PLEASE WATCH THIS ! Thank You.

Konsert Kenangan Sudirman


Siapa Tidak kenal Sudirman? Dia penghibur ulung dalam industri muzik tanahair. Bakatnya telah mengharumkan nama negara sehingga ke pelusuk Asia. Malah lagu-lagu terus berkumandang dan diminati hingga saat ini.
Lantaran itu Astro akan mengadakan Konsert Kenangan Sudirman di Stadium Bola Sepak, Cheras, Kuala Lumpur pada 3 Jun 2012, hari Ahad jam 8 malam sebagai acara kemuncak kempen AKU SUDIRMAN,  .


Ramai penyanyi terkenal yang akan buat persembahan. Antaranya, Dato’ Siti Nurhaliza, AC Mizal, Jaclyn Victor, Ziana Zain, Misha Omar, Hafiz, Adira, Azlan & The Typewriter, Hujan, Hazama, Alyah, Rahim Maarof, Osbon dan pelakon-pelakon dari filem Hoore! Hoore!

Antara artis lain yang turut terlibat ialah Akim, Kilafairy dan pendatang baru Norfarah.

Konsert ini  PERCUMA dan  orang ramai dari pelbagai lapisan masyarakat dijemput hadir bagi memeriahkannya.

Konsert Kenangan Sudirman ini diadakan di Chow Kit kerana ia lokasi kepada konsert Sudirman yang telah menempa nama dalam Malaysia Book of Records pada tahun 1986.  Tujuan utama  konsert Kenangan Sudirman ini supaya ia dapat mengembalikan nostalgia konsert oleh Allahyarham Sudirman yang telah memukau hampir 10 ribu warga kota ketika zaman kegemilangannya.

No comments:

Post a Comment

Komen di sini

Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







Arkib