Pelakon Adnan Sempit cerita soal jodoh sempena kedatangan tahun baru
Apabila berbicara dengan lelaki berbakat ini, tentu saja bab jodoh tidak lupa diperkatakan. Maklum saja, bukan saja bergelar pelakon popular, malah status dirinya yang masih solo pada usia 30 tahun pastinya menarik perhatian peminat.
Begitupun, akui pelakon Songlap ini, jodohnya agak liat walaupun keinginan untuk bergelar suami serta bapa kepada ramai anak kian terasa.
“Tahun ini, memang saya ada rasa nak berkahwin dan seterusnya memiliki anak yang ramai. Biar 12 orang sekali pun saya tak kisah, jika itulah rezeki saya. Lagipun saya memang suka melayan kerenah kanak-kanak.
“Cuma, sehingga kini saya sekadar berkawan saja dengan wanita, serta belum berkenan dengan mana-mana daripada mereka. Mungkin sikap cerewet saya membuatkan jodoh saya lambat.
“Bukan apa, saya inginkan wanita yang tidak suka memaksa, sebaliknya membuatkan saya sentiasa tenang. Kurang provokasi dan memberi ruang untuk saya berfikir dalam membuat keputusan. Saya mahu ibu yang baik dan penyayang untuk anak-anak saya nanti. Semua ciri itu belum saya temui setakat ini,” kata Sam.
Simpanan mencukupi
Apabila melihat kawan rapat bermain dengan anak-anak mereka, tegas Sam, perasaan untuk bergelar bapa serta memiliki cahaya mata sendiri kian membuak-buak.
Malah, Sam turut memberitahu, jika diikutkan, simpanannya sudah mencukupi buat memulakan alam rumah tangga. Bagaimanapun, semuanya terserah kepada ketentuan Tuhan.
“Mungkin juga jodoh saya lewat kerana saya menganggap perkahwinan tanggungjawab yang berat dan bukan perkara main-main. Saya percaya, perkahwinan ialah ikatan yang membawa ke hujung nyawa” katanya.
Terbit drama dengan kakak
Pelakon ini turut berharap 2013 bukan saja membawa khabar gembira dalam soal jodoh, malah memberikan sinar harapan kepada kerjaya barunya sebagai penerbit drama.
Bintang filem pecah panggung, Adnan Sempit, ini tidak sekadar ingin lebih serius dalam memilih tawaran, sebaliknya mahu fokus kepada syarikat penerbitannya, Cat & Kids Entertainment, yang diasaskan dua tahun lalu.
“Saya mahu menerbitkan drama pada tahun ini. Selain lakonan, ia juga mungkin menjadi sumber pendapatan saya pada 2013. Lagipun sebelum ini saya kurang menumpukan perhatian kepada syarikat ini dek beberapa halangan, walaupun ia sudah lama ditubuhkan. Tugas menerbitkan drama akan saya pikul bersama kakak, Zizie Ezette.
“Tahun lalu pun saya terlalu banyak cuti dan kurang berlakon filem. Namun begitu, walau bergelar penerbit, saya akan terus berlakon kerana ia minat saya sejak kecil. Tapi saya akan pastikan hasil lakonan saya lebih berkualiti.
“Dulu, saya terima saja tawaran yang datang sehingga terlupa nilai kerja sebagai pelakon. Saya seperti tak jujur ketika berlakon kerana merebut tawaran saja. Ia membuatkan saya tak puas dan tak seronok,” katanya kepada HIP.
-kredit

No comments:
Post a Comment
Komen di sini