KEMERDEKAAN DAN HARAPAN SAYA KEPADA RAKYAT MALAYSIA…………………………………..……………………………………………………………………………………

f) Semua peserta akan mendapat sijil penyertaan.



KELAYAKAN PENYERTAAN

a) (Kategori A) Pelajar sekolah rendah Tahun 1 hingga Tahun 6

(Kategori B) Pelajar sekolah menengah Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5

b) Warganegara Malaysia.

c) Para pelajar yang ingin menyertai juga dikehendaki membeli setem berharga RM0.80 dan sepucuk sampul surat kosong bersaiz A4 dan beralamat sendiri untuk pihak penganjur mengirimkan sijil penyertaan.


TERMA & SYARAT PERTANDINGAN

a) Hanya satu penyertaan sahaja dibenarkan bagi setiap peserta.

b) Penyertaan mestilah sampai selewat-lewatnya pada 31 Julai 2011 kepada Sekretariat Pertandingan seperti yang dinyatakan di bawah.

c) Surat yang ditulis mestilah mengikut tema yang ditetapkan.

d) Karya yang diciplak adalah tidak dibenarkan. Sekiranya didapati surat yang dihantar bukan karya asli, maka penyertaan anda dibatalkan serta-merta.

e) Surat mestilah ditulis dalam Bahasa Malaysia sahaja.

f) Surat mestilah bertulis tangan, kemas, dan mudah dibaca. Tidak dibenarkan sama sekali menggunakan mesin taip atau komputer.

g) Surat mestilah mengandungi sekurang-kurangnya 300-500 patah perkataan untuk Kategori A, manakala 500-1,000 untuk Kategori B.

h) Surat dan borang penyertaan yang telah lengkap diisi dengan nama pelajar, alamat rumah pelajar, nombor telefon pelajar, nama sekolah, alamat sekolah, nama guru penyelaras dan nombor telefon guru hendaklah diposkan secara individu. Borang penyertaan boleh didapati di laman web Pos Malaysia (www.pos.com.my).

i) Penyertaan mestilah disahkan/dicop oleh pihak sekolah secara individu





CONTOH TOKOH PEJUANG

Klik di SINI untuk CONTOH TOKOH PEJUANG.



HADIAH

Seramai 3 pemenang akan dipilih bagi setiap kategori serta 10 pemenang saguhati.



Johan:

* Wang tunai berjumlah RM 3,000
* buku setem
* sijil penyertaan.

Naib Johan:

* Wang tunai berjumlah RM 2,000
* buku setem
* sijil penyertaan.

Tempat ke-3:

* Wang tunai berjumlah RM 1,000
* buku setem
* sijil penyertaan.

Saguhati:

* Wang tunai berjumlah RM 200
* buku setem
* sijil penyertaan

No comments:

Post a Comment

Komen di sini

Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







Arkib