Lega Tinggalkan City
MILAN - Penyerang kontroversi, Mario Balotelli (gambar) berkata dia lega kerana menamatkan 'kesengsaraan' akibat terpaksa berdepan keadaan trafik, cuaca, makanan dan media England selepas diperkenalkan secara rasmi pada sidang akhbar oleh AC Milan kelmarin.
"Memang impian saya untuk menjadi pemain AC Milan selama ini, jadi saya berasa sangat gembira. Namun, saya lebih gemar bermain, bukannya bercakap," katanya.
Sepanjang lebih dua tahun di City, dia menimbulkan pelbagai kontroversi.
"Sekarang saya berada di Milan, ia adalah perkara paling penting dalam hidup kerana hubungan saya dengan keluarga dan sahabat amat erat. Manchester tidaklah jauh sangat, tetapi ia tidaklah dekat seperti Milan," jelasnya.
Perpindahan Balotelli melibat yuran 20 juta euro (RM84.9 juta).
Bintang Itali itu juga sempat mengimbas baik buruk kehidupan di England.
"Perkara yang baik hanya apabila saya pergi ke (pusat latihan) Carrington untuk berlatih, jadi rakan-rakan sepasukan, pengurus, semuanya adalah perkara yang baik.
"Perkara buruk?... semuanya. Media di sana, cuaca, makanan dan cara mereka memandu," katanya.
Pun begitu, Balotelli mengakui dia akan merindui Liga Perdana. - REUTERS
Tags:Berita sukan, Balotelli, BPL, AC Milan, Manchester City, Mario Balotelli
No comments:
Post a Comment
Komen di sini