OST Drama Surat Dari Langit Biru +Sinopsis(Samarinda TV3)


Sinopsis Surat Dari Langit Biru



Tajuk: Surat Dari Langit Biru
Slot:  Samarinda
Mula Tayangan: Februari, 2013
Pelakon: Fizo Omar, Yana Samsudin,Dato’ Rahim Razali, Fauziah Nawi,Johan Asari, Tania Hudson


Drama Surat Dari langit Biru menelusuri kisah suka duka Zarul dan Salmi dalam mengharungi liku-liku kehidupan  bersama ibu mereka yang tercinta, Mak Munah (Fauziah Nawi) dan juga ayah mereka lakonan Dato’ Rahim Razali.

Cinta dan sayang Zarul terhadap Salmi mengatasi kasih terhadap dirinya sendiri. Zarul rela berkorban demi kebahagiaan kakaknya. Heykal (Fizo Omar) yang menaruh perasaan terhadap Salmi sejak di bangku sekolah lagi menyimpan dendam dek cintanya yang tidak terbalas. Kelebihan sebagai anak ketua kampung digunakan sepenuhnya Heykal untuk mendapatkan Salmi.

Demi melunaskan hutang ayahnya,Salmi yang terpaksa berkahwin dengan Heykal yang berjaya menggenggam segulung ijazah dan bergelar seorang doktor.

Namun seperti kata pepatah Langit tidak selalunya cerah, Salmi rupa-rupanya hidup terseksa dalam cengkaman Heykal yang berselindung di sebalik kegiatan haram sebagai sumber pendapatannya.

Bersama adik perempuannya Lisa (Tania Hudson) , Heykal berusaha memutuskan ikatan antara Salmi dan Zarul. Dalam masa yang sama, Zarul menyimpan satu rahsia yang cukup besar dari pengetahuan Salmi. Lisa pula membuat onar dengan tujuan memerangkap Zarul.

Apakah kesudahannya?

Berjayakah Heykal melunaskan rancangan kejamnya? Dapatkah Zarul terus mendamba kasih kakaknya dan apakah rahsia yang dipendamnya selama ini?

Sama-sama saksikan kesudahan kisah hebat dan menyentuh hati ini di Slot Samarinda Tv3!



OST, Lagu Tema Drama Surat Dari Langit Biru





Lirik Lagu Teman Pengganti- Black feat Malique lyrics + Video, mp3 download

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti


Pilihan Berkaitan:


Tags:OST, Lagu Tema Drama Surat Dari Langit Biru +Sinopsis, Lirik Lagu, lyrics, mp3 download, youtube mp3, lagu lagu baru, lagu terbaru, video, free download mp3, Lagu melayu, lagu Inggeris

No comments:

Post a Comment

Komen di sini

Kongsi post yang anda SUKA ini di FACEBOOK & media sosial lain dengan rakan anda.







Arkib

BARU! Lagu Lagu Raya 2017

LAGU RAYA BARU:

KOLEKSI SENARAI LAGU RAYA POPULAR :