PLEASE WATCH THIS ! Thank You.

Sinopsis Drama Lara Hati TV9 Slot Ratu


TV9 Slot Ratu OST, Tonton Video, MP3, Lirik Lagu Tema Drama Lara Hati

Sinopsis :Berakhirnya drama Bukan Untukmu, slot Ratu akan meneruskan sajian drama hebat dengan drama bersiri Lara Hati yang akan mula bersiaran pada 1 Mei 2012, setiap Isnin dan Selasa, 8.30 malam semestinya di TV9 (Saluran 119). Lara Hati tampil dengan gandingan mantap pelakon serba boleh Noorkhiriah dan Rusdi Ramli dalam sebuah cinta yang penuh konflik.

Drama bersiri 14 episod ini mengisahkan tentang Roseida (Noorkhiriah) yang menjadi kegilaan ramai lelaki sejak di bangku sekolah lagi tetapi fokusnya hanya untuk belajar dan mengubah nasib keluarganya. Keharmonian keluarganya mula terganggu apabila ibunya (Lydiawati) mengahwini Mat Isa. Roseida berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti dan menjalinkan hubungan dengan Hadeef lakonan Rusdi Ramli. Kehidupannya mula berubah apabila bapa tirinya meninggal dunia dan memberi kesan pada kedudukan kewangan keluarganya. Untuk menampung perbelanjaan Roseida di universiti, ibunya memaksa dia berkahwin dengan seorang pegawai pemasaran, Roslin (Faizal Hussein). Tidak lama selepas perkahwinan mengejut itu Roseida disahkan mengandung dan Roseida tidak lagi mahu meneruskan pengajiannya di universiti.

Sepuluh tahun kemudian, semasa Roseida ke hospital untuk melawat suaminya yang koma akibat ditimpa kemalangan, dia terserempak dengan cinta pertamanya Hadeef. Setelah Roslin pulih daripada koma, dia diceraikan. Tidak ingin terus dihimpit kesedihan, Roseida nekad untuk memulakan hidup baru. Roseida berbaik semula dengan Hadeef namun terpaksa memendam perasaan apabila mendapat tahu bahawa Hadeef adalah teman lelaki adiknya Roseliza (Sharifah Sakinah).

Haruskah Roseida mengalah demi kebahagiaan adiknya atau terus mengejar kebahagiaan yang telah lama diimpikannya?


OST, Lagu Tema Lara Hati (Drama) Ratu , TV9 (KLIK SINI)



tags:OST Drama Lara Hati, Lagu Tema Drama Lara Hati TV9 Slot Ratu, Drama Lara Hati, Lara Hati, lirik Drama Lara Hati, Drama Lara Hati lirik, video Drama Lara Hati, mp3 Drama Lara Hati, tonton episod Drama Lara Hati, Sinopsis Drama Lara Hati, Drama Lara Hati Sinopsis, OST Lara Hati, Ratu, foto OST, Lagu Tema Drama Lara Hati TV9 Slot Ratu

No comments:

Post a Comment

Komen di sini

Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







Arkib